Petua Untuk Anak Dara dan Wanita Berkahwin - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, April 17, 2018

Petua Untuk Anak Dara dan Wanita Berkahwin

Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk anak dara yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Mama nak share Petua Untuk Anak Dara dan Wanita Berkahwin ini sebagai satu panduan untuk kita. Yelah kan apa salahnya mengamalkan Petua Untuk Anak Dara dan Wanita Berkahwin ini jika tak memudaratkan. 

Ini adalah entry lama mama tahun 2010 yang diberi nafas baru (macam lagu pula). Tak usah malu nak baca ye korang kerana ini adalah pengetahuan am hihi.. Mana yang rasa sesuai bolehlah amalkan. 


Petua Untuk Anak Dara dan Wanita Berkahwin


1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak Mewangi 
Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda. 


28 comments:

  1. sungguh berguna info nieh, hehe.. walaupun tengok nyer lbih kepada perempuan kan, tpi ada gak yang berguna @ baiknya untuk laki ikut :-)

    ReplyDelete
  2. best jugak bace petua nie...almklum la da nk kawen nie...kna jg mcm2....

    ReplyDelete
  3. baik punye petua ne..hehehe

    ReplyDelete
  4. lambat lagi kawen pun leh baca petua ni :-)

    ReplyDelete
  5. Mmg bagus petua ni..Elok utk di amalkan.. :)

    ReplyDelete
  6. petua ni w/pun byk utk perempuan tp tak salah org lelaki pun tau sebab boleh beri ilmu pada isteri gak. sharing is caring, rite? :)

    ReplyDelete
  7. Info berguna ! Salam singgah. jemput datang ke blog saya untuk join Segmen blogwalking

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://mushyzaini.blogspot.my/2018/04/segmen-blogwalking-musfirahzn.html

      Delete
  8. Bestnya tips ni...kena selalu buat. Demi kasih syg yg berkekalan

    ReplyDelete
  9. Wahhh bagus skli petuanye.. Hihii kna amalkan ni..

    ReplyDelete
  10. Bagus untuk amalan semua. Memang kena amal lah nampaknya ye.

    ReplyDelete
  11. petua yang bagus untuk diamalkan terutama yang bab suara tu. Budak perempuan sekarang suka ketawa kuat2 terutama di tempat public. Dah hilang rasa malu agaknya.

    :)

    ...

    ReplyDelete
  12. Salam selasa, Saya singgah blogwalking. Bagus tips ni

    ReplyDelete
  13. Mama tumpang lalu petang petang ni. Petua yang bagus di amalkan

    ReplyDelete
  14. Huihh, hampir kesemua tips nie saya baru mengetahuinya.. Terima kasih Mama kerana sudi berkongsi..

    ReplyDelete
  15. Info sangat berguna ni. Hehhehe mne tak pernah amalkan blh amalkan ni.

    ReplyDelete
  16. Salam rabu dari maznee kepada sis mamapipi. Sibuk benar sekarang ni update blog. Hehe

    ReplyDelete
  17. bagus petua ni untuk wanita kan...tak kira lah yang dah berkhawin atau belum...luar dalam kena jaga agar sentiasa sihat dan cergas..

    ReplyDelete
  18. Selamat pagi, Selamat hari khamis sis mamapp

    Terima kasih atas petua

    ReplyDelete
  19. Anak nk msk 3 dah ni...insyaAllah akan amalkan petua2 yg mama pipie bagi

    ReplyDelete
  20. petua menarik...kena amalkan semua ni

    ReplyDelete
  21. Memang bagus petua ni...anak dara boleh amalkan..mak dara pun boleh tp untuk suami..hahaha

    ReplyDelete

Words of wisdom