Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Saturday, June 9, 2018

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Ada sesiapa suka makan ketam masak lemak? Mama nak pesan masa makan tu kena hati-hati sikit tau.. Yelah, bayangkan tengah sedap-sedap sedut isi ketam tetiba tersedak.. kan naya tu.. So, makanan ni adalah agak merbahaya tapi sedapp.. Jom kita tengok Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api.


Kredit photo http://iresipi.com

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api.

Bahan-bahan

- 4 ekor ketam (dibersihkan)
- 10 biji cili api (kalau nak lagi pedas boleh ditambah lagi)
- 1½ cawan santan kelapa yang di parut
- 1 keping asam gelugur
- 1 inci kunyit hidup
- 1 helai Daun kunyit
- garam secukup rasa

Cara-cara memasak

1. Bersihkan ketam dan masukkan ketam ke dalam periuk.
2. Kisar cili api bersama santan dan kunyit sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk yang mengandungi ketam tadi.
3. Masak sehingga hampir mendidih dan masukkan asam keping dan garam secukup rasa. Sentiasa kacau santan di dalam periuk agar tidak berketul dan naik minyak.
4. Tutup api apabila masakan telah mendidih dan isi ketam telah masak.
5. Sedia dihidangkan.

16 comments:

  1. ketam bukan feveret...

    kalau setakat tengok orang makan..

    kira ok la tu..

    tumpang gembira je

    ReplyDelete
  2. Sedapnye.
    tapi harga ketam sekarang mahalnye

    ReplyDelete
  3. Dengan nasi panas, bertambah-tambah tu.

    ReplyDelete
  4. Perjuangan mencari lailatul qadr di teruskan malam ini. Selamat berjuang di malam 25 ramadhan.

    Sedap pekena ketam masak lemak

    ReplyDelete
  5. Mama singgah blog walking malam malam buta ni. Hehe. Baru makan tomyam pok tek ketam. Sedap. Masak lemak ketam pun sedap.

    Huhu

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.. feveret Kak Sue jugak nie..

    ReplyDelete
  7. perghhh merecikkk hehe.

    tag akak kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2018/06/comeback-giveaway-by-byzura-halifah.html :D

    ReplyDelete
  8. Sedapnya ketam masak lemak cili padi... Kalau aumi saya ni memang mengadap dia makan. Alahai kecur air liur.

    ReplyDelete
  9. sodap ni kak.. trangkat kalo makan ahaha.. kena lagi panas2 tu pi kekah ketam hehe =D

    ReplyDelete
  10. Lama tak makan ketam masak lemak ni. Aishh kena tggu lepas raya lah nak masak ni. Skrg barang mahal xboleh beli lagi. Hehe

    ReplyDelete
  11. Kesukaan Sha ini.. Lama tak makan..

    ReplyDelete

Words of wisdom