First Time Minum Dutch Lady Juicy Milk Perisa Oren - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Saturday, September 21, 2019

First Time Minum Dutch Lady Juicy Milk Perisa Oren

Beberapa minggu lepas mama Ada baca Sha buat review tentang air jus susu produk terbaru dari Dutch Lady. Secara tak sengaja sabtu lepas mama First Time Minum Dutch Lady Jus Oren ni juga uols..

Inilah rupa Dutch Lady Juicy Milk 

Macam mana boleh beli ni secara tak sengaja? Alkisahnya sebelum tu mama pergi kenduri kahwin minum teh tarik sampai 2 round. Mama ni ada kala teh tarik akan buatkan badan mama masuk angin. Mulalah rasa pening dan badan kurang selesa. Selalunya Kalau keadaan macam Ni mama akan cari jus Oren. Ia akan membuatkan angin keluar.

Bila masuk Petronas tetiba ternampak Juicy milk Ni. Terus mama ambil.. Boleh Rasa sekali Macam Mana rasanya Kan.. not bad juga rasanya tu. Macam Kita selalu order Oren susu Kalau di Warung. Macam tu Lah rasanya.. Mula-mula mama ingatkan rasanya macam vitagen.. tapi tak sama ok.. Sapa yang penah rasa jus ini angkat tangan!

11 comments:

  1. Saya.. saya.. memang sedap.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Saya pernah juga nampak post Kak Sha tentang air ni. Tapi sampai sekarang tak jumpa lagi di mana-mana kedai.

    ReplyDelete
  3. Tak cuba lagi.. Hari tu nak beli tak jadi tengokkan harganya tu hikhik

    ReplyDelete
  4. sy kalo minum teh pon bdn berangin.. seksa betol.. huhu

    xprnh try lg perisa ni.. arap tekak blh terima.. hihi

    ReplyDelete
  5. dutch lady perisa baru ye? 1st time tengok! hihi ;p

    ReplyDelete
  6. wah. x pernah jumpa lagi ni.
    ok kot susu perisa limau.
    nanti nak cari. nak try :)

    ReplyDelete
  7. ada jumpa hari tu tp ntah kenapa sy x beli hahaha

    ReplyDelete

Words of wisdom