SMK Ade Putra Melaka Perlu Derma Besarkan Surau - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, November 7, 2018

SMK Ade Putra Melaka Perlu Derma Besarkan Surau

Assalamualaikum semua.. sesungguhnya selepas kita mati kesemua amalan Kita Akan turut mati kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh, ilmu bermanfaat serta amal jariah yang berterusan.. maka, di sini mama ingin menyeru semua untuk sama-sama membantu SMK Ade Putra Melaka Perlu Derma Besarkan Surau. SMK Ade Putra ini terletak Di Masjid Tanah, Melaka dan Salah seorang guru Di sekolah ini adalah seorang blogger Yang mama kenal melalui alam maya agak lama juga iaitu http://www.cikgubadarudin.my/ manalah tau inilah Amal jariah yang akan membantu Kita kelak..



Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ade Putra di sini memerlukan sumbangan orang ramai untuk menyiapkan projek membesarkan surau di sekolah berkenaan.

Pihak sekolah sedang menggerakkan usaha untuk mengumpul dana bagi tujuan berkenaan tetapi masih memerlukan dana untuk menyiapkannya.

Surau berkenaan perlu dibesarkan bukan sahaja untuk memudahkan pelajar Islam dan guru menunaikan solat tetapi bagi menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan keagamaan termasuk membudayakan pembacaan al-Quran selain dijadikan sebagai pusat kegiatan ibadat.

Namun, kami masih menghadapi kekurangan dana dan berharap masyarakat dapat menghulurkan sumbangan untuk menyiapkan projek tersebut.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Cikgu Badarudin di talian 019-2320320 / Pejabat -063841200 atau berkunjung sendiri ke sekolah berkenaan untuk maklumat lanjut.

Semoga sumbangan yang diberikan dan aktiviti yang akan dijalankan mendapat ganjaran setimpal dari Allah SWT. 

Sebarang sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun Maybank di atas nama akaun :

TABUNG PEMBANGUNAN SMK ADE PUTRA
( 554101508574 )




Mama doakan semoga sekolah ini akan mendapat dana Yang secukupnya secepat mungkin.. Sila panjangnya perkara ini kepada orang lain. Boleh share post no melalui button share Di bawah

10 comments:

  1. TQ MAMA...Sharing is Caring...Hanya tuhan dapat membalasnya..MOga Mama dan keluarga diberikesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mamapipie atas perkongsian ini..
    Semoga ianya dapat membantu SMK Ade Putra Melaka..

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan. good sharing kak.. Nanti share entry ni juga ye.

    ReplyDelete
  5. Jom sama-sama membantu sambil beramal. Mudah-mudahan menjadi saham buat kita di sana nanti.

    ReplyDelete

Words of wisdom