Happy New Year 2023!. New Year, New age.. - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Monday, January 2, 2023

Happy New Year 2023!. New Year, New age..

Alhamdulillah..  kita sudah masuk ke tahun baru. Selamat tahun baru mama ucapkan kepada semua. Dengan masuknya kita ke tarikh 1.1.2023 maka bertambah lagi lah umur mama. Huhu mama lah antara yg tertua dalam batch mama kalau ikut tarikh. Sedihs tapi nak buek macam mano, terpaksalah terima hakikat kan. Hakikatnya walaupun umur sudah tua tapi di hati masih terasa muda (ayat cliche, sori korang.. mama gurau aje hihi)


Apapun mama bersyukur atas segala apa yang berlaku pada mama sepanjang tahun 2022 sama ada perkara indah atau kurang indah semuanya datang dari Allah. Mama bersyukur masih diberi nikmat umur dan kesihatan sehingga hari ni. Juga nikmat dah rahmah disekeliling mama berupa sahabat, keluarga, dan circle yang positive termasuklah semua pengunjung blog mama yang dikasihi. Semoga semuanya berpanjangan sehingga bila-bila.



Birthday kali ni memang agak berlainan dari tahun2 lepas. Mama sambut birthday dengan ketiadaan anak mama yang sudah pun masuk asrama 31/12 dan sudah pun start sekolah semalam. 


Tahun ni segalanya tentang birthday mama came early. Start 13/12 mama dah mula terima wish birthday dan hadiah diikuti sambutan birhday dgn kawan2 pada 20/12. Awal kan. Seminggi sebelum birthday mama terima hadiah lagi dan pada 26/12 pula sambut dgn keluarga. Alhamdulillah semua keluarga sebelah en suami ada. Masa tu la mama jumpa Acha 😂 (yg edit hada labor tu)


Sebenarnya mama bukan jenis yang harapkan sambutan birthday dan terima hadiah etc. Cukuplah doa yang baik2 untuk mama.  Namun begitu terima kasih kepada kawan2 dan keluarga atas ingatan dan hadiah


Selamat tahun baru 2023 semua. Semoga semua kita dilimpahi rahmah dan rezeki. Semoga tahun 2023 lebih baik buat kita berbanding tahun2 terdahulu. Amin3..

15 comments:

  1. Happy birthday dan selamat tahun baru 2023

    ReplyDelete
  2. Awqlnya sambut harijadi dan hadiah.
    Selamat harijadi Adda. Saya punya seminggu lagi sama tua dengan Adda. Hehe jangan sedih.

    ReplyDelete
  3. Hbb and Hny 2023
    Semoga dipermudah segala urusan mendatang

    ReplyDelete
  4. Selamat Tahun Baru & happy birthday mama 💐

    ReplyDelete
  5. Sanah Helwah Adda dan selamat tahun baru..

    ReplyDelete
  6. Selamat Tahu Baru & Selamat Hari Lahir mama. Semoga dipermudahkan segala urusan mama. Aamiin! ;)

    ReplyDelete
  7. happy belated birthday & happy new year!!!

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday Adda, happy new year too

    ReplyDelete
  9. Happy belated birthday Adda Moga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan ditahun baru 2023

    ReplyDelete
  10. Happy Belated Birthday ya...And Happy New Year...Moga tercapai segala doa Dan harapan.. Aamin! Mcm kwn Sy, 1hb je birthday dy..terrrpaling tua lettew..Haha..tapi ramai yg ingat... Alhamdulillah 🥳

    ReplyDelete
  11. Selamat tahun baru dan selamat hari lahir

    ReplyDelete
  12. adda, happy new year :)
    moga yg baik2 aje utk kita, kan in shaa Allah.

    ReplyDelete
  13. walaupun dah hari ke 18 sy tetap nak ucapkan, selamat tahun baru 2023 ;-)

    ReplyDelete
  14. Happy Belated Birthday, k.adda..Geng lah kita..Januari baby..hehe...

    ReplyDelete

Words of wisdom