Makan Malam di Pak John BBQ & Steamboat IOI City Mall Putrajaya - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, October 11, 2018

Makan Malam di Pak John BBQ & Steamboat IOI City Mall Putrajaya

Makan Malam di Pak John IOI City Mall Putrajaya. Pak John memang terkenal dengan masakan BBQ & steamboat. Dah lama teringin nak merasa makan di Pak John. Lebih meyakinkan kerana Pak John mempunyai sijil halal Halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Sabtu lepas mama cuba Google tentang Pak John semasa di office dan nampak banyak gambar makanan yang sangat variety dan sedap sampaikan 3-4 orang officemate mama pun terliur sama. Dah macam acara terliur berjemaah pula gayanya haha... Maka dan-dan tu juga terus mama decide untuk Makan Malam di Pak John IOI City Mall Putrajaya..

Teaser gambar sat.. Ni laa antara pilihan menu mama sekeluarga. Uishhh boleh tahan banyak juga kitaorang makan.. Buffet lah katakan.. Nak tau lebih lanjut tentang Pak John? Jom teruskan bacaan di bawah..

Tentang Pak John BBQ & Steamboat

Pak John BBQ & Steamboat adalah satu restoran buffet yang berkonsepkan "Urban Cuisine". Pilihan menu yang pelbagai mengandungi makanan yang trendy dan moden. Ia sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat tidak mengenal usia terutama bagi peminat makanan streamboat, Yong tau foo dan semua peminat makanan. Makanan disediakan ada 2 jenis sama ada di gril atau dimasak dalam sup. Ikut citarasa korang suka yang mana satu..


Suasana di Dalam dan Luar Restoran


Pemandangan Dari hadapan restaurant. Masa mula-mula sampai tu surprise juga tengok banyak kerusi sampai kat outdoor pun ada.

Rupanya bila dah semakin malam tempat duduk kat outdoor ni pun penuh. Memang ramai yang datang makan kat sini rupanya.

Bila masuk ke dalam restaurant nampak keadaan restoran yang cozy dan selesa sangat. Nampak ekslusif pun ada juga kan. Sedap Tu kot mama makan banyak.. opss!

Dengan space yang banyak maka kita tak perlu risau kalau peak hours confirm ada tempat untuk kita. Kalau yang tak sukakan aircond bolehlah makan di ruangan outdoor di hadapan kedai.


Menu Pilihan di Pak John BBQ & Steamboat



Pada mama, keistimewaan Pak John, adalah pada menu. Kerana terdapat banyak sangat pilihan makanan di sini; hampir 160 jenis makanan boleh dipilih di sini merangkumi Surimi, BBQ, Seafood, Vegetable, Noodle, Dim Sum, Dessert dan Beverage. Tengok kategori menu pun dah banyak kan.. Bukan saja masakan BBQ dan steamboat, masakan yang ready made seperti nasi goreng, bihun goreng, nugget, etc pun ada disediakan. Memang sesuai untuk seisi keluarga Kan..


Pilihan sayuran pun banyak. Cendawan aje pun dah beberapa jenis sampai rambang Mata mama nak pilih


Menu mesra budak pun Ada. Ada nugget Dan sosej memang favourite Syafi lah Kan. Ada juga sotong Sambal Yang jadi kegematan ayah Syafi kat sini..


Kitaorang pilih kuah Tomyam. Di sini terdapat 5 jenis pilihan sup untuk steamboat. Bagi yang sukakan pedas boleh pilih Kuah Tomyam atau Kari. Lagi 3 jenis sup iaitu Beef Bone Pepper, Miso dan Chicken Soup tak pedas dan sesuai untuk anak-anak yang tak suka pedas. 

Pening juga masa nak pilih sup ni.. bila dah banyak pilihan ginilah Kan..

Kalau sampai sini mama rekemen sangat korang lamb, beef dan smoked duck. Smoked duck memang sedap sangat. Kalau korang nak tau ni lah first time mama makan itik tau. Lamb dia pun sangat sedap. Perapan dia terasa dan mudah dimakan sebab tak liat. Daging pun dipotong nipis-nipis saja. Berbekas-bekas kitaorang makan.. 

