Resepi Ikan Siakap Masak Pedas Asam Muo

mamapp
12

Resepi Ikan Siakap Masak Asam Pedas Muo. Mama tak pasti nak claim Muo tu disebabkan memang resepi Muo atau orang Muo, yakni mama yang masak hihi. Kalau ada orang Muo kat sini cuba check betul tak resepi asam pedas Muo korang. Sama macam mama tak? Dari dulu arwah mak mama memang masak asam pedas style macam ni dan mama lihat makcik-makcik mama yang memang pro pun masak macam nijuga. Resepi Ikan Siakap Masak Pedas Asam Muo

Mama masak ni menggunakan 2 ekor ikan siakap. Jom tengok resepi.


Resepi Ikan Siakap Masak Pedas Muo

Ikan Siakap Masak Pedas Asam Muo


Bahan-bahan

2 ekor ikan siakap - potong 5, dibersihkan

2 tangkai bunga kantan di potong  4

1 cekak daun kesum

1 mangkuk air asam jawa (dari anggaran 1 sudu besar asam jawa)

1 ikat sayur bendi

Tomato ceri atau tomato biasa belah 4 (optional)


Bahan-bahan kisar

10 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 jari belacan - dibakar dulu

1 inci kunyit hidup

1 potong halia

2 senduk cili kisar


Cara Memasak

1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar. 

2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar-benar garing

3.  Masukkan ikan dan air asam jawa. Boleh tambah air ikut kepekatan yg diingini

4. Panaskan sehingga mendidih kemudian masukkan bunga kantan, daun kesum dan bendi

5. Kemudian masukkan tomato. Tunggu seketika dan tutup api.

Siap!!

Mudah aje kan. Sedap pun sedap..


Tags

Post a Comment

12Comments

Words of wisdom

  1. Sedappp ni mkn berbuka😍✌️
    tqq resepinya ,ciknur nk try nanti

    ReplyDelete
  2. Asam pedas la terpaling tak pandai nak masak. Nampak sedap tu

    ReplyDelete
  3. Asam pedas, orang kampung di Melaka ni sebut masak asam.. Suka makan masak asam air tangan mak .

    ReplyDelete
  4. Adda buat asam pedas ini cair sedikit ya.
    Itulah macam-macam cara buat.

    ReplyDelete
  5. abe kie pun suka mkn ikan asam pedas utk berbuka. menaikkan selera kan?

    ReplyDelete
  6. sama jugak lah mama, cuma keluarga saya ramai resdung, jadi tak taruk belacan.

    ReplyDelete
  7. Sedap ini , boleh Naim cuba utk juadah berbuka..

    p/s; hadiah akak,selamat di terima . Terima kasih kak
    https://pemudattbc.blogspot.com/2022/04/hadiah-saguhati-giveaway-mamapipie.html

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!