Klinik Pergigian Seksyen 7 Shah Alam - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Friday, October 6, 2017

Klinik Pergigian Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum salam jumaat semua.. minta maaf mama mmg dah mood merudum sekarang. Bilalah nak kembali mood mama ni. Mungkin selepas masalah gigi mama ni selesai kut. Hari selasa haritu mama telah pergi ke Klinik Pergigian Seksyen 7 Shah Alam. Hajat Di Hati nak minta buat RCT kat Sana. Kononnya nak jimat duit sebab buat kat swasta RM1000 juga. Atas saranan ayah Syafi mama pun pergilah ke Klinik Pergigian Seksyen 7 Shah Alam.

Kalau nak tau inilah first time mama ke klinik kerajaan untuk buat treatment Gigi tau. Nervous juga. Hari isnin Tu mama call dulu Klinik Pergigian Seksyen 7 Shah Alam Dan dia minta datang untuk check dulu Gigi. Dan dia juga bagitau klinik Pergigian ni mula dibuka pada 7.30 pagi. So, pada pendapat mama mestilah Ada sebab kenapa dia bagitau Tu Kan. So keesokkan harinya mama pun pergilah awal ke Sana Dan sampai Dalam kul 7.45am. terkejut gak tengok dah hampir penuh kerusi kat situ. Hmm.. mmg ramai ni.

Klinik Pergigian Seksyen 7 Shah Alam tempat dia Sama macam klinik kesihatan Shah alam. Cuma pintu masuk dia adalah Di sebelah kk Dan dia berada Di tingkat satu.

Untuk Yang pertama Kali datang kena letak IC Dalam bakul Dan kena tunggu Nama dipanggil. Untuk lagi senang boleh tengok step by step Cara mendapat rawatan Di Klinik Pergigian Seksyen 7 Shah Alam Dalam gambar Di bawah.


Mama syorkan sesiapa Yang nak ke sini datanglah awal kerana untuk rawatan pesakit luar cuma setengah Hari saja. Dan kaunter pendaftaran Pula ditutup awal bagi membolehkan kesemua pesakit dapat dirawat on time sebelum kul 1.30. pukul 2.30 ke atas adalah untuk rawatan by appointment sahaja. Urusan mama selesai pada pukul 10.30 pagi tapi masih Ada beberapa orang Yang baru sampai Dan terpaksa pulang Tangan kosong sebab kaunter pendaftaran dah ditutup.

Jadual waktu operasi Klinik Pergigian Seksyen 7 Shah Alam

So, pendapat mama overall experience berurusan Di klinik Pergigian kerajaan ni not bad lah. Walaupun org ramai sangat tapi sistem dia tak lambat. Doktor Yang merawat Pula nampak professional cuma biasalah Kan dah namanya klinik kerajaan Tu maka kemudahan Tu takdelah tiptop. Bilik rawatan 1 Yang mama masuk Tu sinki tempat meludah yg bersambung dgn kerusi Tu rosak. Maka mmg xde langsung lah adegan meludah Dan suction Dalam mulut Tu. Fuhhh hebat Kan.

As for mama, I will definitely won't come again haha.. kalau dtg pun kena fikir 20 Kali. Sebab mama agak serik. Niat asal mama utk dapatkan RCT end up dgn doktor cabut Gigi Tu sebab katanya Dan goyang Dan dibekalkan dengan kapas dan 2 biji panadol saja selepas treatment.. Lepas Tu selama 3 Hari hingga Hari ni mama sakit teruk Di bahagian Gigi Yang dicabut. Sampai bengkak pipi. Terpaksa mama bergantung pada ponstan. Kalau x memang tak tahan huhuu.

Akhirnya mama menyerah diri juga ke Klinik-gigi-zahida-shah-alam Malam tadi. Doktor kata masalah socket Dan dia buat cleaning. Suspected Ada infection Dan dibagi antibiotics serta painkillers. Doakanlah mama segera sembuh ye. So, itu je la nak cerita Kali ni.

So, perjalanan Gigi geraham Kiri mama bahagian bawah ni memang Sadis Dan tragik Dalam sebulan ni. Dan akhirnya mama terpaksa say babai kat dia huhuu.. Gigi Yang sama Dalam masa sebulan tampal 2 Kali, scaling sekali, antibiotic 2 Kali, cuci socket sekali huhuu.. serik.. total duit habis utk dia RM422 (2 ringgit klinik kesihatan punya hihi)

goodbye my Gigi geraham.. will miss you.. kena bayar RM 40 untuk xray seketul Gigi ni tau






14 comments:

  1. aduh...tu yang lina takut nak g kerajaan mama,pape g jela terus swasta kan....lina pun nak cbut jugak gigi geraham ni...tapi takutttt ... hihi

    ReplyDelete
  2. Gigi geraham saya semua dah habis.

    ReplyDelete
  3. Seriau lah mama! Annur pun dah cabut sebatang gigi geraham.
    Sebab kata doktor, rahang Annur tak cukup ruang untuk gigi bongsu. So kehadiran gigi geraham bongsu tu menyakitkan dan memudaratkan tuannya. So..babai jugak gigi geraham Annur (T_T) sobss..

    ReplyDelete
  4. Kalau bab cabut gigi ni...memang serikkkk sangat tapi terpaksa juga hadapi dari zaman sekolah sampai ketua ni.

    ReplyDelete
  5. last pi klinik gigi kerajaan masa tadika dulu. pas tu cuma simen n cabut gigi di sek bila misi dtg. slps spm abe kie gi ke klinik swasta je.

    ReplyDelete
  6. Alaa takutnye nak g cabut gigi.last zaman skolah dulu cabut.. asal jumpa doctor j rasa seram..Gigi yg ada ni pun tgu masa nk d cabut

    ReplyDelete
  7. masalah gigi jgn main main, rosak mood semua kerja sbbkn sakit gigi jeee

    ReplyDelete
  8. Bab sakit gigi memang tak boleh ampun Mrs. PIP..
    Dia punya sakit boleh mengoncang dunia..

    ReplyDelete
  9. Tq korang share pengalaman memasing... Mmg jarang Ada org yg suka jumpa doktor gigi.. esp kalau gomen punya huhuu

    ReplyDelete
  10. semoga cepat hilang sakit gigi mama tu ya. belanja untuk gigi ni memang mahal kan mama. sebab sekali hilng gigi susu, gigi kekal tu je la kita ada seumur hidup.

    ReplyDelete
  11. dah cabut dah ke mama? kadang-kadang tu je ubatnya

    ReplyDelete
  12. Rasanya mmg berbaloi pergi klinik kesihatan kalau dekat area rumahlah tp kalau jauh nak buat mcm mana....murah pun murah kan MP

    Alhamdulillah lepas ni bolehlah tido lena kan.....

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah mama dah cabut dah Gigi Tu. Pastu mama g klinik swasta Dan dapat antibiotic. Rupanya masalah dry socket Pula. Semalam last antibiotic alhamdulillah mama pun makin selera makan sekarang hihu

    ReplyDelete

Words of wisdom