Surah Yang Paling Dicintai Allah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Friday, April 12, 2019

Surah Yang Paling Dicintai Allah

Tahukah korang apakag Surah Yang Paling Dicintai Allah? Sebahagian orang menganggap surah al-Falaq sebagai surah pendek yang hanya sesuai dibaca ketika solat sendirian. Tak kurang juga yang membacanya sebagai amalan sebelum tidur, atau di dalam zikir Ma’thurat pagi dan petang. Bagi mereka yang mempelajari atau mengamalkan kaedah rawatan Islam pula, surah al-Falaq merupakan antara surah yang wajib diamalkan sebagai pendinding menghadapi gangguan makhluk halus. Akan tetapi tahukah anda, surah al-Falaq sebenarnya memiliki kedudukan yang lebih tinggi daripada semua itu? Surah Yang Paling Dicintai Allah.. Walaupun hanya lima ayat, hikmah serta makna di dalamnya sangat baik untuk direnung dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Image dari wallpapercave.com

Perhatikan makna indah dalam hadith di bawah:

Uqbah bin ‘Amir datang bertemu Nabi dan berkata: “Ya Rasulullah, bacakan kepadaku beberapa ayat dari surah Hud dan surah Yusuf. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Wahai Uqbah, tidaklah engkau membaca satu surah yang paling dicintai Allah dan paling agung di sisi-Nya selain surah al-Falaq. Jika engkau mampu untuk tidak ketinggalan membacanya dalam setiap solat, maka lakukanlah.” (Hadis ini dinilai Sahih oleh Sheikh Albani rahimahullah dan dinukil oleh al-Hafiz al-Munziri dalam kitabnya Targhib wa Tarhib)

MENGENALI SURAH AL-FALAQ

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ ١ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ٢ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ ٤
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥
Katakanlah : Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai waktu Subuh,
Dari kejahatan makhluk-makhluk yang Dia ciptakan,
Dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita,
Dan dari kejahatan wanita tukang sihir yang meniup simpulan dan ikatan,
Dan dari kejahatan orang-orang yang dengki apabila dia dengki


Surah ke-113 ini mengandungi lima ayat dan tergolong dalam kategori surah Makkiyah. Ibn Abi Hatim membawa riwayat daripada Jabir yang mengatakan Al-Falaq bermaksud waktu Subuh, sebagaimana firman Allah di dalam ayat ke 96 surah al-An’am bermaksud: “Dia menyinsingkan pagi.”


Surah al-Falaq memiliki hubungan yang rapat dengan surah an-Naas. Kedua-dua surah ini dinamakan al-Muawwidzatain kerana dimulakan dengan permohonan berlindung kepada Allah. Untuk lebih memahami intisari surah ini, terdapat dua istilah bahasa Arab yang menarik untuk kita sama-sama ketahui. 

Istilah pertama ialah Musta’az Bihi, yang bermaksud kepada siapa kita meminta perlindungan. Dalam konteks surah al-Falaq, Musta’az Bihi di sini ialah Allah SWT.

Istilah kedua pula ialah Musta’az Minhu, yang bermaksud apakah bentuk ancaman yang kita minta dijauhkan.

Dalam konteks surah al-Falaq, Musta’az Minhu ialah kita memohon dijauhkan daripada kejahatan makhluk, kegelapan malam, ancaman tukang sihir dan orang-orang yang dengki.


KESIMPULAN
  • Jadikan Allah sebaik-baik tempat kita memohon pertolongan.
  • Jauhi perbuatan khurafat seperti ilmu hitam atau mendatangi bomoh.
  • Jauhi hasad dengki sesama manusia. Kecuali dua golongan yang dibenarkan syarak untuk kita hasad kepada mereka.

Dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Mas’ud, Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam bersabda:

“Hasad itu hanya dibenarkan dalam dua perkara. Lelaki yang dikurniakan Allah harta dan dia menggunakan harta tersebut di jalan yang benar. Dan lelaki yang dikurniakan Allah hikmah kebijaksanaan dan dia mengamalkannya serta mengajarkan kepada orang lain.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)





14 comments:

  1. Salam Jumaat mama. Tq atas perkongsian bermanfaat :)

    ReplyDelete
  2. Kalo baca surah ni dengan faham maknanya, memang rasa beza sangat..amalkan baca dalam solat waktu Subuh dan sebelum tido..moga2 Allah lindungi kita dan keluarga dari perkara2 buruk..

    ReplyDelete
  3. lepas ni kena keraplah baca surah ni setiap kali solat

    ReplyDelete
  4. Baru tau kelebihan ayat nie Adda.. terima kasih kongsikan kat sini..

    ReplyDelete
  5. Mmg Kita ni Kan..
    Bila baca surah pendek mcm malu jer..
    Tetapi ada hikmahnya Dan kelebihannya..
    Sebabnya Kita tak tahu..
    Bila dah tahu mcm ni..
    Ohhh surah yg Allah kasihi rupanya..

    Jazakillah perkongsian yg bermanfaat..

    #sayalahygbarutahuitu😔

    ReplyDelete
  6. terima kasih berkongsi ilmu. :D

    ReplyDelete
  7. Terima kasih perkongsian
    Amalkan sebagai zikir harian

    ReplyDelete
  8. nice sharing.... :) kadang- kadang ramai yang tak tahu maksud ayat..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...

    saya suka dengan surah ini.

    selain mudah namun ia mempunyai makna yang mendalam sekali

    ReplyDelete

Words of wisdom