Ada 20 jenis pilihan sos yang boleh dipilih. Pilih lah saja ikut citarasa korang. Nak pedas Ada, nak tomato sos Dan mayonis pun Ada. Hatta Sambal belacan pun Ada tau

Desert. Terlupa nak makan sebab perut dah kenyang sangat. Nyesal sebab lupa nak ambil dessert kat sini walhal dah lalu lalang kat sini beberapa kali. Maybe next dtg lagi boleh try 

Tapi mama sekeluarga repeat aiskrim ni banyak kali.. Sedapp!! Terasa Di tekak

Air free flow ambil sendiri. Banyak juga pilihan air. Mama suka honey green tea. Sedap!!

Ada Rupa muka kekenyangan tak?

Inilah harga sekepala bagi dinner Dan lunch Di Pak John ni. Sangat berpatutan kan. Berbaloi dengan makanan serba lengkap yang mama dah cerita kat atas tu kan..


Pengalaman Makan di Pak John BBQ & Steamboat

Overall makan kat sini memang best. Staff dia friendly Dan sentiasa peka dengan kehendak pelanggan. Contohnya kalau dia nampak sup dah kurang nanti dia akan topup. Kalau kuali grill dah kaler hitam, dia Akan tukarkan Dan kalau Ada pinggan kosong cepat aje dia ambil. Efisien!

Dari segi makanan pula memang puas hati kerana pilihan terlalu banyak. Sesuai untuk budak dan orang dewasa. Kalau malas nak grill atau buat sup, makanan sedia dah masak pun ada. Dessert jangan cakap lah memang banyak pilihan dan sedap pula tu. Mama rekemen korang datang sini dan rasai kebest an Pak John... Thumbs up


Maklumat Lanjut Pak John BBQ & Steamboat


Memandangkan ramai yang bertanya pada mama tentang Pak John sejak mama upload gambar di FB & Twitter sampaikan hampir viral kat opis mama ni haha.. So, kepada sesiapa yang ingin pergi ke Pak John IOI City Mall Putrajaya bolehlah ke alamat seperti berikut. Mama sertakan details website, FB dan Ig Pak John kalau korang nak tau lebih lanjut. Buat pengetahuan korang ada satu lagi cawangan Pak John iaitu di e@Curve, Mutiara Damansara. 

,

PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
GE-11 Ground Floor
IOI City Mall
Lebuh IRC
IOI Resort City
62502 Putrajaya
Website www.pakjohn.com
Phone : 012-252 8289


11 comments:

  1. wahhhh lagi murah dari seoul garden lah! Menu pun banyak

    ReplyDelete
  2. fuhhhhh dia punya pilihan mcm2 nya....
    mmg berpadanan ngn harga, bila lah nk try tuh

    ReplyDelete
  3. Berbaloi-baloi makan dekat Pak John ni. Next time nal g yang dekat ecurve tu pula. Nak bawa family sekali.

    ReplyDelete
  4. jom mama kita repeat lagi nanti...berbaloi harganya,pilihan pun banyak kan..

    ReplyDelete
  5. wah banyak sekali makanannya
    pasti dua keluarga cukup jika dimakan bersama-sama

    ReplyDelete
  6. Harga sangat berbaloi dengan makanan yang disediakan. Tempat pun luas.. Puas hati la

    ReplyDelete
  7. Saya tak pernha lagi makan sini. Good review mama. Nanti bolehlah saya try makan sini

    ReplyDelete
  8. Xpernh lg mkn sini. .Meriah byk pilihan.. Dapnye. .Nanti bole la try

    ReplyDelete
  9. lumayan nyer makanan!
    sodap!
    tapi tu la, aida tak brape nak gi kalau mengamalkan konsep gini.
    sebab anak2 tak brape makan stimbot gini.
    tak berbaloi lagi now ni nak byr utk diorang.
    tunggu diorang besar dan jadik pemakan skit lah utk ke sini.
    unless nak dating dgn mr.asben ku. boleh la layan berdua...

    ReplyDelete
  10. Makan steamboat camni kena kosong kan perut dulu.. Baru boleh isi byk makanan.. Haha

    ReplyDelete

Words of wisdom