Lunch Treat di Woodfire Shah Alam

Assalamualaikum semua, minta  maaf ye mama dah mula nak merudum balik mood berblog. Busy dgn kerja hakiki dan juga kemalasan nak jenguk blog sendiri huhu. Last week mama telah belanja Birthday Lunch Treat di Woodfire Shah Alam sempena birthday en suami. Kami berdua aje memandangkan anak jauh diperantauan huhu..


Lunch Treat di Woodfire Shah Alam

Dah lama husband terigin makan kat sini. Mama pula teringin juga nak whopper tapi atas alasan toot maka eloklah kami makan di kedai alternatif lain. 


Inilah order dari kami. 

Brisket burger untuk en husband. Berbaloi betul isi dalam tu

Smoked burger untuk mama. Rasa dia mmg macam ala whopper

Curly fries

Coney fries

Minute maid dan air mineral

Lama juga kami tunggu makanan. 40min tunggu baru sampai pheww. Kalau nak cepat order mungkin boleh order dari rumah. Huband cakap dia ada bgtau kat FB.

Dari segi makanan rasanya sedap. Burger sedap keduanya brisket burger dan smoked burger. Penuh isi dia. Curly fries pula memang crunchy. Cuma Coney fries tu je agak Manis. Kalau kurangkan manis sikit tentu tak rasa muak sangat. Kalau dapat improve masa menunggu 40 minit tentu lagi bagus. So, korang yg ada kesabaran aje boleh order di kedai. 


Menu & Harga Burger di Woodfire Shah Alam



Harga makanan kami

Maklumat Woodfire Shah Alam


Alamat: Jalan Serambi U8/24, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Masa operasi: 12–9:30 pm (Jumaat je 2:30–9:30 pm)


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. Kat Seremban ada je woodfire ni tapi tak tau celah mana...puas mencari...susah nak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik tak jumpa ke kak.. meh la ke shah alam. kita ngedate sekali hikhik

      Delete
  2. wow weee semuanya nampak menyelerakan!

    ReplyDelete
  3. kita suka kita suka lepak wood fire ni ... besar portion dia.. cuma harga pun 'besar' juga la kan hehehe sekali sekala bole la lepak situ..

    ReplyDelete
  4. Sama la kita mood ke laut mengadap blog malas betul 😅. Nampak sedap juga tu tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi la kan.. susah betul nak konsisten dlm berblog ni

      Delete
  5. Fuhhh macam best. Kalau lapar tak sanggup tunggu lama, kena bawa kudap-kudap sementara tunggu order sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitaorg masa mmg lapar sgt sebab tak breakfast. sabo je la. dia bagi air awal. so, minum air je dulu haha

      Delete
  6. nampak menarik, harga pun boleh tahan jugak tapi sesekali nak cuba, oklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali je ni.. tak boleh selalu.. rabak poket haha

      Delete
  7. Waktu itu saya ada lihat dj IG teman blogger Malaysia juga. Dari situ langsung tertarik nak coba. Langsung saya masukkan dalam ITIN saat ke KL june26 ini mam. Apalagi saya pun penyuka burger sangat 😍😍😍

    Lihat dari foto, memang lah dah yakiiin sangat ini sedaap ❤️❤️. Tapi nampaknya saya harus puasa dulu biar bisa habiskan burgernya hahahahah

    ReplyDelete
  8. Nampak menarik tu, nanti boleh lah Kak Sue cuba jugak..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya tengok gambar close-up burger tu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post