Makan Di Family Kingz Seafood Ikan Bakar sambil menikmati sunset - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, January 24, 2018

Makan Di Family Kingz Seafood Ikan Bakar sambil menikmati sunset

Memandangkan ini kali kedua mama ke Morib, maka kami dah plan sesiap nak makan apa di sana. Selepas check in kitaorang terus pergi berendam Dalam pool selama 3 jam. Lepas Tu baru masuk ke bilik tau. So, bila dah berendam lama faham-faham lah Kan. Perut dah berkeroncong lapar so mama memang bawa bekal siap2 Dari rumah. Jadinya tengah hari Tu dah save duit makan. Sebab memang Dan Dalam rancangan mama untuk Makan Di Family Kingz Seafood Ikan Bakar sambil menikmati sunset. Best tau Makan Di Family Kingz Seafood Ikan Bakar sambil menikmati sunset Di Morib.

Sebenarnya Family Kingz Seafood Ikan Bakar terletak betul2 Di tepi Gold Coast Morib. So, walking distance aje tak payah fikir2 nak bawa kereta keluar Dari sini. Dulu masa first time datang sini memang dah penah makan kat sini so rasa makanan Di sini not bad sebab Tu kitaorang ok aje dinner kat sini.

Family Kingz Seafood Ikan Bakar. Masa sampai sini dah petang dah. Matahari pun dah mula turun dah tu

Untuk ayah syafi, nasi goreng USA. Kitaorang tak makan pun seafood sebab memasing perut tak lapar. Tapi mulut Yang nak mengunyah haha.  Dulu Kami makan ikan bakar, etc Kali ni menu goreng2 je lah

Untuk mama pula, nasi goreng paprik. Sedap tau. Portion dia pun banyak sampai tak terabis nak makan. Last2 share dengan ayah Syafi

Ni Pula lauk Syafi. Dia sorang je lah Yang makan seafood. Sotong goreng tepung dia memang sedap Dan rangup tau. Mama dgn ayah tolong ratahkan


Tenangnya fikiran sambil Makan sambil tengok sunset. Bertemankan Pula angin Dari tepi pantai. Angin air nak pasang. Kuatnya boleh tahan juga.

Ada nasi terbunjut Di situ haha.. 


Menu Di sini. Harganya boleh lah Kan. Takdelah Mahal sangat. Sotong goreng tepung 2 ekor sotong besar pun Dalam RM 14 je.



Itu jelah nak citer. Ni bukan advert tau. Saja suka share tempat makan kitaorang Tu je





20 comments:

  1. Best kan sesekali makan sambil tengok sunset macam ni..dulu sebelum kawen, pernah makan kat area selangor..tak ingt nama tempat tapi tepi laut macam ni gak la..

    ReplyDelete
  2. wooww!! Menarik yaa!! Makan sekaligus menikmati sunset..😄😄

    ReplyDelete
  3. tak penah sampai lagi sini..boleh la kalau datang dah tahu mana nak makan..

    ReplyDelete
  4. Waah menarik! :) Nanti dah sampai, boleh try!

    ReplyDelete
  5. asyik dan sedap
    Ayam bakar sambil menikmati pemandangan

    ReplyDelete
  6. Dulu masa Ana ke sini 7 tahun lps rasanya baru ada pondok ni je. Yeah lps ni kalau ke gold coast dah tau nak dinner dkt mana. Jalan bawah tu je kan. Mmg plan nk bawa syafi ke sini juga.

    ReplyDelete
  7. nmpk mcm bes je.. alaa cikyan belum smpai lg kat sini.. bilakah agaknya...

    ReplyDelete
  8. Saya selalu pergi morib tak pernah cuba makan di sini lagi. Terbaik ni

    ReplyDelete
  9. seronok tengok keindahan alam nih sambil makan2

    ReplyDelete
  10. Sukanya kalau dapat makan seafood.. Heaven rasanya..

    ReplyDelete
  11. Subhanallah cantiknya sunset tu...mesti ralit je kan layan sunset sambil kunyah sotong goreng tepung hihi...

    Terus rasa nak bercuti ke morib :)

    ReplyDelete
  12. Wah! bestnya!! tapi kalau Hana bila dah hadap makanan jangan harap nak pandang mana2 lagi! hahah sunset dah lari makanan baru habis... heheh ^^

    ReplyDelete
  13. GV suka baca tempat2x makanan yang best cmnie mama. Sedap tgk nasi goreng paprik tu mama. hihi. :D

    ReplyDelete
  14. Family Kingz Seafood Ikan Bakar ni x jauh dari pantai Morib la kan..ke jauh

    ReplyDelete
  15. Tak pernah tido kat Morib Goldcoast....yg pernah pergi Pantai Morib jerlah hihi ...Itu pun sebab gi rumah kawan kat Banting. Best jugakkan, makanan sedap, harga ok sambil menikmati sunset gitu

    ReplyDelete
  16. Senang kalau nak makan tak payah pergi jauh-jauh kan..

    ReplyDelete
  17. Lama dah tak ke Morib. Sejak zaman kanak-kanak riang lagi hehehe...InsyaAllah ada rezeki nak try juga jalan-jalan cari makan di sini.

    ReplyDelete
  18. Wah nampak sedap kak. .Sambil makan sambil tgk sunset kan

    ReplyDelete

Words of wisdom