Resepi Masakan Hariraya Yang Mudah Dan Confirm Jadi

mamapp
9

Resepi Masakan Hariraya Yang Mudah Dan Confirm Jadi. Lagi beberapa hari nak masuk bulan Syawal. Tentu ibu-ibu semua dah mula plan nak masak apa untuk hariraya nanti kan. Bagi mama, menu hariraya selalunya adalah ketupat yang dimakan bersama dengan rendang ayam, kuah lodeh dan kuah kacang. Kadang-kadang mama buat sate goreng. Sate goreng ni adalah temurun family mama sebab adik beradik mama suka makan sate goreng makan dengan nasi impit. Tapi kali ni mama tak masukkan sate goreng dalam post ni. Lenkali mama share resepi sate goreng ye.

Baca juga


Lauk wajib kami hari raya. Kalau nak tengok resepi di bawah ni ye.


Resepi Kuah Kacang / Sambal Kacang

Sambal kacang

Kuah Kacang Sedap 

Bahan bahan: 

1kg kacang tanah - di goreng & blend kasar 

1 cawan gula pasir (bole tambah) 

2 keping gula Melaka

 1 cawan air asam jawa

Garam secukup rasa 

1 cawan minyak

 

Bahan2 dikisar: 

7 bawang merah besar 

4 ulas bawang putih 

1 inci halia

1 inci lengkuas 

5 batang serai

21 Lada kering direbus 

8 biji buah keras


Cara-caranya

1. Kacang tanah digoreng, sejukkan & dikisar kasar.  (rebus sehingga kembang dan lembut)
2. Panaskan minyak, tumis bahan2 yg dikisar sehingga garing dan naik minyak.
3. Masukkan gula pasir, gula melaka, air asam,
4. masukkan kacang tanah dan ltk garam, kacau2 guna api perlahan. 

Letak air jika perlu. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Masak sehingga mendidih dan pekat. Setelah terbit minyak, angkat dan dihidangkan dengan nasi impit. 


Resepi Rendang Ayam

Rendang ayam

Rendang Ayam

Bahan-bahan 

  • 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
  • Bahan2 digiling:-
  • @ 10 ulas bawang merah
  • @ 4 ulas bawang putih
  • @ 15 biji cili api
  • @ 15 tangkai cili kering
  • @ 1 inci halia
  • @ 1 inci lengkuas
  • @ 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik
  • Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

Cara-cara

1.    Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.

2.   Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.

3.  Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan.


Resepi Kuah Lodeh / Lontong

Sayur Lodeh

Sayur Lodeh - Kuah Lontong

Bahan-bahan ( 10 orang )


Bahan yg dikisar halus * :-

·         *10 tangkai cili kering

·         *2 biji bawang besar

·         *2 ulas bawang putih

·         *1 jari kunyit hidup

·         *1 hiris halia

·         *2 sudu udang kering

·         *2 sudu ikan bilis

·         *sedikit belacan - jika suka

·         *2 sk jintan kasar - sangar

·         2 batang serai - dititik

·         4 helai daun salam

·         1/2 jari lengkuas - diketuk

·         200 g udang hidup yg dikupas kulit

  

Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-

·         1/2 biji kobis

·         8 batang kacang panjang

·         1 batang lobak merah

·         1 biji sengkuang kecil

·         1 biji terung panjang

·         1 keping tahu kering - rendam

·         4 biji kentang

·         4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng

·         4 keping tempe - dipotong dan digoreng

·         2 ikat su'un - direndam

·         lada merah dan hijau - dipotong serong

·         2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa

·         air secukupnya

·         garam secukup rasa

·         1/4 cawan minyak utk menumis


Cara-cara

1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.

2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.

3.  Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding




Itulah lauk basic hariraya mama. Selalunya mama buat nasi impit segera aje. Dulu kalau arwah ayah ada dia rajin ngayam ketupat. Sebenanrya en hubby pun pandai anyam ketupat, ada permintaan makan mama buat ketupat. Kalau tak, makan nasi impit aje
 
Mini ketupat segera

Lontong

Lontong. Family sebelah husband suka makan lontong. Selalunya mama book aje lontong ni. Tak reti nak buat sendiri hihi..


Tags

Post a Comment

9Comments

Words of wisdom

  1. Tak sabar nak cuba time raya nanti. 🤭

    ReplyDelete
  2. Tahun ni memang nak buat nasi impit kuah kacang..

    ReplyDelete
  3. semua ini menu wajib masa raya hehehe. nanti kita nak intai n cuba mama nyer resepi

    ReplyDelete
  4. Yess semua feveret ni. Makanan wajib setiap kali raya kami. bessttt.

    follow here #4159

    ReplyDelete
  5. menu wajib ni. satu lagi serunding penat nak kacau sampai kering..hehe

    ReplyDelete
  6. Ya Allah.... sedapnya mama..... feberet betul ni.....

    ReplyDelete
  7. Ketupat, rendang dan lodeh tu menu wajib.masih tak mahir buat rendang

    ReplyDelete
  8. Sedapnya kuah kacang dan nasi impit.

    ReplyDelete
  9. TQ share resipi. Tak tau lagi nak masak lauk apa raya ni hihi.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!