Assalamualaikum korang,. mama pernah cerita sebelum ni yang mama suka main games yang ada "makna". Mama suka games yang simple dan boleh release stress dan healing. Sebab tu mama suka games yang susun-susun, kira-kira dan juga seumpama dengannya. Mama tak suka games yang berat-berat, nanti lagi stress hihi.. Baru-baru ni mama terjumpa satu website berkenaan pinjaman rumah, Rupanya bukan sekadar pengira pinjaman perumah, tapi ada juga Money Games rupanya. Boleh la bermain sambil 'belajar' kewangan tapi in a fun way gitu. Bermain Sambil Belajar Ilmu Kewangan Dengan mortgagecalculator.org/money-games/
Bermain Sambil Belajar Ilmu Kewangan Dengan mortgagecalculator.org/money-games/
Masa sekolah rendah mama paling suka main "millionaire" atau "jutaria" dengan adik-beradik dan kawan-kawan. Kadang-kadang sampai berkelahi dan merajuk sebab tak puas hati kena denda bayar kat orang lain hihi.. Terasa semacam nostalgia datang balik bila jumpa game kat website ni. Jom mama cerita beberapa game yang mama suka main kat website ni.
Kategori Games
Games kat sini dibahagikan kepada beberapa kategori. Korang boleh pilih mana yang korang suka.
- Money Games - Games bertemakan duit (Money Counting Games, Cashier Games, Money Collecting Games, dan lain-lain).
- Real Estate Games - Jual beli hartanah. (Simulation Games seperti bina bandar, Space Games seperti melindungi bumi, Board Games, Stacking Games, Painting, Construction Games dan sebagainya).
- Food Games - Games berdasarkan food fan bisnes food (Farming Simulation Games, Grocery Store dan Restaurant Simulation Games).
- Business Games - Games bisnes (Business Simulation Games seperti jalankan bisnes lombong, barang kemas dan macam-macam lagi). Ada juga Office Politics Games tau, menarik juga ni untuk menambah ilmu dalam bidang ni.
- Environmental Games - Recycle, green energy, dan pengurusan sumber.
- Lain-lain - Ada games matematik, Food-Themed Games (promote healthy eating). cari Hidden Object dan juga ada Platformer Games (Nintendo Super Mario Brothers inspired game).
Games Pilihan
Tengok pada list kat atas tu pun mama dah rasa menarik. Ini antara games pilihan mama.
Happy Boss Pull Pin
Whack The Cost
Game ni best juga sebab sambil ketuk2 tu, boleh tengok kos apa yang tak perlu dalam sesuatu organisasi. Kita kena "whack" kos yang tidak perlu tapi make sure jgn "whack" gaji kita tau. Sambil main sambil belajar. Menarik, kan.
Jigsaw Game
Sort The Trash
Money Collecting Games
Game ni santai tapi mencabar. Korang kena click duit yang tumbuh atas pokok, duit tu boleh buat upgrade tools, etc. Rasa seronok tengok pokok ‘grow’ duit dan collect hasil. Sejenis game santai-santai je.
Cashier Games
Main Cashier Game ni korang jadi cashier di kaunter. Tekan “total”, pilih bayaran, kira baki, tangan mata semua bergerak pantas. Bila sampai level Hard, rasa berpeluh sebab nak kena cepat. Kat sini korang boleh latih diri tentan pengiraan + reflex cepat. Game ni juga sesuai untuk anak kecil yang baru belajar nombor. Mama yang dewasa ni pun kadang rasa tercangak juga nak mengira.
Selain dari di atas ni, dda banyak lagi game-game yang menarik kat website ni, mama sendiri masih lagi explore. Kalau korang ada masa korang explore la sendiri ye.
Kebaikan Bermain Games di Website mortgagecalculator.org
Mama suka games kat website ni antaranya:
- Belajar sambil bermain — gabungan kira duit, buat baki & pengurusan asas kewangan dengan elemen game seperti timers, stars, levels. Ia boleh buat mata anak atau korang sendiri lebih terbuka pada duit tanpa bosan.
- Website yang selesa & ad‑free — main tenang sebab tak ada iklan yang mengacau.
- Visual yang menarik & interaktif — ada banyak game dengan warna ceria, ada sound‘ka-ching’ bila dapat coin, animation semasa level naik, jadi seronok pula bila bermain.
- Latihan matematik – bila masuk Cashier Simulator atau Coinic, kita “secara semula jadi” mengira dengan cepat. Bukan setakat tekan jawapan terus, tapi kena buat kira cepat duit masuk & keluar.
- Belajar faham nilai wang – Coin Saver Challenge berguna bila anak kecil belajar konsep duit.
- Ketahanan tekanan & kesabaran – ada level susah, ada timer, atau duit slow naik, tapi bila menang, terus boost self‑confidence!
- Boleh main beramai-ramai – korang boleh buat “Money Games Challenge” dengan kawan, family—siapa dapat score paling tinggi dalam 3 minit. Boleh share high score di IG atau WhatsApp group, convert into game mood.
- Sesuai untuk pass the tim dan bagus utk org yg competivite mcm mama, even beat score sendiri pun mama puas hati.
- Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Korang boleh guna ini sebagai aktiviti bonding sambil latih anak kira duit, terus explain konsep beli & jual.
Perkara Yang Boleh Improve
Sambil-sambil mama main kat website ni mama notice beberapa perkara yang rasanya boleh di improve:
1. Layout website boleh improve lagi supaya lebih user-friendly dan sedap mata memandang. Apa yang mama nampak sekarang ni agak kurang menarik sebab layout dia penuh sangat dan hanya dalam satu page yang panjang. Susah juga nak navigate.
2. Ada game yang guna matawang negara lain. Pengguna negara lain tak familiar dengan duit tu so agak struggle juga mama nak main contohnya Coin Saver game. Seeloknya gunalah duit yang ada nilai. Kita manalah kenal gambar2 kat duit negara lain.
Kesimpulan
Walaupun ada faktor yang boleh improve lagi, tapi sesetengah game memang menarik dan addictive. Mama suka game yang mama nyatakan kat atas tu. Dah beberapa kali mama main dan suka sangat nak beat score diri sendiri. Selain dari bermain, boleh belajar ilmu duit dan juga corporate world. Korang cubalah dan jangan lupa bagitau mama games mana yang korang suka.
Samalah.. main game yang biasa-biasa sebab tak nak stresskan diri.. hehehe..
ReplyDelete