Temasya Sukan Tahunan Sekolah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Monday, April 22, 2019

Temasya Sukan Tahunan Sekolah

Hari Sabtu minggu lepas, sekolah Syafi telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan SK Seksyen Enam kali ke-35 di  Kompleks Sukan Negara Panasonic National Sport Centre bermula dari pukul 7.45-11.00 malam. Sepanjang 5 tahun Syafi sekolah di sini, inilah pertama kali Temasya Sukan Tahunan sekolah dibuat di stadium dan pada waktu malam pula tu.. Bagus juga sebab sekarang kan musim panas.. 

Kebetulan hujan lebat petang tu, risau juga kami ni.. Masa sampai ke stadium acara perbarisan baru saja bermula..

Walaupun Syafi tak masuk apa-apa acara tapi kami datang memberikan sokongan kepada rumah Biru.. Syafi masuk acara lontar peluru dan lompat jauh tapi terkandas masa saringan lagi.... Mama dulu masa kat sekolah pun rumah biru.. So, Go! Go! Go! Biru!.. haha mama pula yang excited.



Ini adalah video perbarisan Rumah Merah yang memenangi acara perbarisan. Memang kreatif. Darth vader, semua pun ada keluar..

Keputusan acara perbarisan, No 1 Rumah merah, No 2 Rumah Hijau, No 3 Rumah Kuning 3 dan Rumah Biru no 4 (corot haha)

Tapi yang bestnya Biru adalah Juara keseluruhan dengan mata tertinggi. Yeay.. Sukan ni habis hampir pada pukul 1 tapi kami kul 11++ dah balik dah.. Tak larat mata nak tengok dah.. So, Syabas kepada pihak sekolah dan guru-guru yang bertungkus-lumus untuk menjayakan hari sukan ini.. 

Kat sini mengimbau juga zaman sekolah mama.. Rindu main padang, bau rumput, etc..

15 comments:

  1. Wah.. first time tengok acara sukan dibuat sebelah malam.. selalunya pagi..

    ReplyDelete
  2. wah malam sukannya...okla sejuk skit kn..skarang kn musim panas...anak aritu sukan panas..dh la die tk sihat..muka pn dah gelap sbb die masuk perbarisan

    ReplyDelete
  3. kreatif cikgu pun sebab buat sukan sebelah malam, sekarang kan siang panas terik.

    shu dulu masa sekolah rumah merah. dari sekolah rendah sampai menengah, tu yg sampai ke skrg warna merah masih di hati. hehehehe

    ReplyDelete
  4. wahh..bagusla pihak sekolah buat belah malam..dengan keadaan cuaca sekarang..tak tahan time siang..panas yg amat..

    ReplyDelete
  5. Waktu malam sesuai dengan cuaca panas melampau.. Tahniah yang menang. :)

    ReplyDelete
  6. dulu kat sekolah pun suka masuk lompat jauh...

    ReplyDelete
  7. Meriah juga ya sukan sekolah Syafi nie kan Adda. Kak Sue pun rindu zaman sekolah dedulu.. rasa macam baru lagi tinggal alam sekolah..

    ReplyDelete
  8. jarang -jarang orang buat pada malam hari untuk sukan sekolah ..

    tetapi memang bagus la jika keadaan cuaca sekarang yang panas pada siang hari harinya

    ReplyDelete
  9. Wahhh rumah biru menang ! Eehhh ada juga orang buat malam acara ni.

    ReplyDelete
  10. meriah tu... buat kt kompleks sukan tempatnya lebih sesuai kan kak...
    buat mlm tu oklah tak panas terik mcm siang , sejuk je kan...

    ReplyDelete
  11. bagus juga buat malam kak. sejuk dan lg selesa. yeahhh kita geng. rumah biru selamanya.

    ReplyDelete
  12. meriah..budak2 sekarang kreatif2..KBAT..

    ReplyDelete
  13. Lama dh tggalkan zaman sekolah. Huhu

    ReplyDelete
  14. xpe syafi boleh cuba lagi chaiyok chaiyok... kt area sy ni pun td nmpk ada raptai utk sukan sekoalh... mgkn esok br berlangsung

    ReplyDelete

Words of wisdom