Friday, May 21, 2010

H1N1 sudah datang jenguk opis aku..

Cewah tajuk cam bagus ajer kan.. sebenarnye nak citer yg salah sorang dari opismate aku dah terkena virus H1N1.. kesian dia, dh kena warded n confirmed +ve H1N1..dia kata mmg sakit sangat2..huhuu.. aku ingat lagi baru2 ni gak ada dia borak2 kt tempat aku.. nauzubillah mintak2 dijauhkan dari segala musibah. Aminn.. tak tau la dari mana dia dpt. Yg aku tau dia baru balik dari Bali.. tapi geng2 yg pegi Bali takde plak yg kena lagi.. anak n wife dia takde kena lagi... tp dah dpt vaksin dah..

Tadi kita org check dgn pusat kesihatan seksyen 7. nampaknye sejak semalam vaksin pn dah habis. Kalau kt klinik swasta kena bayar RM85 kt klinik mediviron.. korang ada pengalaman tak ttg vaksin ni? Aku agak was2.. betul ke berkesan??? Apapun semoga kite semua dapat dijauhkan dari penyakit menular ni.. risau kan.. lagi2 kalau ada anak kecil.. org2 peknen pun highly risk tau..

Ini ada aku copy dari website kementerian kesihatan..

Influenza A(H1N1) : Panduan Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat k ita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan k ita semua.

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.

Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

  • Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
  • Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
  • Berehat secukupnya.
  • Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
  • Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangk ita n Di Rumah

  1. Amalkan adab batuk yang baik
    Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apab ila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol.
    Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  1. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
    Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
    • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
    • Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
    • Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
  1. Jangan kongsi peralatan peribadi
    Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
  1. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
    • Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
    • Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
    • Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk mengelakkan jangkitan.
    • Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

  • Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hosp ita l jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
    1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
    2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
    3. Sakit dada berterusan
    4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
    5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
    6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
    7. Rasa pening apabila berdiri
    8. Kurang kencing

11 Responses so far.

  1. gud info kawan :-)
    turut berduka jugak kat kawan yang dijangkiti kuman tuh, insyaallah itu sebagai satu ujian dari Allah yang maha tahu.. :-)

  2. kalau nak mc seminggu, cakap jer kat doktor yang diri sendiri ada h1n1. konfem dapat mc. :P

  3. Siti says:

    adoi...harap2 cepat la office mate adda tu sembuh.

  4. mintak permisi, amik info ttg HINI tu utk di paste lam blog akak..utk info semua..mekasih!!!

    anyway..sharing is caring..thanks for d info yerr

  5. uiks..
    bahaya..
    harap2 ada x kena...

  6. waduhhh.. simpangkanlah.... risau ni...

  7. Nurhayati says:

    bahaya skang ni.. tapi ramai cam wat tak tau je..

  8. ehem..jom dtg blog ellis..ade gamba adik LISA SURIHANI yang hot..

  9. umangaih..kena hati2 ni..rmaai mcm dh lupe kejap ngn virus ni kan..

  10. Kita dah kena b'hati2..gelombang kedua..

  11. adda says:

    thanks ye pada doa kalian. harap2 takde apa yg buruk berlaku.. sesapa yg nak amik info ni silalah

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 370000 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..