Resepi Ayam Cili Kering Menu Berbuka Hari Kedua

mamapp
17

Assalamualaikum semua. Apa kabar korang di bulan puasa. Harini dah plan ke nak masak apa. Mama nak share Resepi Ayam Cili Kering yang mama masak semalam. Disebabkan mama masak cuma untuk 2 orang, maka tahun ni mama prefer lauk yang combine sekali dengan sayur. Senang kerja hihi.. Hari pertama mama cuma masak sambal sardin dan ikan bilis goreng kicap aje.

Baca juga:


Resepi Ayam Cili Kering

Resepi asalnya dari resepi Angah maharaja lawak tu. Mama suka tengok dia masak simple aje.

Mama ubah sedikit resepi angah. Mama letak kacang buncis Dan sukatan di bawah ialah sukatan mama sendiri. Dalam resepi asal xde sukatan.



Bahan-bahan:

Potongan isi ayam dari 3 keping dada ayam
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu besar serbuk kunyit
sedikit garam
5 biji bawang putih - ricik halus
1 inci halia -ricik halus
2 biji bawang besar (potong bulat-bulat)
10 biji cili kering - rendam air panas sehingga kembang
2 tangkai daun kari
Segenggam kacang buncis - potong panjang 

1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos chili thai.
1 batang sadri / celery (mama X letak xde stok)
2 batang cili merah
1 batang cili hijau
6 biji cili padi
1 biji limau nipis (jus sahaja)
1 sudu besar kicap manis
Sedikit daun ketumbar (mama X letak senang xde stok)



Cara masak:
1. Siang ayam dan bersihkan ayam
2. Masukan serbuk kari, garam dan serbuk kunyit gaulkan dengan ayam.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam yang diperap tadi
4. Panas minyak masukan hirisan bawang, cili kering dan daun kari Masukkan kacang buncis.
5. Masukkan ayam yang telah di goreng.
6. Masukan sos tiram, sos cili thai, batang sadri, cili merah, cili padi dan perahan limau nipis. Mama letak kicap pedas mahsuri sikit.
7. Gaulkan sekejap
8. Masukan kicap manis dan gaulkan
9. Last masukan daun ketumbar gaul dan ready to eat

Sedap juga lauk ni. Terasa semua rempah2 Tu. Cubalah..




Tags

Post a Comment

17Comments

Words of wisdom

  1. kalau buh kuah byk sikit pun x apa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aje anies. versi mama ni dah banyak kuah dah.versi resepi asal kering sket

      Delete
    2. oo ye ke? nice nice sy mmg suka lauk berkuah✌️

      Delete
  2. kelihatan sedap lagipun ayam campur apa2 pun sedap [saya peminat setia ayam] 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la shirven. mama peminat semua makanan hihi

      Delete
  3. Cukup dah ni, ada ayam ada kacang buncis. Berkuah pula tu. Hidang dengan nasi panas...perghhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pehh mmg sedap kak. tahun ni saya nak buat menu2 yg simple2 aje

      Delete
  4. ya Allah, sedapnya tengok! zaty plan nak cari resipi baru untuk menu berbuka and this post really help me. nak impress mama dengan abah hehehe.

    ReplyDelete
  5. macam sedap pulak.. aku ni anak2 tak makan pedas payah sikit kena ikut selera diorang pulak

    ReplyDelete
  6. dh pernh buat juga...mmg sedap..terliur bila tgk angah rajalawak tu masak

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap ayam masak cili kering ni.

    ReplyDelete
  8. kalau dah segini punya simple...haruslah dicuba.

    ReplyDelete
  9. Kalau akak duk bujang cukup dah ni...semua complete dah dalam 1 lauk

    ReplyDelete
  10. cili yang dimaksud ini cabe atau lombok ya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!