Pemakanan sihat untuk warga emas. Asslamualaikum semua.. Diam tak diam tengok-tengok umur kita pun makin meningkat dari sehari ke sehari dan tengok-tengok ibu bapa kita pun dah jadi warga emas. Begitulah masa, akan terus berputar tanpa menunggu kita. Tak boleh nak tahan dan suruh tunggu kalau tak pandai urus masa alamatnya kita jadi tua begitu sajalah dalam kerugian..
Pemakanan sihat untuk warga emas amat penting untuk diambil tahu kerana bila telah berusia maka sistem tubuh badan kita akan berubah. Penuaan akan mempengaruhi proses penyerapan, penggunaan dan perkumuhan badan. Jadinya kenalah tahu
Pemakanan sihat untuk warga emas agar dapat maintain kesihatan yang baik.
Pemakanan sihat untuk warga emas
Sebelum tu korang tau tak siapa sebenarnya warga emas ini? Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan
ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di "World Assembly On Ageing
1982" di Vienna.
Artikel ni mama pernah publish pada tahun 2011 dan banyak juga viewnya sehingga lebih kurang 600. Tapi mama saja nak up balik entry ni bagi panduan kita bersama, bagus utk pengetahuan dan boleh gak apply utk mak ayah kita. Nanti bila kita dah jd warga emas boleh juga cuba tips ini kan..
Warga emas terutamanya lelaki perlu mendapatkan makanan yang mengandungi lebih serat yang lazimnya terdapat dalam tumbuhan seperti buah, sayur, kacang dan bijirin. Serat dapat membantu melembutkan najis dan mengelakkan sembelit. Selain itu, serat juga membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Kekurangan vitamin dan mineral dalam badan boleh mendedahkan golongan ini untuk mendapat penyakit anemia dan penyakit berkaitan tulang. Vitamin A dapat membantu golongan warga emas untuk membolehkan sistem imunisasi tubuh mereka berfungsi dengan baik. Makanan yang mengandungi vitamin A ialah hati ayam, telur, susu penuh krim, ikan kembung dan ikan bawal hitam. Kekurangan vitamin A dalam tubuh akan menyebabkan seseorang itu mendapat kesan buruk seperti rabun malam, kulit kering dan kasar, kelemahan sistem imunisasi (daya ketahanan tubuh melawan penyakit) dan kekeringan pada mata.
Vitamin C membantu tubuh menentang jangkitan penyakit. Sumber vitamin C ialah betik, jambu batu, oren, mangga, tomato, belimbing dan ulam seperti petai. Lelaki dalam kumpulan usia ini disarankan mengambil 70mg vitamin C sehari.
- Mengambil Makanan ikut keperluan
Disyorkan ambil makanan mengikut keperluan tubuh supaya berat badan tidak meningkat dari sehari ke sehari. Peningkatan berat badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan apatah lagi untuk warga emas.
Asid folik boleh membantu warga emas mengekalkan mood baik kerana makanan ini turut menghasilkan dan memelihara sel baru dalam tubuh. Antara makanan yang ada asid folik termasuk sawi, kacang merah panggang, kacang pis hijau, kacang panjang, telur dan daging lembu tanpa lemak. Kekurangan asid folik secara teruk boleh menyebabkan kecelaruan fikiran dan kemurungan. Malah mungkin juga boleh sukar memberi tumpuan dan meluahkan nafas yang pendek-pendek.
Warga emas kurang minum kerana mereka kurang berasa dahaga. Air membantu tubuh seseorang itu berfungsi dengan lebih baik. Justeru, jika tidak minum air masak dengan cukup, tubuh tidak mampu berfungsi sebaiknya. Air juga berfungsi untuk mengawal suhu badan. Warga emas disarankan minum air sebanyak 1.5 liter hingga 2 liter sehari.
boleh buat rujukan ni....tp kadang2...warga emas ni tak berapa nak selera makan kan..kena paksa kadang2...vitamin memang wajib lah kena bagi...
ReplyDeleteBetul tu kak. Bukan warga emas je, kita yg muda ni pun kena jaga pemakanan sama. Air, sayur, buah kena perbanyakkan utk memenuhi keperluan badan kita.
ReplyDeleteOoo.. asid folik pun penting ya... TQ mamapp for info :)
ReplyDeleteperkongsian yang bermanfaat :)
ReplyDeleteBetul tu. Pemakanan berkhasiat sangat penting. Ayah akak dah berusia 88 tahun dan emaknya lebih 105 tahun. Alhamdulillah kedua-duanya masih sihat. Ayah masih mampu berjalan ke surau setiap 5 waktu dan nenek pula masih mampu menyapu keliling rumah ... cuma sesekali sakit lutut & sendi2. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah Yang Maha Esa :)
ReplyDeleteAlhamdulillah sihat lagi mereka. Bolehlah Cuba Tanya apa petua mereka kan
Deletebagusnya info ni. TQ mama sebab share informasi ni
ReplyDeleteagak2nya opah sy ambil x mknn2 sihat ni? hehehe
ReplyDeleteGood Sharing Mama..
ReplyDeletesaya semakin risau menghadapi warga emas..tak lama lagi..
ReplyDeleteentah sampai ke tidak..
get ready jelah..
hehehehe
bagus tips nya.. boleh digunapakai nanti2..
ReplyDeleteperkongsian yang berguna
ReplyDeleteInfo yg bermanfaat. My mom is almost 85yo. Dia suka makan sayur dan jenis masakan yg bersup dan kurang berminyak.
ReplyDeleteharus banyak mengandung vitamin
ReplyDeleteAssalamualaikum Wrmbth Mama pipie
ReplyDeleteMak ayah kita yang dah tua memang patut di sayangi
Insyaallah redha Allah swt akan turun
Memang semua nih penting utk org tua kita..
ReplyDeleteSetuju dengan semua point mama. Especially banyakkan serat & air kosong tu. Biasa sangat warga emas ada masalah sembelit ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSatu perkongsian yang baik utk WP yg dah masuk kategori warga emas ni.
Semoga jadi panduan Kita juga Kan. Bukan org warga emas saja
ReplyDelete