Cara Ikat Tie Paling Mudah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, October 17, 2017

Cara Ikat Tie Paling Mudah

Cara Ikat Tie Paling Mudah. Assalamualaikum semua, Hari ni mama nak share Cara Ikat Tie Paling Mudah Yang mama tau. 7 Saat je dah siap. 7 Saat Tu ikut perkiraan Syafi lah ye. Kisahnya masa Syafi darjah 1 mama tiada masalah nak fikir Cara ikat tie pun sebab masa Tu sekolah mmg takde pakai tie. Tapi bermula darjah 2 sekolah dah mula suruh budak2 pakai tie. Sudah... Mama ni dah le tak pandai langsung nak ikat tie macam mana?

Dari situ bermulalah hari-hari drama antara Syafi dengan ayahnya sebab ayah syafi lah Yang mama suruh ikatkan tie untuk syafi. Ayah syafi Pula nak suruh Syafi belajar sehingga pandai. Mama Pula memula kursus dgn ayah Syafi boleh juga lah ikat tie tapi asyik tak menjadi aje. Syafi Pula dah monyok2 sebab tak pandai2 ikat tie. Tak tahan dengan drama hari2, Last-last mama pun belajar sendiri ikut YouTube. Alhamdulillah sampai sekarang mama takde masalah nak sediakan tie untuk anak mama. 7 Saat pun dah setel senanglah kan. Kalau terlupa nak prepare tie Di Malam Hari, esok sebelum pergi sekolah sempat lagi buat. Jom  mama.tunjuk step by step macam mama Cara mama ikat tie hari-hari.

Mula-mula kedua-dua bahagian hujung tie Di lipat seperti gambar Di atas. Yang sebelah kanan simpul ke bawah Dan sebelah Kiri simpul ke atas

Kemudian, Di simpulan sebelah Kiri Tu masukkan jari Tangan macam Yang mama buat Tu. Masukkan saje jangan buat apa2 lagi tau. Tangan Tu kena Pulas sikit macam mama buat tu


Pastu, sambil pegang Tu buat pusingan 360° arah jam.  Then, tuju ke Arah simpulan tie Di sebelah kanannya Pula.

Then, masukkan Yang Kita dah pusingkan Tu ke Dalam simpulan tie sebelah kanan

Pastu, ambil hujung tie Yang sebelah Kiri Dan masukkan saja ke dalam lubang seperti Di atas

Final step, sambil Tangan pegang hujung tie tarik sebelah Kiri  Dan kanan simpulan. 
Tadaaa... Dah siap..

Sebenarnya dah 2 bulan post ni tersimpan Dalam draf. Semoga bermanfaat untuk korang. Semoga korang faham apa Yang mama sampaikan ni juga ye hihiii.. err.. korang faham tak ni?








12 comments:

  1. Lina tak paham mama...slow sikit otaknya ni....hihi...nasib baik anak lina pndai pakai sendiri...

    ReplyDelete
  2. Tak faham jugak.
    Macam susah aje.
    Beli yang dah siap simpul aje. Pakai zip

    ReplyDelete
  3. Comel syafi senyum. Ana kalau ikat tie kena pakai sendiri dulu br reti. Dari zaman sekolah dah kena belajar ikat tie kan.

    ReplyDelete
  4. Haha dah agak Ada Yang tak faham sebab bila tulis ni tak sama dengan tengok live. Sebenarnya senang saja cubalah.

    ReplyDelete
  5. Wahh tqq sharing boleh la try pasni :)

    ReplyDelete
  6. GV daripada dulu failed kalau nak pakai ikat sendiri tie. Tu beli yg pasang siap dah tu. huhu. Tapi bagus juga mama show step nak ikat tie sebab senang rujuk nanti kalu kena pakai tie secara manual. huhu.

    ReplyDelete
  7. mak saya selalu suruh belajar ikat tie. dia kata dah kawin nanti senang. kena refer sinilah nanti. hehe

    ReplyDelete
  8. sy dr dulu mmg fail ikat tie wpn ada tutorial (pengakuan berani mati)

    ReplyDelete
  9. Fiza dari dulu failed bab ikat Tie ni. Nasiblah husband tak pakai Tie.

    ReplyDelete

Words of wisdom