Resepi Mudah Spagetti Dengan Sos Pesto - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, April 12, 2018

Resepi Mudah Spagetti Dengan Sos Pesto

Kami anak beranak ni memang penggemar makanan western. Acah-acah mat saleh la konon haha.. Resepi Mudah Spagetti Dengan Sos Pesto ni mama dapat dari kawan mama. Tak tahan lah tengok dia selalu buat dan nampak sedap sangat. Rupanya mudah aje nak buat Resepi Mudah Spagetti Dengan Sos Pesto ni. So, mama letak sini untuk koleksi mama ye.

Buat pengetahuan korang pesto ni adalah sos yang berasal dari Genoa, Liguria Italy. Ia di buat dari campuran basil, olive oil, bawang putih dan pine nuts. Tapi mama guna cara senang aje iaitu guna paste ready made je beli kat supermarket haha.. sebab tu lah mudah haha.. Kalau nak buat sendiri pun boleh sebenarnya kerana teramatlah mudah. Boleh tengok resepi di bawah sekali post ni.

Resepi Mudah Spagetti Dengan Sos Pesto
Resepi Mudah Spagetti Dengan Sos Pesto

Jom kita tengok macam mana nak buat Resepi Mudah Spagetti Dengan Sos Pesto.

Resepi Mudah Spagetti Dengan Sos Pesto

Bahan-bahan (3 orang makan):

Spagetti (direbus sehingga lembut, di tos dan di gaul dengan olive oil)
3 ulas Bawang putih - dicincang
Segenggam Tomato cherry (dibelah 2)
3 sudu Pesto brand Agnesi (kalau nak guna brand lain pun takde masalah) - lagi banyak lagi sedap
Kupang - rebus dulu sehingga masak
Isi ayam - di gaul dengan sedikit garam dan pepper dan digrill asing
Keju parmesan
Sedikit garam

Cara Buat:

1. Tumis bawang putih yang dicincang dengan olive oil.
2. Masukkn tomato cherry yang dibelah dua beserta kupang yang telah direbus. Boleh juga letak udang, etc ikut mana yang korang suka.
3. Masukkn pesto dan spagetti, kacau sehingga rata dan perasakan dengan garam.
4. Masukkan keju parmesan dan kacau sehingga keju cair dan melekat di spagetti.
5. Siap.
 
Haa.. mudah aje kan.. cubalah. Mama guna Pesto ready made brand agnesi. Refer gambar di bawah.

Pesto ready made brand agnesi


Kalau nak buat paste Pesto sendiri pun boleh tau.

Resepi Pesto buatan sendiri


Caranya:
  1. Campurkan daun basil, bawang putih, pine nuts (kalau korang jumpa laa) dan keju Parmesan dalam food processor (blender pun boleh). 
  2. Letak sedikit garam dan pepper secukup rasa.
  3. Masukkan olive oil dan blender sehingga hancur.
  4. Simpan paste ini dalam bekas kedap udara dan bolehlah disimpan dalam peti ais. (guna dalam masa seminggu)
  5.  Siap!

17 comments:

  1. mak suka pasta. tapi tak pernah guna pesto agnesi ni. sedap tak? kat mana beli?

    ReplyDelete
  2. tak pernah guna pesto agnesi. Kalau teringin makan oder kedai jew sekali sekala

    ReplyDelete
  3. takpernah jumpa lagi pesto agnesi ni, nampak senang je eh masak dengan sos pesto ni

    ReplyDelete
  4. Alahai sedapnya nampak. Lapar terus perut ana ni haa.

    ReplyDelete
  5. anak2 punya menu ni pasta..bule cuba resipi ni pulak nanti..

    ReplyDelete
  6. Ibu singgah blog walking. Semoga sihat hari ni sis mamapipie.

    Wah sedapnya spagetti masak sendiri.

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaa. Boleh try jugak nanti :)

    ReplyDelete
  8. Sedapnya...saya ni...kadang2 beli hat prego je 🙈

    ReplyDelete
  9. Wahhh menyelerakan... ape rse yg ni erk mamapip. xpenah try.. nampak mcm aglio olio erk tp bukan. hehehehhe suka spaghetti ni tau

    ReplyDelete
  10. Wahh tak caya semudah itu je caranya, 5 cara sahaja.. Thanks for sharing this recipe

    ReplyDelete
  11. Alaaa..terus rasa nak makan pasta...kat umah ada sos bolognese je..

    ReplyDelete
  12. Sedapnya Adda, kat rumah nie pun anak-anak Kak Sue suka makan pasta. Boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  13. tq for sharing.
    aida tak pernah guna pesto ni.
    maintain aje dgn bolonis.
    boleh try berdasarkan entry mamapp ni.

    ReplyDelete
  14. Selalu masak spaghethi bolognese ja kak dgn carbonara. Yg ni xpenah cuba lagi. Nak cuba lah nnti. Tq kak share resepi.

    ReplyDelete

Words of wisdom