1. Putih telur

Cara ini mama pernah buat dulu Dan memang berhasil. Caranya dengan mengambil putih telur, kemudian sapukan pada muka dan letakkan tisu pada Di atasnya. Buat sehingga beberapa lapisan Dan tunggu sehingga  kering. Selepas Tu tarik tisu berkenaan perlahan-lahan Kesannya kita akan lihat blackhead atau whitehead akan terlekat pada tisu berkenaan.

2. Ubat gigi

Cara ni adalah kaedah paling cepat dan mujarab mengatasi masalah Whitehead Dan blackhead tau. Caranya, Ambil secalit ubat gigi dan kemudian sapu kan ubat gigi tersebut pada kawasan yang berbintik hitam. Kemudian apabila sudah kering bilas dengan air sehingga bersih. 

3. Kentang

Caranya parut sebiji kentang, kemudian sapukan pada wajah, hidung dan dagu dan Tunggu sehingga kering. Selepas ianya kering basuhkan muka sehingga bersih...

4. Wap muka

Mewapkan permukaan muka adalah perkara paling mudah untuk menghilangkan Whitehead & Blackhead. Ia mampu membuka liang-liang roma yang tersumbat dan membersihkan liang tersebut lalu menyebabkan Whitehead & Blackhead segan untuk tumbuh dimuka. Ianya boleh dilakukan dua kali seminggu.

5. Lemon Dan gula

Letakkan beberapa titisan perahan lemon pada sesudu gula dan gosokkan secara lembut pada wajah, hidung dan dagu. Ia mampu menanggalkan Whitehead & Blackhead dan kulit-kulit mati pada wajah dan membuatkan kulit menjadi bersih dan glowing.

6. Yogurt

Ambil dua sudu makan yogurt dan sesudu makan perahan lemon. Campurkan dan sapukan pada kawasan muka dan tunggu sehingga kering. Kenyan  basuh muka hingga bersih. Cara ini sesuai untuk menghilangkan bintik hitam.