Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Tuesday, June 7, 2022

Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit

Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit. Ayah mertua mama suka sangat beli daging rusa. Dan baru-baru ini permintaannya suruh mama goreng kunyit saja. Memang mudah aje la nak masak. Daging rusa ni pada mama agak kasar berbanding daging lembu. Mama pernah rebus lama tapi masih liat. So, kali ni sebelum masak mama rebus dalam periuk Noxxa je la. Mula-mula rebus high pressure selama 30 minit, tapi still macam kurang lembut, so mama sambung 10 minit lagi. Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit

Baca ni:

Sebelum ni mama pernah share resepi daging goreng kunyit berkuah. Hot juga resepi tu tau. Nak tengok resepi simple daging rusa pula ? Jom..


Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit



Bahan-bahan:

1kg daging rusa - dipotong dan direbus sehingga empuk (mama guna Noxxa 40 minit high pressure)

2 sudu serbuk kunyit

1 sudu teh serbuk jintan manis - optional

1 sudu teh serbuk ketumbar -optional

1 biji bawang besar dihiris

2 biji bawang putih dihiris

1 biji lobak merah - di potong dua dan dihiris

5 batang sayur kacang panjang - dipotong serong

2 biji cili merah dihiris nipis

Sedikit garam


Cara memasak:

1. Daging yang telah direbus di tos airnya, dilumur dengan serbuk kunyit, garam, serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar, perap beberapa minit. Air daging jangan dibuang, mama guna untuk letak dalam masakan untuk ada kuah.

2. Panaskan sedikit minyak anggaran 3 sudu besar. Tumis sedikit bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

3. Masukkan daging yang diperap tadi dan kaup balikkan sehingga agak garing.

4. Letak air rebusan daging dan biarkan sehingga kepekatan yang diingini. 

5. Masukkan kacang panjang, lobak merah dan cili merah. Kaup balik sehingga sayur empuk. Masukkan baki hirisan bawang besar. 

6. Masak seketika. Siap!!


14 comments:

  1. Lauk fav akak ngan dania ni..sennag nak buat dan sihat...selalu bawak bekal bawak lauk2 macam ni...

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan, sedap tak daging rusa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga tiara.. cuma dia liat sikit berbanding lembu. kena lama sikit rebus

      Delete
  3. Lamanya tak makan daging rusa...

    ReplyDelete
  4. guna noxxa sekejap je lah dia nak empuk. Sedapnya daging rusa, dah lama tak makan

    ReplyDelete
  5. Boleh tahan liat jugak ye kak kene rebus 40minit dlm noxxa... kalau grg gitu je mau tercabut gg nk gigit tu heheh

    ReplyDelete
  6. Dapp nyer... Biasa. Goreng. Goreng jew yang sedap, simple

    ReplyDelete
  7. belum pernah makan daging rusa. bagaimana rasanya ya

    ReplyDelete
  8. Kalau masak goreng kunyit nie selalu jugak lah Kak Sue buat, tapi kalau daging rusa belum pernah cuba..

    ReplyDelete
  9. pernah makan daging rusa masak lomak..tp taktaulah pulak lama nak masaknya

    ReplyDelete
  10. Tiberrr teringin lak daging rusa....

    ReplyDelete
  11. Lama tak makan daging rusa. Sedapnya..

    ReplyDelete

Words of wisdom