Kena Towing Buat Kali Kedua - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Monday, August 29, 2022

Kena Towing Buat Kali Kedua

Assalamualaikum semua, mama sedang membina semangat berblog ni haa.. tak tahu lah berjaya kembali atau tak mood tu. Banyak sangat entry tertunggak ni. Lagi banyak tertangguh, lagilah malas jadinya haha.. Takpe kita tengok lah macam mana ye.. Sabtu lepas mama Kena Towing Buat Kali Kedua tau..

Kami baru aje nak balik ke Shah Alam dari Klang. Bila masuk gear kereta Alza, tetiba gear jadi loose terus masuk D3. Bila matikan enjin kereta dan start balik, tak mahu oula dia start, masih di gear D3 udah le ujan masa tu. Uish naik risau pula nak ke Klang, Dulu jadi kes ni. Tayar Kereta Pecah

Ni first time kami naik towing Kami Accident di Highway LPT2 Kerteh Terengganu

On the way balik Shah Alam. Naik mabuk mama naik tow kali ni . terhentak2 habis semua bonggol dilanggarnya.. \

Mula-mula mama call Perodua Smart Assist, tapi disebabkan mama tak ambil insuran dgn dia, maka dia suruh call insuran mama. Pelik juga kan mama selalu service kat Perodua, awat dia tak accept pula kan.. So, mama call insuran Etiqa dan dalam masa stgh jam tow kaler cantik ni pun sampai.

Udah pun sampai ke bengkel di Seksyen 15 Shah Alam. Hari Sabtu petang ni risau juga bengkel tutup.

Tak sampai 10 sudah setel masalah kami. Abang mekanik tukar klip di gear. Total charge RM50. Kami balik serentak dengan tow truck yg bawa kami tu.. Alhamdulillah.. Setel..


13 comments:

  1. Nasib baik masalah selesai cepat.

    ReplyDelete
  2. Aduhai...bab ni yang x suka kan...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tow truck sampai awal ye mama....dan semua urusan dipermudahkan-Nya.

    ReplyDelete
  4. ALhamdulillah.. semuanya ok..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Semua masalah telah berjaya diatasi.

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah, nasib tak banyak nak kena betulkan ya Adda..

    ReplyDelete
  7. Paling tak suka servis caj dekat kedai pomen huhu.. sebab servis caj atas kerosakan ni memang seram nak tunggu dorang bagitau caj kan?

    ReplyDelete
  8. moga dipermudahkan urusan dan kereta tak meragam lps ni

    ReplyDelete
  9. Saya pernah rasa sekali kena towing. Masa tu zaman sekolah, nak pergi mandi di Sagil dengan member², last² kereta rosak atas lebuhraya.. haha

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..nasib kos repair tak banyak sangat..kalau idak, jenuh juga...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, selesai masalahnya..

    ReplyDelete

Words of wisdom