Saya dah pandai makan Pedas - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Wednesday, June 19, 2019

Saya dah pandai makan Pedas

Saya dah pandai makan Pedas. Mama ada ceritakan sejak bulan puasa baru ni Syafi dah start makan makanan pedas seperti sambal, etc. Alhamdulillah sehingga hari raya menjelma sekarang ni pun dia maintain boleh makan pedas..

Gambar hari Ahad lepas. Makan nasi lemak dengan sambal tumis. 2 pinggan dia makan. Haa baru tau sedap ye nak.. Bila tanya kat dia "pedas ke?", dia jawab "pedas.. tapi sedap!!"

Sebelum ni dia kalau makan Domino's Pizza mesti nak beef pepperoni saja, chicken pepperoni pun dia tak makan tau sebab kata pedas. Tapi alhamdulillah semalam makan Tuna Pizza pun OK. Lega mama bila tengok Syafi dah mula explore makanan macam ni. Sebelum ni sangat susah nak bagi dia makan. Pedas sikit pun taknak.. kalau makan nasi lemak kena minyak sambal pun taknak makan tau.

Makan pedas.. makan la juga.. tapi air tu bergelas-gelas la juga dia minum haha..

Syafi ni dari kecik memang cerewet tentang makanan. Dulu masa baby, badan dia bambam pun sebab kuat minum susu. Masa masuk tadika keding aje dia. Tapi bila start darjah 3 mula naik balik badan dia sebab kuat makan fast food. Salah mama juga lah sebab melayan sangat selera dia tu. Ye la risau anak asyik tak nak makan je kan..  

Alhamdulilah dah pandai explore makanan walaupun sebelum ni mama dan ayah selalu paksa dia rasa itu ini walau pun dia taknak. Sekarang ni makanan fast food serta air manis memang mama dan ayah dah kawal dah. Kena jaga dari sekarang dan ubah lifestyle kan..

19 comments:

  1. Its ok.. Satu pencapaian la buat Syafi kan. Memang tak berhenti kalau dah start makan pedas ni.. Keep it up Syafi... Tapi perlu jaga jugak tau. Jangan kerap sangat makan pedas yang terlampau.

    ReplyDelete
  2. Bagus syafi...macam tu la..dah big boy kan..kena la belajar tahan makan pedas...

    ReplyDelete
  3. mcm sy laa pulak ms kecik2 hehehe

    ReplyDelete
  4. Bagus tu...bila boleh tahan pedas,macam-macam makanan nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  5. takpe slow2 kak, nnti bila dia rasa sedap pds tu dia sndiri minta nk mkn yg pds2 sikit...

    ReplyDelete
  6. Tahniah dik. Jangan terover pula. Nanti sakit perut.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, dah pandai makan pedas dah

    ReplyDelete
  8. Puas hati la ya. Selera benar nampak.

    ReplyDelete
  9. Bagusla kalau dapat kawal makanan fast food dan air gas tu

    ReplyDelete
  10. harap perut boleh tahan
    mcm sop perut x tahan makan pedas.. hahaha

    ReplyDelete
  11. wahhhh bagusnya Syafi dah pandai makan pedas.
    berselera nampak :)

    ReplyDelete
  12. Tahniah.bagusnya. saya sampai skrang tak boleh makan pedas. Huhu. Kalau makan jugak, nanti bersiap sedialah keluar masuk tandas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Kalau pedas sgt pun xboleh gak.. perut dah x tahan

      Delete
  13. Alhamdulillah Boleh la walaupun beginner lagi. Kesian kalaunx.makan pedas nanti byk makanan x Boleh makan

    ReplyDelete
  14. Camane syafi peluh2 tak makan sambal? Hihi..takpe janji sedap kan.

    ReplyDelete
  15. tahniah :)
    kena cuba dulu, then surely jatuh cinta.
    but jgn byk sgt pedas-pedas ye.
    anak-anak aida semua dari kecik dibiasakan makan pedas.
    nak ke mana-mana, mudah la.
    famili sejenis keturunan yg semua nyer makan pedas.

    ReplyDelete
  16. Seronokkan mamapp bila anak dah mula explore makanan..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, lepas ni bolehlah explora makanan lain pula

    ReplyDelete

Words of wisdom