Pendaftaran Darjah 1 Sekolah Rendah Agama Integrasi 2015 - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, April 25, 2014

Pendaftaran Darjah 1 Sekolah Rendah Agama Integrasi 2015

Semalam mama cuti satu hari kerana menguruskan pendaftaran syafi utk sekolah SRAI seksyen 7 dan SRAI seksyen 19 Shah Alam. Pada mama sekolah ni mmg menjadi pilihan sebab ia menggabungkan silibus sekolah kebangsaan dan sekolah agama dalam satu sesi. Maknanya anak kita takyah la balik umah tgh hari dari sek keb then pergi semula ke sekolah agama. Pembelajaran adalah dari kul 7.30 pagi sehingga 3.30 ptg. Kul 3.30 boleh balik umah dan buat keje sekolah or rehat. Takde lah penat sgt budak tu kan..

Berikut adalah FAQ yg mama amik dari website JAIS berkenaan dgn sekolah SRAi ni.

 

S1. Bagaimanakah proses permohonan kemasukan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi dilaksanakan?

Permohonan hendaklah dibuat ke sekolah yang dikehendaki (sila rujuk senarai Sekolah Rendah Agama Integrasi).

 

S2. Bilakah permohonan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) boleh dibuat?

Permohonan akan mula dibuka mulai 1 hingga 30 April setiap tahun.

 

S3. Perlukan saya mendaftarkan anak saya ke Sekolah Kebangsaan (SK) terlebih dahulu sebelum mendaftar di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)?

Ya,perlu.

 

S4. Apakah dokumen yang diperlukan ketika mendaftar di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)?

·         Borang permohonan pendaftaran Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) yang boleh didapati di sekolah terkini.

·         Salinan surat beranak anak.

·         Salinan dokumen pendaftaran Sekolah Kebangsaan (SK) anak.

·         Salinan bil utiliti (elektrik atau air)

·         Pengesahan pemastautin Selangor (jika berkenaan).

 

S5. Apakah syarat kelayakan untuk diterima masuk ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)?

·         Calon,ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia.

·         Berumur tujuh (7) tahun pada tahun kemasukan.

·         Menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu SRAI (UKS) dan lulus dengan baik pada ujian tersebut.

·         Memenuhi keperluan tempat yang ditawarkan di SRAI.

Kalau ada sesiapa yg berminat masih ada masa lagi utk daftarkan anak. 30 april ni last submit borang pendaftaran.. yuk..

 

Berikut plak adalah tarikh2 penting bagi pemohon SRAI:

1-30 apr 2014     : Permohonan menduduki ujian kelayakan tahun 1 SRAI (UKS)

21 jun 2014       : Perlaksanaan ujian kelayakan tahun 1 SRAI

4 julai 2014      : Pengumuman keputusan ujian

7-18 julai 2014   : Pengesahan pendaftaran murid.

21 comments:

  1. alif pun daftar kt srai jgk mama.. senang & bagus sbb dpt ilmu dunia & yg penting tuk akhirat..

    ReplyDelete
  2. mmg betul ummi alif.. cuma dapat info pelajar little caliph, brainy bunch chances lebih sket sebab sylibus diorang lebih kurang cam ujian nanti. good luck utk alif

    ReplyDelete
  3. as salam..sy baca info ni & nak apply srai jgk utk Al Nafis saya thn depan..lg 3 hari je tarikh tutup ye huhu hrp2 sempat..thanx utk info ye..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..kat sana srai dah banyak..bagus..kat sini baru nak menapak dan byk kekurangan kemudahan lagi..

    ReplyDelete
  5. ibunaufal.. dah apply n submit ke?

    ita.. alhamdulillah mmg sini ada byk pilihan..takpe lah kuantan pelan2 ok la tu

    ReplyDelete
  6. Assalamuaikum.. Salam kenal.. Sy terlewat tahu pasal srai ni, sbb confuse antara SRAI n SRA. Lewat seminggu. Kami buat surat rayuan ke JAIS, dgn sokongan pengetua sek yg nak dipohon (seks 19) dapat utk buat UKS nnt. Maybe sbb borang ada lagi kot.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..puan..slmt pagi..maaf mggu ye.. hanya nak mta tolong.. sbb nk semaksrai.jais.gov.my tp tak dpt.. macamana ye? Puan dah semak? Terima kasih

    ReplyDelete
  8. Wsalam.. Puan Elinn, saya telefon sekolah sek 19, senarai nama telah dikeluarkan dan ditampal di notice board skolah. Online ada masalah teknikal katanya.

    ReplyDelete
  9. i sofia, anak lulus tak exam tu?
    thanks ye jawabkan.

    elinn, rasanya online tu jammed kot. ramai sgt masuk

    ReplyDelete
  10. Oh yeke.. terima kasih bebyk puan..

    ReplyDelete
  11. Mcm mana nk semak. Tadi dh call sekolah srai ..kerani skolah check link dia bg tu..x boleh nk bukak pun. Bila tny melalui phone dia x nk bgtau pulak.

    ReplyDelete
  12. beehaa.. mmg kerani sekolah ni ada yg jenis senang membantu dan ada yg susah. list nama tak tampal kt sekolah ke? kalau tak, nampaknye kena tunggu mlm or ptg sikit la baru masuk website tu

    ReplyDelete
  13. As salam, bukankah semakan srai 2015 yg perlu dicari?

    ReplyDelete
  14. Aku keje la mama. Camne nk g check kat skolah tu. Aku try call semula lps solat jmt byk kali x jwb2. Aampai ke sudah msh tertanya2 lah ni..lulus ke idak anak bujang aku ni haa

    ReplyDelete
  15. Boleh bagi Web address untuk semakan result?

    ReplyDelete
  16. Terlambat sudah rupanya.... Sy langsung x tau info ni. Ada peluang lagi ke?

    ReplyDelete
  17. salam anies.. dah tutup dah utk permohonan srai tahun 2015. tap anak anies nak masuk tahun 2016 kena tunggu bulan 4 tahun depan

    ReplyDelete
  18. salam... di mana saya boleh dapatkan borang untuk masuk ke sek integrasi ni?? online ada tak??

    ReplyDelete
  19. wslm tanty.. so far yg mama tau borang kena amik di sekolah itu sendiri. mmg xde online

    ReplyDelete
  20. oooo... ok... pegi je sekolah bulan april nanti la ye... bawa terus dokumen yang diperlukan... tq :)

    ReplyDelete

Words of wisdom