Barang Chilindo tak dapat - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Saturday, August 19, 2017

Barang Chilindo tak dapat

Assalamualaikum semua.. ingat tak mama pernah cerita tentang kes kerasukan chilindo Dalam post Chilindo-bid-malaysia. Masa Tu mama berazam taknak terjebak lagi dengan Chilindo. Mana taknya, sekali order sampai 18 barang tau. Adoii memang kerasukan. Tapi diam tak diam harini mama dah buat order Yang ke 3 dengan Chilindo haha.. mama ni memang cakap tak serupa bikin.

Masa order kedua sampai rupanya Ada satu barang Yang takde Dalam kotak chilindo Tu tau. Dah Kira beberapa Kali memang Ada 6 barang saja. Neck pillow takde pun.

Jangan tiru aksi ini Di rumah. Mama sebenarnya x perlu pun neck pillow ni tapi terrr..bid juga haha.

Walaupun beli dengan harga rm4.10 tapi mama tak Kira, mama nak juga minta barang Yang takde ni. Mama syak orang Yang bungkus tu tau barang xde sebab dia Ada bulatkan Dalam sticker ni


Kat sini mama nak share pengalaman bagaimana mama claim balik barang mama.

Pertama sekali, ambil gambar-gambar Di bawah
1. Gambar luar kotak
2. Gambar label pada kotak
3. Gambar invoice (printscreen Dari website Chilindo "pesanan anda")
4. Gambar setiap barang Yang diterima.

Kedua, emailkan complaint beserta gambar-gambar Di atas kepada support.my@chilindo.com

Pengajaran.. Jangan jadi macam mama tau. First email gambar Dan proof Yang mama bagi tak lengkap. Mula2 bagi gambar list Yang dalam sticker tu aje.Tunggu sehari barulah chillindo jawab minta gambar kotak Dan sticker pada kotak Pula. Akhir sekali semalam dia minta gambar semua barang pula. Gitu Gini habis masa 3 Hari baru selesai.

Kemudian dia Akan reply Dan jika semua Yang Kita bagi lengkap, dia Akan proses semula Dan POS kepada Kita barang Yang takde Tu. Tapi yang tak bestnya Kita Pula Yang disuruh bayar service tax Dan harga post padahal service tax dah bayar apa masa order Tu! Eeishh x berbaloi betul. Sekarang ni mama sedang email bgtau mama taknak bayar duit post. Mama nak refund je lah.. xtau boleh dapat ke tak. Kalau Lazada Kita xpayah bayar pun postage kalau nak return etc pun dia Akan bayar semula pada Kita.

Email Dari chilindo. Ingatkan dah setel rupanya harini dapat email suruh bayar service tax dengan postage Pula.

Korang nak tau, Lepas dapat email Dari Chilindo Yang bagitau sedang proses utk POS barang Yang X dapat Tu, maka mama pun Rasa senang Hati Dan terus proceed order Kali ke 3. Sebab ingatkan dah setel. Kalau tau dia minta duit post lagi tak mau dah mama order. So, sekarang ni mama tengah tunggu parcel order ke 3 sampai Dari chilindo. Neck pillow Tu mama memang x puas Hati memang Rasa nak give dah dengan Chilindo lepas ni. Bad customer service! You should improve your customer service CHILINDO!!

-----------------------------------------------------------

Update pukul 9.50pagi

Tadi Chilindo dah balas email mama minta maaf Dan mama tak payah bayar apa2. Fuh, tak jadi nak marah.. tapi mama nak cakap juga "You should improve your customer service CHILINDO!!"


17 comments:

  1. lina dah tak bukak lagi chilindo mama....hahaha,kadang2 kalau nasib tak baik dapat brg yang dah pecah...nak pulang malas la pulak...

    ReplyDelete
  2. Nasib baik belum terjebak lg dengan Chilindo nih

    ReplyDelete
  3. bad service ke..huhu..boleh avoid ni kalau camtu..

    ReplyDelete
  4. What is that?.
    Sejak duduk obersea ni..
    saya asyik tertinggal keretapi.

    ReplyDelete
  5. Miss mirror, Chilindo ni online shopping tapi beli barang dengan kaedah bid. Trya masuk website dia.

    Korang jgn takut Pula beli brg Di Chilindo. Mungkin mama punya kes je jadi macam ni. Cuma kena hati2 je la. Mama merajuk sekejap dgn Chilindo buat masa ni sebab dah puas beli dah. Total 29 brg tau hihi tapi beg dia ok, semuanya boleh pakai

    ReplyDelete
  6. Ana dh byk kali bid tp tak check out pun. Sebab rasa mcm berat sgt nk check out tu.

    ReplyDelete
  7. tak puas hati jgak kalau dorang punya kesilapan tapi kita kena bayar? apekah macam tu plak? kalau Lazada so far customer service bagus, even kita x suka brg tu & nak refund, still smooth je.

    ReplyDelete
  8. Bagus ada pengalaman camni. Kita pun tau mana ok tak ok.

    ReplyDelete
  9. Setuju mama. Chillindo patut improve customer service. Kita kan customer. Kalau GV jadi mama pun GV akan lakukan perkara yang sama.

    ReplyDelete
  10. Huh ni jd x sedap hati nak kembali membida ni.. hehe

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi try chilindo ni. Risau terjebak. Hehe

    ReplyDelete
  12. Klau barang x ckup, nak post kena bayar Postage, mmng bad news sngt. Bkn slh kita pun kn..

    ReplyDelete
  13. tak pernah lg beli brg kat chilindo..biasa lazada jekla kalau beli..haha

    ReplyDelete
  14. So far pada mama Chilindo xdelah teruk sangat. Tapi buat masa ni mama stop dulu beli Chilindo. Lagipun byk dah beli barang dah almost 30 barang dah

    ReplyDelete

Words of wisdom