Tahniah buat adik bongsuku - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, October 30, 2018

Tahniah buat adik bongsuku

Mama baru saja pulang dari Pulau Pinang sempena meraikan adik bongsu mama Yang officially menjadi graduate USM. Tahniah buat adik bongsuku. You made it girl! We love you😘

Betapa getir perjalanan adik mama demi mendapatkan ijazah ini. Semasa mula diterima belajar di USM dulu, mak kami baru beberapa minggu diserang stroke. Mama tau dia menjadi serba Salah nak meninggalkan mak kerana mak memang langsung tak boleh bergerak Dan bercakap..tahun ini pula ayah meninggalkan Kami semua 5 Bulan Yang lalu. You are strong, dear!

Alhamdulillah semua adik beradik Dan keluarga kecil ki dapat berkumpul Dan meraikan. Selalunya susah nak berjumpa serentak. Seronok dengan kehadiran makcik Kami Dari Singapore (adik arwah ayah). Sekurangnya terubat juga kekosongan Di Hati Kami. Wajah semuanya tersenyum. Hakikatnya Allah saja Yang tau.



Syukur alhamdulillah.. Kalau arwah ayah Dan mak masih Ada tentu mereka berasa banggq. Kesemua anak-anak mereka berjaya graduate. 3 orang diploma Dan 3 orang ijazah sarjana muda..


Semoga hubungan kekeluargaan Kita bertambah erat. Semoga bertambah murah rezeki buat adik mama. Tahniah again!!


8 comments:

  1. alhamdulillah, tahniah buat adik akka....

    dlm setiap dugaan tu pasti ada kegembiraan, insyallah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah tahniah...jaga hubungan adik beradik kekuat ye kak

    ReplyDelete
  3. Tahniah untuk adik bongsu mamapipie

    ReplyDelete
  4. usm, patutlah macam kenal baju tu.. hehehe
    tahniah buat adik bongsu..

    ReplyDelete
  5. TQ semua. Diakanlah hubungan Kami sentiasa berwarna warni mcm.ni. pha is graduate usm ke

    ReplyDelete

Words of wisdom