Booking.com cancelled. Boleh dapat refund tak? - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Thursday, July 11, 2019

Booking.com cancelled. Boleh dapat refund tak?

Booking.com cancelled. Boleh dapat refund tak? Sabtu lepas mama telah ke Melaka untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu di sana. Disebabkan plan last minute maka sehari sebelum ke Melaka mama telah booking satu unit di My Habitat Malacca. Memang tempting tempat ni. Cantik dan ada good review. Seperti biasa kalau booking sehari sebelum memang takkan dapat refund kalau cancel, kan! Tapi malangnya tetiba owner tu call mama dan bagitau ada double booking dan booking mama terpaksa di batalkan oleh dia.. Risau dah mama sebab duit dah tolak dah.. Booking.com cancelled. Boleh dapat refund tak?


Baru bayar beberapa minit lepas tu status di unit tu jadi CANCELLED

Serentak tu mama terus dapat email dari Booking.com. Lega juga bila baca yang mama akan dapat refund dari cancellation ni. Pada masa yang sama Owner rumah tu bagitau yang pihak booking akan call mama regarding refund tu. Rupanya 2 miscall no France tu rupanya dari Booking.com. Tentulah mama tak angkat hihi.. Booking.com Malaysia dah close so yg handle sekarang adalah Booking.com oversea.. Oo patutlah

Mama dapat email bgtau dia call tak dapat..

Terubat juga rasa di hati bila owner dia sentiasa hubungi mama.. Dia pun nampak kalut. Dengan muka tak malu mama minta diskaun haha.. Nanti kalau mama pergi tempat dia satu hari nanti confirm mama akan link kan dengan post ni.


Akhirnya 2 hari lepas mama dapat call no dari France dan mama pun angkat. Mat salleh tu slang memang pelik tapi alhamdulillah mama faham. Dia cuma nak confirmkan email mama yang minta refund instead of pilih hotel suggestion dari booking.com. dan mereka akan refund semula duit mama dalam masa 7-12 hari. Email ni dapat semalam. Pantas jugalah Booking.com buat kerja.

So, sekarang mama tengah tunggu duit masuk semula dan boleh lah sambung bercuti tempat lain hihi.. Booking.com jangan risau mama takkan blacklist awak tau


18 comments:

  1. bukan mistake mama..mmg ptt pun dorang refund duit tu..nasib baik dpt..klu x, blacklist booking.com..hehe

    ReplyDelete
  2. Bukan salah mama pun. Mujur dapat refund kan mama.

    ReplyDelete
  3. bagus la servis gini.
    trusted la kan.
    jgn buat main, nanti byk customer lari.
    alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  4. alhamdullillah, dapat juga refund. lagipun bukan salah kita kan. :-)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, dapat jugak refund, tue la.. kadang2 hati kita risau jugak takut tak dapat refund tapi nyata mereka amat profesional dalam kerja mereka kerana puncanya bukan daripada kesilapan kita..

    ReplyDelete
  6. So far suka guna booking.com tapi blm pernah kena cancel. Tapi dlm kes sis ni mmg patut diorang refund, bkn salah sis pun kan

    ReplyDelete
  7. Nice to know about their good services.

    Take time also to browse over and join.

    https://viralmarket-share.com/?en=mayann01

    ReplyDelete
  8. salah satu sebab saya suka book hotel guna booking.com sebab ni la....ada free cancellation dan boleh dapat refund

    ReplyDelete
  9. lega dpt refund, biasanya owner cancelled senang dpt refund kan

    ReplyDelete
  10. ini sebab owner yang cancel kan? so in sya Allah dapat semula duit

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, dapat refund. Kalau kita yang cancel sah² xdapat kan hehe

    ReplyDelete
  12. Berapa lame process refund tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama dapat refund hari yg mama buat entry ni hihi.. kalau nk refund cepat kena pastikan angkat call dari customer service booking.com yg guna no oversea tu.. dia akan minta sahkan kita nak refund atau nak booking lain

      Delete

Words of wisdom