Mukmin Umpama Pohon Muda (Hadith)

Salam hari Jumaat penuh keberkatan. Mama bersiaran dari Penang. Semoga hari Jumaat yang mulia ini, semua urusan kita dipermudahkan dan mendapat rahmat dari Allah. Mama nak berkongsi hadith berkenaan  Mukmin Umpama Pohon Muda (Hadith). 


Mukmin Umpama Pohon Muda


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِ كَمَثَلِ خَامَةِ الزَّرْعِ يَفِيءُ وَرَقُهُ مِنْ حَيْثُ أَتَتْهَا الرِّيحُ تُكَفِّئُهَا فَإِذَا سَكَنَتْ اعْتَدَلَتْ وَكَذَلِكَ الْمُؤْمِنُ يُكَفَّأُ بِالْبَلَاءِ وَمَثَلُ الْكَافِرِ كَمَثَلِ الْأَرْزَةِ صَمَّاءَ مُعْتَدِلَةً حَتَّى يَقْصِمَهَا اللَّهُ إِذَا شَاءَ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang mukmin adalah ibarat sebatang tanaman yang muda lembut yang melambai-lambai daunnya, bergoyang apabila ditiup angin. Apabila berhenti angin daripada bertiup maka dia berdiri tegak. Demikian keadaan seorang mukmin, kadang-kadang dicondongkan (sentiasa diuji) dengan bala atau ujian. Sebaliknya perumpamaan orang kafir bagaikan pohon kayu jati yang keras yang berdiri tegak (tidak bergerak-gerak) hingga Allah (dengan mudah) mematahkannya (membinasakannya) bila  Allah menghendakinya." (HR Bukhari No: 6912) Status: Hadis Sahih.

Kesimpulan hadith:


1.  Setiap Mukmin akan melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam hidup.

2.  Perumpamaan orang mukmin seperti sepohon pokok muda lembut (elastic), apabila ditiup angin menyebabkan ia condong kekanan dan kekiri dan mudah tegak kembali. Hal ini bermaksud  keadaan seorang mukmin yang sentiasa melalui ujian dan cobaan, namun ia tahan diuji tidak akan patah malah akan berdiri tegak kembali selepas ujian tersebut.

3.  Perbandingan orang yang berbuat dosa atau kafir seperti pokok kayu jati yang keras dan berdiri tegak, apabila ditiup angin akan mudah patah atau tombang. Berterusan melakukan kemungkaran tanpa rasa bersalah hingga Allah mendatangkan hukuman kepadanya sama ada di dunia mahupun di akhirat.

4.  Untuk menjadi mukmin sebenar, mesti melalui ujian dan cabaran dengan sabar dan redha di atas ketetapan qada dan qadar. Dalam masa melalui ujian dan bencana inilah dapat diketahui kekuatan, keyakinan dan kesabaran seseorang kepada Allah.

5.  Ujian yang dilalui seperti kesusahan semasa Wabak Covid 19, terpaksa dikuarantin, bagi frontliner terpaksa berdepan dengan risiko yang tinggi. Ada juga yang terputus pendapatan kerana terpaksa tidak bekerja dan lain-lain,  kesemua  kepayahan, kesempitan, kelaparan dan sebagainya merupakan satu proses pembersihan dosanya serta mengangkat darjat seseorang ketempat yang lebih tinggi. 


Hadis Nabi SAW:

مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً

"Tidak ada satupun musibah (kesusahan) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya." (Sahih Muslim No: 4665)

Jadilah seperti pohon muda yang tidak patah atau tumbang apabila ditiup angin, malah lebih kuat dan cekal. Jadilah mukmin yang tahan diuji, sabar melalui ujian dan musibah ini.


Sumber: 1 Hari 1 Hadis 


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

7 Comments

Words of wisdom

  1. Terima kasih atas perkongsian. Moga kita semua tabah mengadapi segala ujian..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. Semoga kita tak rebah bila ditimpa ujian.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian. Semoga tidak terpesona bila diuji. Semoga boleh bangkit bila rebah..

    ReplyDelete
  4. jujur
    saya lagi dapat ujian
    tapi ujian yang dulu saja belum kelar
    eh sudah muncul lagi ujian selanjutnya
    kapan ya lulusnya
    doakan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post