Lanafira, Fesyen Muslimah trendy yang berkualiti dan berpatutan - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, September 6, 2017

Lanafira, Fesyen Muslimah trendy yang berkualiti dan berpatutan

Lanafira, Fesyen Muslimah trendy yang berkualiti dan berpatutan.. Assalamualaikum semua.. Zaman sekarang semakin ramai wanita mengikut syariat dengan menutup aurat dan berfesyen menepati syarak. Wanita semakin sedar tentang kepentingan dan tuntutan menutup aurat di dalam agama. Perlu diingatkan konsep utama menutup aurat mempunyai tiga asas utama iaitu menutup aurat bermula dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan, Tidak menampakkan warna kulit iaitu fabrik pakaian  tidak nipis, transparent atau jarang dan tidak menampakkan bentuk tubuh iaitu tidak ketat atau memperlihatkan potongan tubuh badan. Inilah yang dikatakan fesyen yang menepati syarak. Di zaman internet sekarang tak dinafikan ramai antara kita yang suka beli online kan. OK, ni mama nak cerita tentang satu butik online iaitu Lanafira, Fesyen Muslimah trendy yang berkualiti dan berpatutan.


Sesuai dengan motonya Trendy, Affordable, Quality memang mama nampak baju-baju yang terdapat dalam butik ini memang mengikut arus semasa yang dijual dengan harga yang berpatutan. Kain dan kualiti fesyennya adalah berkualiti dan bermutu tinggi sejajar dengan statement LANAFIRA iaitu "We are a passion-driven company with a mission to create stylish yet affordable clothing without comprising quality.Our focus is on women and Muslimah clothing which includes long dress, baju kurung, jubah, tops, skirt, scarves and tudung."

Untuk melihat rekaan terbaru dan collection yang dijual di LANAFIRA boleh lah klik link ni:
Website https://www.lanafira.com
Ig @lanafiraofficial
Fb page: www.facebook.com/lanafiraofficial


Senarai LANAFIRA Collection

Sofea Modern Perplum (Black Batik Tenun). Alahai tertawan mama tengok ni memang cantik sangat. Patutlah sampai sold out. Mama ngeri sikit nak pakai peplum takut badan nampak lagi plump haha.. tapi mama ada ambil tips dari LANAFIRA di bawah tentang tips memilih baju peplum.

Sofea Modern Perplum (Maroon Batik Klasik). Alahai.. Tak pernah nampak baju peplum yang cantik macam ni..

Sofea Modern Perplum (Black & White Stripes). Nampak moden kan.

Selain dari peplum, ada juga collection kebaya yang cantik seperti di bawah ni.Kebaya Alana. Cantik, kan..


Koleksi lain seperti long dress pun cantik kan.

Berikut adalah tips pemilihan baju perplum/peplum yang sesuai di gayakan by LANAFIRA: –

Baju perplum/peplum amat sesuai untuk sebarang majlis formal atau semi-formal. Fesyen peplum sebenarnya sesuai dengan semua bentuk tubuh badan. Yang membezakan hanyalah jenis potongan dan pilihan warna. Pemilihan peplum yang tepat mengikut tubuh mampu menampilkan potongan badan lebih langsing, tinggi dan menutup kekurangan bentuk badan si pemakai.
Terdapat tiga jenis potongan baju perplum/peplum yang biasa dapat kita lihat iaitu: –
  1. Potongan labuh hingga ke peha atau lutut
  2. Potongan pendek atas pinggang
  3. Potongan paras bawah punggung

Tips 1: Untuk yang berbadan langsing menawan
Kesemua tiga jenis potongan dan warna boleh dipakai tanpa sebarang masalah sekiranya anda termasuk di dalam golongan ini. Lebih banyak kembang-kembang dan warna-warna terang amat digalakkan bagi menimbulkan ilusi yang lebih cantik dan potongan badan yang sempurna. Namun begitu, anda harus mengelak daripada mengenakan warna-warna gelap kerana ia hanya membuatkan anda nampak lebih kurus berbanding biasa.

Tips 2: Untuk yang berbadan gempal
Anda dinasihatkan tidak memakai potongan yang terlalu pendek sampai atas pinggang. Potongan yang sesuai untuk anda adalah dibawah punggung tetapi tidak labuh hingga ke lutut bagi menutupi badan gempal serta memberikan ilusi ramping. Potongan ini jugak dapat menutupi pinggul yang besar atau perut yang buncit.
Pastikan juga tidak terlalu banyak alunan kembang-kembang supaya tidak kelihatan lebih tembam. Anda juga harus mengelakkan daripada menggunakan warna block dengan banyak.
Contohnya merah terang, oren terang dan seangkatan dengannya. Pastikan anda juga tidak memilih peplum yang sarat dengan corak bunga, apatah lagi bunga yang besar atau peplum bercorak melintang kerana ia akan membuatkan anda nampak lebih besar

Tips 3: Untuk yang berbadan sederhana
Anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan tetapi anda juga harus mengelakkan alunan kembang-kembang yang terlalu banyak kerana dikhuatiri saiz anda akan kelihatan lebih besar. Untuk kelihatan lebih bergaya, anda boleh mengenakan tali pinggang yang simple dan bersaiz sederhana.
Baju perplum/peplum juga menawan jika dipadankan dengan seluar palazo, skirt atau kain labuh seperti potongan duyung atau potongan lurus. Selain itu, ramai golongan muda yang menggayakan peplum bersama seluar jeans agar tampak lebih moden dan sesuai digayakan ketika bersantai atau melakukan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan

5 comments:

  1. ctk fesyen2 dr butik ni.
    #afbsupport blogwalking dr www.opzzpinky.my

    ReplyDelete
  2. suka jgak peplum tapi tak pernah beli haha. good tips ni mama. tqsm. ada rezeki berpeplum, ada la. nak singgah la butik online ni tengok kot ada yg berkenan di hati. :)

    ReplyDelete
  3. Cantik baju2 lanafira ni kak. Siap ada tips nak pilih baju lagi.

    ReplyDelete

Words of wisdom