Baca Buku Online Di Perpustakaan Negara - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Saturday, August 12, 2017

Baca Buku Online Di Perpustakaan Negara

Assalamualaikum semua, mama tau dikalangan blogger sendiri ramai yang kaki membaca kan.. Baguslah, minat sebegini seharusnya dipupuk dan disokong kerana membaca itu kan jambatan ilmu. Sebab itulah mama rasa berbangga sangat bila Perpustakaan Negara Malaysia telah melancarkan website di mana sesiapa sahaja boleh membaca buku secara online.Kini sesiapa saja boleh Baca Buku Online Di Perpustakaan Negara. Dengan cara ini lebih praktikal kerana zaman sekarang semua orang bawa handphone ke sana ke mari, so bila-bila nak baca buku boleh saja baca di handphone. Yang penting kena ada data plan atau wifi. Kita cuma perlu register butiran maklumat diri dlm portal yg diberikan.

Bagi sesiapa yang nak access melalui android boleh step-by-step di bawah. Kalau nak guna IOS, window atau cloudreader pun boleh juga. Refer sini http://www.pnm.elib.com.my/

Cara-cara Baca Buku Online Di Perpustakaan Negara melaui android

1. Klik pada ikon Play Store


2. Klik pada ruang Search


3. Taip PNM Reader


4. Klik pada ikon Install


5. Klik pada ikon Accept


6. Aplikasi sedang dimuat turun


7. Klik ikon e-Sentral


8. Login akaun eLib anda dalam aplikasi PNM e-Reader


9. Klik My Library


10. Klik tab Borrowed


11. Sentuh pada kulit buku untuk memuat turun buku dan tunggu sehingga selesai muat turun


12. Sentuh semula pada kulit buku untuk mula membaca buku tersebut. Swipe kiri atau kanan untuk menukar halaman


13. Klik pada ikon di bahagian bawah kiri aplikasi untuk melihat senarai bab


14. Klik pada ikon A pada bahagian atas aplikasi untuk tetapan seperti font, size font dan lain-lain




11 comments:

  1. Wah bagus ni..xyah susah payah gi perpustakaan nak pinjam buku..semua hujung jari skang

    ReplyDelete
  2. baru tahu boleh baca buku online. tq share info ni ya mama.

    ReplyDelete
  3. Tq Mimi Dan ainniah.. Sekarang dah xde Alaskan nak gi perpustakan

    ReplyDelete
  4. menarik juga nie...

    kat mana-mana pun dah boleh pinjam..

    termasuk kat Sarawak nie

    ReplyDelete
  5. haritu buat tapi asyik error je tak pasti la sebab system down ataupun ramai sangat yang masuk :P

    ReplyDelete
  6. Dah download.. Pastu buku yang nak pinjam tak ada.. Sedih.. Berhuhuhu lah Sha..

    ReplyDelete
  7. Mama try aritu mcm senang tapi mungkin ramai yg guna dan pinjam buku so terjadi lah sikit bukunya ye

    ReplyDelete
  8. macam macam ada zaman skrg ni. Tak pernah tahu pun ada apps mcm ni

    ReplyDelete
  9. zaman skang semua guna ebook jew kan mama. hihi.

    ReplyDelete

Words of wisdom