Fakta mengenai bayi baru lahir - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, October 31, 2017

Fakta mengenai bayi baru lahir

Assalamualaikum semua.. semalam mama cerita tentang baby 'umar yang comel Kan. Harini mama nak share tentang fakta mengenai bayi baru lahir Pula. Tak boleh move on dengan baby lagi mama.ni. Bagus juga Kita tahu tentang fakta mengenai bayi baru lahir ini bagi menambah pengetahuan Kita.

Baby 'umar Yang dah botak

Tetiba teringat pada 'umar. Alahai sedapnya bau baby tapi rasanya mama dah tutup kilang dah. Umur pun dah meningkat  dan rezeki Kami cuma Ada anak sorang ni je lah.. alhamdulillah mungkin Ada hikmahnya. Kami tak pernah merancang tapi mungkin dah tertulis anak Ada sorang saja. So far Dari kalangan adik beradik mama sendiri memasing Ada sorang je anak. Padahal Kami ni  adik beradik ramai iaitu 6 orang. Tak tau siapa Yang Akan berjaya menambah nanti Tu memang juara la haha..

Eh, dah melalut Pula.. jom lah Kita baca fakta mengenai bayi baru lahir:


1. Bayi baru lahir hanya boleh fokus Dalam jarak 8-10 inci sahaja Dan lebih gemar melihat warna hitam dan putih, warna kontras Dan perkara bercorak.
2. Bayi baru lahir tak ada kepala lutut sehinggalah berusia 6 bulan. 
3. Berat kepala bayi baru lahir adalah 25% Dari Keseluruhan beratnya.

4. Bayi baru lahir boleh menangis tapi tak ada air mata sehinggalah berusia 5 minggu.
5. Bayi baru lahir tak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin sehingga dia berusia 4 bulan.

6. Namum begitu bayi mempunyai deria Rasa sehinggalah 1000 deria Rasa Yang bukan saja hanya Di lidah tetapi juga Ada Di lelangit, tepi mulut, belakang mulut. Semakin dewasa deria Rasa ini Akan semakin berkurangan.
7. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Bayi baru lahir boleh mengenal ibu hanya dengan bau sahaja.
8. Bayi lebih memberi tindakbalas pada suara wanita dengan nada tinggi berbanding lelaki.

9. Bayi baru lahir tidur antara 16-17 jam sehari. Namum begitu dia tak tidur lama. Biasanya 2-4 jam sekali tidur sehinggalah beberapa minggu usianya.
10. Bayi boleh bernafas dan menelan dalam satu masa sehinggalah usianya 7 Bulan.
11. Bayi mempunyai 300 tulang berbanding orang dewasa hanya ada 206 tulang. Semasa membesar  tulang bayi Akan berkurangan sehinggalah dewasa.
12. Bayi boleh tidur dengan mata yang terbuka.
13. Bayi usia 4-6 bulan secara semula jadi tahu berenang. Instinct akan hilang selepas itu dan mereka perlu dilatih semula untuk pandai berenang.

14. Degupan jantung bayi adalah antara 130-160 per minute iaitu hampir dua Kali Ganda heartbeat orang dewasa 

21 comments:

  1. betul ka takda air mata? ritu tgk anak buah baru lahir nangis sungguh2 keluar air mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya kalau nangis kuat Sgt baru keluar Tu pun sikit kan

      Delete
  2. Menarik fakta nie.. Kak Sue suka bau baby tau, sedap je bau..

    ReplyDelete
  3. Fakta yg sgt bagus utk dikongsi bersama

    ReplyDelete
  4. Fakta fakta ini perlu juga di ketahui oleh mereka mereka yang akan jadi grandma.

    ReplyDelete
  5. bagus info ni. kadang-kadang mak-mak yang dah beranak - pinak pun tak tahu informasi ni. TQ Mama bagi ilmu kat kami mak-mak ni or bakal mak-mak nanti.hehe

    ReplyDelete
  6. No 2 tu baru Ana tau kak. Menarik fakta2 atas ni kak. Bagus utk panduan semua.

    ReplyDelete
  7. Masa nak dapat baby baru hari tu, memang gunakan info ni la nak mula didik baby Najmi. yelah, dah lama tak ada baby .. ilmu2 yang dah ada terus hilang ..

    ReplyDelete
  8. Comel je baca fakta2 pasal bayi ni. Aduhai, dah terbau bau sedap baby ni macam mana. Hihihi

    ReplyDelete
  9. Tq korang sudi singgah dan baca.

    ReplyDelete
  10. bayi memang kuat tidur..

    bangun untuk minum susu ..

    lepas itu tidur balik..

    saya ada pengalaman menjaga bayi [anak sendiri] dari baru lahir hingga la sekarang..

    bagi mandi bayi pun boleh hehehehe

    ReplyDelete
  11. Yang pasti bau baby sangat wangiiii

    ReplyDelete
  12. bayi memiliki penciuman yang tajam meskipun mata belum bisa melihat, namun hidungnya mampu membedakan antara ibu dan orang lain.
    Hal pertama yang dicari adalah air susu ibu

    ReplyDelete
  13. Anak kita pon sorang....untung la nak p mana mana terus angkut...kalau ramai pk ongkpsmya jugak...hihi

    ReplyDelete
  14. fakta menarik untuk future children.. thnx..

    ReplyDelete
  15. no 11... agaknya ke mana ya tulang temulang tu pergi? hahaha

    ReplyDelete
  16. bagus fakta ni.baru tahu bayi br lahir tak ada kepala lutut..

    ReplyDelete
  17. Anak ena plak masa bari lahir dah ngs smpai keluar airmata..huhu.. xbole lmbt bg susu..

    ReplyDelete
  18. Tq semua sudi komen. Semoga dpt tambah ilmu sama2 ye

    ReplyDelete

Words of wisdom