Resepi Bubur Nasi Ayam ala McD - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Monday, September 23, 2019

Resepi Bubur Nasi Ayam ala McD

Siapa suka Bubur Nasi Ayam McD angkat tangan. Mama dari dulu especially kalau tak sihat memang cari bubur McD je. Dulu mama memang suka makan bubur nasi dan mama secara tak sengaja terbuat bubur yang rasanya macam bubur McD. Senang sangat cara buatnya. Resepi Bubur Nasi Ayam ala McD yang mama tulis kat sini mama combinekan juga dgn idea yg mama dapat dari FB. 

Bubur Nasi Ayam ala McD. Mama buat bubur ni sebagai salah satu hidangan semasa open house raya aritu. Korang nampak tak? punyalah lama terperam entry ni baru mama nak up. Bubur ni sesuai untuk hidangan semua peringakat. Masa mama buat raya aritu seronok tengok budak-budak semua makan bubur ni termasuklah makcik pakcik yang tak berapa ada selera tu..

Resepi Bubur Nasi Ayam ala McD 


Bahan-bahan:

2 cawan beras
1/2 batang lobak merah (potong dadu)
1 inci halia (dihiris halus)
1 kiub pati ayam
1/4 ayam (Ambil bahagian isi)
Sedikit garam
Air secukupnya

Bahan Hiasan
1 biji lada merah
Sedikit daun bawang dan daun sup (hiris)
Bawang goreng (Nak tengok resepi bawang goreng sedap tengok sini Resepi Bawang Goreng Sedap Dan Rangup)
Sedikit minyak bijan (ingredient paling penting)


Cara-cara memasak:

1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan simpan air rebusan ayam.
2. Basuh beras dan masak dalam air rebusan ayam tadi. Masak beras hingga kembang, (Untuk senang masak bubur, rendam beras dulu dalam setengah jam supaya bubur cepat lembut. 
3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, kiub pati ayam, lobak merah dan sedikit garam. Tambahkan air jika perlu di sepanjang proses memasak sehinggalah bubur jadi lembut mengikut citarasa kita. Siap

Cara Menghidang

1. Ayam yang direbus tadi disiat-siat
2. Masukkan bubur ke dalam mangkuk
3. Tabur ayam yang disiat, hirisan cili merah, bawang goreng dan daun bawang/sup ke atas bubur. 
4. Titiskan dengan sedikit minyak bijan. 

Siap untuk dimakan.. yummy!

20 comments:

  1. sedapnya. kat rumah, saya suka tambah ikan bilis bila makan bubur nasi..

    ReplyDelete
  2. haa terjumpa kat sini resepinya, terima kasih Mamap sebab kak AJ laa nii tengah sakit gusi, nak try buat bubur sedap2 hehe :)

    ReplyDelete
  3. minyak bijan tu mmg bagi bau dia tu menyelerakan...
    mudah jugak resepi bubur ala2 mcD nih... nnti nk try buat jugak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt suka bau masakan yg ada minyak bijan :)
      harum nyer lain mcm...

      Delete
  4. Bagus gak yek menu bubur untuk open house. Senang untuk parents yang ada anak kecik...takyah pikir nak bagi makanan apa kat anak

    ReplyDelete
  5. Favorite Syafi ni kak. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  6. Sedap tu kak. Lepas ini, boleh Naim try buat

    ReplyDelete
  7. Biasa saya makan bubur lambuk pada musim puasa atau Ramadan

    ReplyDelete
  8. saya selalu jugak buat bubur nasi atau moi (kata org utara) terutama bila rasa nak demam..laju jer makan hehee

    ReplyDelete
  9. sedapppnyaaa..tq for sharing this recipe.

    ReplyDelete
  10. tgk pun sedap, kalau bubur nasi ala mcd memang confirm semua org suka♥

    ReplyDelete
  11. Kalau baru buat dental treatment tak boleh makan makanan keras bubur inilah jadi penyelamat :)

    ReplyDelete
  12. Betul la bila BC balik entry no.dan Komen korang terasa nak.buat plk esok.. sedap.kan

    ReplyDelete
  13. Makan bubur ayam McD ni kalau sakit je tapi kalau teringin tu memang buat sendiri je sbb larat. kalau sakit je beli. hihi. tq resepi ni kak

    ReplyDelete
  14. aduh sedap nyer :)
    aida peminat bubur.

    ReplyDelete
  15. org skt kalau mkn bubur ni trs bertambah2 hehehe

    ReplyDelete

Words of wisdom