Cara Dapatkan Courtesy Car Selepas Accident - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Tuesday, August 6, 2019

Cara Dapatkan Courtesy Car Selepas Accident

Alhamdulillah.. Urusan kereta mama telah pun selesai [Cerita accident mama di Sini]. Mama dah ambil kereta minggu lepas. Rindu dengan cik Alza pepel mama tu.. Kiranya 2 minggu lebih jugalah si pepel mama duk wad. Walau pun cik pepel takde tapi alhamdulillah ada Courtesy Car yang Insuran Sediakan. Bagaimanakah Cara Dapatkan Courtesy Car Selepas Accident.. Sat mama citer ye.. Seronok dapat kereta Free ni tau.. Tapi kereta baru ni Free untuk 14 Hari je la. Kalau nak continue boleh tapi kena call untuk extend.. Nak tau macam mana Cara Dapatkan Courtesy Car Selepas Accident? Jom baca.. Ini adalah info berdasarkan Etiqa Takaful Insurance yang mama ambil. Insuran lain mama tak pasti ada kemudahan ini atau tak..



Pada awalnya mama tak tau tentang courtesy car ni. Masa mama tersadai di Kemaman Terengganu mama keep calling Etiqa Insuran dan salah satu soalan mama ialah, Kalau saya balik Shah Alam guna kereta sewa, boleh claim ke? Customer service disana bagitau mama Kalau nak Pinjam Kereta pihak Etiqa ada sediakan.. Bulat terus mata mama. Malangnya bila call unit claim pihak sana bagitau setakat ni kereta semua full.. Almaklumlah masa raya ramai eksiden.. So, hampalah mama..

Setelah beberapa hari balik ke Shah Alam baru mama teringat tentang Courtesi Car ni. Mama pun try lah call sekali lagi unit claim. Alhamdulillah memang ada kekosongan. Terus mama buat permohonan dan pihak claim minta details mama termasuk no credit card (excep 4 digit last).

Keesokan harinya mama terus terima call dari Thrifty berkenaan permohonan mama dan bertanya di mana mama akan ambil kereta. Boleh ambil sama ada di KLIA1, KLIA2 atau Skypark Subang Terminal Airport. Laju mama cakap nak ambil dari Subang Skypark. Dalam masa 24 jam mama terima call dan bagitau kereta setdia diambil dan pihak Hertz tanya bila tarikh dan waktu mama nak ambil kereta baru..


Inilah kereta baru kami untuk seminggu lebih. Hyundai Elantra. Banyak juga membantu kitaorang ke sana sini. Masa adik ipar mama meninggal aritu, sampai juga kereta ni ke Raub.

Itu je lah nak cerita.. Ramai yang tak tau tentang courtesy car ni rupanya. Pihak Hertz sendiri bagitau mama masa mama ambil kereta aritu.

Cara untuk dapatkan Courtesy Car

Ini ringkasannya untuk mendapatkan courtesy car..

1) Call Claims Careline 1-300-88-1007 atau 03-27804555 dan bagitau nak minta courtesy car due to LOU (loss of use/accident). Berikan detail inc no credit card minus 4 digit terakhir
2) Tunggu email/ call dari pihak Hertz untuk confirmation Dan nk pilih kereta apa
3) Hertz akan call Dan bgtau kereta available Dan minta tarikh Dan Waktu Kita nak pergi ambil
5) ambil kereta Dan guna selama  14 hati
6) Selepas 14 hati or less Boleh pulangkan kereta. Kalau nk guna lebih Masa call pihak Hertz.

Thank you Etiqa Takaful insuran Dan Hertz.. Service memang tip top. Kereta sangat bersih semasa kami ambil.. Memang ouas hati


11 comments:

  1. Panduan cara mudah buat duit tanpa modal, hanya baca dan kongsi artikel di media sosial, boleh dapat RM30-RM500 sehari. Silakan baca di Cara Buat Duit Dengan Cashzine

    ReplyDelete
  2. Semoga kereta yang baharu dapat berbakti kepada Tuan nya :)

    ReplyDelete
  3. Tentu cik alza pepel bertambah cantik

    ReplyDelete
  4. Wah baru tau boleh pinjam kereta, rasanya kereta Abang Man pun ambik insuran Etiqa juga. Masa tayar pancit kita relaks ja sebab ada orang dari insurans tu datang tukarkan tayar sekali..

    ReplyDelete
  5. Seriouslah ada.. Sha tak tahu pun.. dua kali kereta tersadai kat bengkel.. huhuhu.. tq share kak.. patut disebar luas ini.. info yang sangat membantu..

    ReplyDelete
  6. ana pun baru tau ni kak. ana pun guna etiqa. boleh bgtau en suami ni.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Dpt la mama melakukan urusan seharian dgn lancar. Kalau x, teruk la nak naik teksi atau Grab ke mana2.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..baru tau perkara ni..kadang2 ada workshop bagi courtesy car..

    ReplyDelete
  9. kalau belah utara takde la ek?

    ReplyDelete
  10. andaikata courtesy car ni kemalangan, adakah kita yg kena tanggung?

    ReplyDelete

Words of wisdom