Review Hotel Holiday Inn Penang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, December 17, 2018

Review Hotel Holiday Inn Penang

Review Hotel Holiday Inn Penang. Bulan Oktober lepas kami sekeluarga telah pergi ke Pulau Pinang bagi meraikan adik bongsu mama yang sudah pun tamat degree. Refer entry ni http://www.mamapipie.com/2018/10/tahniah-buat-adik-bongsuku.html. Kami menginap beberapa hari di Batu Feringgi. Salah satu tempat kami bermalam adalah di Holiday Inn Pulau Pinang. Jom tengok Review Hotel Holiday Inn Penang semasa mama di sana.

Jom Baca Travelog Mama di Pulau Pinang di sini:












Review Hotel Holiday Inn Penang
Lokasi Hotel Holiday Inn Penang ni betul-betul terletak di tepi pantai Batu Feringgi.. Gambar ni di ambil dari pantai. Dari sini boleh nampak hotel, cafe pool dan kawasan tempat orang berehat di tepi pantai..


Bilik yg luas dan selesa, tilam gebu dan bersih. Pencahayaan yang yang bagus dan terang.. Mama ada ambil beberapa gambar tapi tah ke mana menghilang. Memang selesa bilik ni. Ada kerusi dan meja, dilengkapi dengan TV dan meja solek.








Di bilik air pula ada bathtub dan alat mandian diberi seperti sabun, shower gel, shampoo, ubat gigi dan berus gigi serta sandal. Tempat meletak pakaian memang luas dan complimentary 3-in-1 drink pun ada diberi juga. Setiap bilik disediakan mini refrigerator.


Lokasi Hotel Holiday Inn Penang ni betul-betul terletak di tepi pantai Batu Feringgi.
Kami menginap di hotel di seberang jalan tapi masih lagi boleh melihat pantai dari bilik hotel.

Review Hotel Holiday Inn Penang
Not bad pemandangan dari bilik hotel kami ni kan. Tenang aje perasaan

Review Hotel Holiday Inn Penang
Selesa kan

Review Hotel Holiday Inn Penang
Ruangan lobby yang selesa dan luas

Review Hotel Holiday Inn Penang

Review Hotel Holiday Inn Penang
Kami breakfast di sini saja. Makanan sedap, layanan tiptop. Boleh order omelette / scrambled / poarch egg melalui pesanan kepada waiter. Coffee machine juga disediakan so bolehlah menikmati latte, cappuchino, mocha or hot chocolate dari mesin tu


Yeayy.. Lepas breakfast main air kat pantai pula. Kami ambil foto je sebab selepas tu nak ke studio ambil gambar family

Review Hotel Holiday Inn Penang
Pemandangan sunset.. nyaman sekali.. selain dari pantai tempat ni berdekatan juga dengan kawasan uptown di waktu malam, maka senang saja korang nak bershopping. Tapi kalau nak beli jeruk Pak Ali mama syorkan beli terus di area gelugor sebab kat sini mahal sikit


Review Hotel Holiday Inn Penang
Pemandangan dari bilik pula

So far mama sekeluarga berpuas hati dengan layanan dan bilik di Holiday Inn Penang. Kalau tak masakan adik mama sambung sehari lagi di sini. Dia kata tak puas hati nak stay sehari lagi bagi puas hihi.. Kalau nak mendobi ada kedai dobi layan diri di sebelah hotel, bersebelahan pejabat pos. Jalan kaki je dah sampai. Tapi kalau ada bajet bolehlah guna laundry service hotel saja..

Untuk maklumat lanjut boleh lah lihat di bawah:

Holiday Inn Resort Penang

Alamat: 72, Jalan Batu Ferringhi,
11100 Penang, Pulau Pinang
Telefon: 04-886 6666

12 comments:

  1. 2 thn lps ada gi Penang tp tinggal di homestay Bayan Baru.

    ReplyDelete
  2. cantik juga hotel ni mama...kita tak pernah sampai penang lagi hehe

    ReplyDelete
  3. cantik hotelnya..dah lama tak jejak ke pulau pinang nih

    ReplyDelete
  4. tak pernah sampai lg penang tu kak.... bestnya hotel tuh
    dhla pemandangan lawo, bilik lak cun... tepi pantai lak tu

    ReplyDelete
  5. Okey nanti nak backpackers dengan Dania berdua..tunggu mama dia sihat sikit jer lagi...pas tu bleh ganti balik cuti sekolah yg x pi memana ni...

    ReplyDelete
  6. boleh cuba nak menginap di sini nanti

    ReplyDelete
  7. ehhhhhhhhhhhh.. cantiknya view dia !! nih yang ngidam nih.. hee~

    ReplyDelete
  8. cantik pemandangan, hotel pun luas. Best dekat dgn pantai

    ReplyDelete
  9. cantiknya hotel dia.. katil pun besar..

    ReplyDelete
  10. Looking forward for more amazing travel posts like this one, loved your travelling experience, learned much, attained more.
    meet and greet luton airport

    ReplyDelete

Words of wisdom