Thursday, May 6, 2010

Syafi tak sihat

Arini aku bersiaran dari umah ajer.. sebab arini amik half day leave. nak bawak anak bujang aku tu pegi klinik. satu malam dia batuk non stop. kesian sgt2. sampai tak boleh tido. last2 menangis2 seab frust. mata dh ngantuk tp takleh nak tido sebab batuk. dgn aku sekali tak tido.. huhuu... based on history dulu.. kalau syafi batuk mmg cepat2 aku antar ke klinik. sebab dia senang build up kahak. takut kena infection lagi.. makan dia pun aku jaga gak.. makanan yg sejuk2 aku tak bagi kat dia..

satu lagi masalah dia sekarang ialah susah nak berak. sepanjang umur dia 2 tahun tak penah da ada masalah buang air tau. mungkin baru2 ni dia tanak minum air kosong.. pastu makan pun kurang sesangat.. start semalam taik dh jadi cam batu. arini nak minta ubat ngan doc jugak laa.. ada sesapa boleh bg petua tak camne nak elakkan sembelit dikalangan budak2?

nak citer sket, syafi ni sejak masuk wad 2 kali dulu, dia dh jadi takut dgn doctor.. kalau pegi hospital pun dia jadi trauma.. dulu masa aku melawat org bersalin kan, dia meraung2 ajak keluar dari hospital tu.. kesian plak anak aku ni.. tak tau camne nak kurangkan trauma dia tu. lahai syafi, camne nak jadi doktor nanti? hihii..

9 Responses so far.

  1. MRS. K says:

    cian syafi yer... petua taktau la yang.. hadif tak penah kena plak sembelit ni

  2. nza says:

    moga syafi cpt sembuh....budk2 mmg biasa sgt kena sembelit ttp adda cuba bagi syafi minum yalkut or vittagen...Insyallah kalu serasi....

  3. ala..siannya die..kt yg besar ni pun seksa..apetah lg budak kecik..hope die cpat ok

  4. alololo..ciannye syafi..moga cpt sembuh..emm, pekate bg die makan nasi dgn sup..pastu bykkn mkn buah..tak tau la mujarab ke tak idea ni..at least bleh cube :)

  5. Nurhayati says:

    sian syafi.. kalau dia leh makan buah.. bole bagi yg mana tuk lawas tu kan.
    takpun cam nza cakap bagi yakult or vitagen.. camne pun cuba bagi gak dia minum air masak yer.
    kalau selalu sembelit.. mintak doc ubat sumbat bontot tu standby kat umah..

    moga cepat semubuh syafi!

  6. Noy says:

    syafi suka makan buah tak or yogurt...i think dat wil help...

  7. adda says:

    thanks u ol.. cadangan yg amat membina. syafi suka makan yogurt n yakult. mmg selalu ada stok kat umah pn.. cuma dia kurang minum air kosong jer.. sup dgn nasik mmg feveret dia tu.. tah ler mmg nak jadik kot.. kesian sgt tengok dia teran sampai berpeluh2 menitis dari kepala sampai ke dagu huhuu

  8. syafi pun hadapi masalah sembelit sama cam zahra.
    zahra sampai fobia nak eek.
    doc penah suggestkan minum susu pediasure.tp, zahra langsung tak lut.
    pastu doc suh byk minum air suam, mkn buah & yakult.tp, norly tgk zahra xde perubahan pun.
    masih lagi takut nak eek.kadang tu, smp nangis non-stop sepanjang hari.sian sgt.
    norly skang ni standby ubat masuk muntot & ubat minum tuk lembutkan najis.
    doc suh amalkan ubat lembutkan najis tu setiap hari smp dah OK tabiat eek zahra tuh.ubat masuk muntot tu bagi kalo zahra tak membuang lebih 3hari.

  9. adda says:

    kesiannya zahra.. mudah-mudahan cepat sembuh. syafi ni sekali baru kena dh kesian sgt2 tgk dia. zahra lagi la kan lama nya bermasalah cam ni. doc ariuh kata ubat lembutkan najis tu x brape bagus utk budak.. tp tak tau la

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 370000 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..