Selfie vs Lipan? - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Tuesday, June 18, 2019

Selfie vs Lipan?

Selfie vs Lipan? Mama ni kan memang adalah sejenis hantu selfie walaupun tak berapa pandai nak selfie hihi.. alkisah Masa Raya ketiga aritu mama telah Beraya ke rumah saudara di Muar.

Erkk.. tengok gambar pun ngeri kan.. gambar dari petuatradisional.com.

Kebetulan kami sampai serentak dengan saudara sepupu jauh ayah Syafi Dan suaminya. Maka seronoklah kami berborak sambil makan biskut Raya Dan bubur kacang durian yang mak Pah buat. Sedapnya alahai memang nikmat.

Sedang berborak, tetiba ayah Syafi minta nak ambil gambar aka wefie ramai2.. tengok dia terkial-kial nak ambil gambar (dia lagi la fail bab selfie hihiks) mama pun offer diri Lah nak ambilkan..

Jeng.. Jeng.. dah cantik posing Dan senyum memasing, jari mama pun dah di henpon.. tetiba mama terasa kaki mama macam ada binatang panjang menjalar atas tu. Automatic mama tendang binatang tu.. Mula--mula ingatkan lipas.. Sambil tu otak fikir, "nak teruskan ambil gambar ke nak tengok apa barang tu".. Mula-mula nak teruskan je ambil gambar tapi masa nak tekan butang henpon mama tetiba ubah fikiran.

"ishh.. tengok dulu lah apa yang bawah meja sebab rasanya binatang tu macam bukan lipas sebab kasar semacam je kaki dia"..

So mama pun jenguk lah bawah meja.. Tu dia.. lipan Besar sepanjang lebih sejengkal dan hitam pulak tu ada di bawah meja. Maka, nak tak nak mama pun tak jadi ambil gambar dan bgtau semua orang supaya angkat kaki sebab ada lipan bawah tu. Apa lagi, semua kelam kabut.

Rupanya sebelum tu sepupu ayah Syafi tu dah kena gigit dengan lipan tu uols. Lepas mama bgtau ada lipan dia terus terasa sakit di paha.. Laa.. dah selamat kena gigit, dah bengkak pun. alahai.. 

Selfie vs Lipan? Alahai, nasib baik mama pilih untuk lihat dulu lipan tu... Nak tengok gambar lipan tu? takyah lah sebab dah hancur mama ketuk dengan bongkah kayu penyendal pintu rumah mak Pah.. sedara mama yg kena gigit lipan  tu mama suruh cecepat gi klinik.. 




35 comments:

  1. Adududuuduuu ngerinyaaaa huwaaa. Nasib baik tak jadi lebih teruk kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la KC nasib baiknlipan tu sayang mama.. x gigit mama

      Delete
  2. aduhh ngeri pula tengok gambar lipan tu

    ReplyDelete
  3. Uish.. seram.. umah Sha pun selalu muncul lipan nie..

    ReplyDelete
  4. Waahh, kasihan lipan nya hancur remuk sudah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihiii mmg tak sampai hati nak bunuh tapi apakan daya takut dia gigit org lain pula

      Delete
  5. Anak Mama Yan yang nombor dua pun kena gigit lipan masa tidur rumah atoknya...
    Rumah atok baru lepas renovate...semua barang2 yang dah lama tak usik...habis kena humban...kayu2 dinding yg dah reput tujar baru...tu yg lipan takde tempat persembunyian tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai mesti sakit Kan.. kadang2 kesian juga sebab lipan tu xde salah tapi dia binatang berbusq maka haruslah dibunuh

      Delete
  6. Lipan - Kecil atau besar saiznya ia tetap rasa sakit kalau dah mengigit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far mama x penah kena gigit tapi nauzubillah minta dijauhkan

      Delete
  7. alamak mcm mana boleh baru perasan lepas tu. boleh tahan lambat responnn aigooo sakitnyeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. mama pun pelik smpai sekarang cane dia x perasan.. beso tuh

      Delete
  8. Mak sedara saya pun kena gigit lipan di jari dia last puasa tu, maka terpaksalah dia tolak order pulut lepa sbb tangannya bengkak, nasib baik ada klinik bukak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai ngerinya.. kesian sampai xboleh nak niaga

      Delete
  9. Nasib pi klinik cepat. bisa sangat lipan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama sempat Google malam tu.. mmg katanya sgt bisa kalah bisa ular Kan. Tu yg cpt2 suruh dia g klinik

      Delete
  10. ngeri... teringat dulu masa sekolah, pernah sengat lipan kt jari kaki lipan nya kecik je tp dia punya sakit tu perkkkhhhh tak terkata

    ReplyDelete
  11. nasib baik x kena ketit.. saya pernah kena.. bengkak wooo..

    ReplyDelete
  12. kalau lagi besar lipan lagi seram
    kalau tgk yg merah menyala lagi seram.. hahaha

    ReplyDelete
  13. wah bahayanya adda.. mujur tak sempat mengigit

    ReplyDelete
  14. Tgk gmbr lipan pn dh rasa ngilu hehehe...tq mamapipie join bloglist...nnt sy udpdate blog mamapipie di list sy ya ☺

    ReplyDelete
  15. dalam hidup saya pernah dua kali kena gigit lipan..

    punya la aakit ...hanya Allah sahaja yang tahu.

    minta dijauhkan dengan gigitan binatang liar begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh 2 Kali Kira byk tu .. Amin.. minta dijauhkan

      Delete
  16. adehhh x dpt nk byg kan...serammmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errkk mmg seram Kan lagi pula binatang berbisa

      Delete
  17. ha ha ha ha :)
    aduhai.
    aida pun akan pilih tgk apa dulu, then baru selfie ke wefie ke...
    baru la rasa selamat.

    ReplyDelete

Words of wisdom