Ramadhan Berlalu Syawal Menjelma - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, June 14, 2018

Ramadhan Berlalu Syawal Menjelma

Alhamdulillah Dalam kesedihan berpisah dengan Ramadhan Yang mulia terselit kegembiraan Dan perasaan meraikan kemenangan setelah sebulan Kita berpuasa. Syawal memang perlu Di rayakan dengan penuh kesyukuran. Raya mama Dan sekeluarga tahun ni memang serba sederhana. Baju Raya pun takde tau. Sebenarnya Masih lagi bersedih dengan pemergian tok mat. Tahun ni mama beraya sebagai anak yatim piatu. Terasa buntu juga kerana hilang arah tiada siapa untuk berbakti lagi. Walau apapun mama Akan Cuba meraikannya bersama mak Dan bapa saudara..



Di kesempatan ini mama dan keluarga ingin mrngucapkan selamat Hari Raya maaf Zahir Dan batin. Mohon ampun Dan maaf atas segala Salah Dan silap kami Sama Ada sengaja atau tidak. Kosong.. kosong.. ye..

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Ucapan Di Hari Raya*

عن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ : كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اِلْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك . قال الحافظ : إسناده حسن .

_*Dari Jubair bin Nufair, ia berkata bahawa jika para sahabat Rasulullah SAW berjumpa dengan hari ‘ied (Idul Fitri atau Idul Adha), satu sama lain saling mengucapkan, “Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).”*_ Al-Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahawa sanad hadits ini hasan. (Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqolani, Darul Ma’rifah, 1379, 2/446).

قَالَ:لَقِيتُ وَاثِلَةَ يَوْمَ عِيدٍ فَقُلْتُ: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ فَقَالَ: نَعَمْ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ.

*Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya  dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka" (Semoga Allah menerima amalan [amalan dan ibadat di Ramadhan] kami dan kamu), baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka"* HR Tobrani No: 17589

*Pengajaran:*

1.  Antara amalan yang dituntut pada hari raya ialah saling doa mendoakan apabila bertemu.

2.  Ucapan yang disunatkan ketika bertemu sesama muslim ialah

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ

3.  Saling berjabat tangan apabila bertemu. Sabda Rasulullah SAW,

مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلاَّ غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا

“Tidaklah dua muslim itu bertemu lantas berjabat tangan melainkan akan diampuni dosa di antara keduanya sebelum berpisah.” (HR. Abu Daud No. 5212). Status: Hadis Sahih

4.  Saling ziarah menziarahi

Berziarah dan merapatkan ukhuwwah sesama Muslim dituntut.

Nabi SAW pernah bersabda :

مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه  وأن يُنسأ له في أثره  فَلْيَصِل رَحِمَه

Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

*Moga Allah menerima segala amalan dan ibadat kita sepanjang Ramadan ini.*

Moga dipertemukan pada ramadan tahun akan datang.


Rujukan: telegram.me/hadisharian_ikram

3 comments:

  1. selamat hari raya mama sayang

    ReplyDelete
  2. salam takziah buat kak adda sekeluarga, selamat hari raya :)

    ReplyDelete

Words of wisdom