Makan Pasembor Zulaikha /Ghani Padang Brown Pulau Pinang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Tuesday, March 29, 2022

Makan Pasembor Zulaikha /Ghani Padang Brown Pulau Pinang

Assalamualaikum semua. Salam kuarantin dari mama. Sudah hari keempat mama berkuarantin di rumah. Setelah 3 hari diserang demam yg tak kebah2 harini alhamdulillah ada perkembangan sedikit. Mujur mama dah buat autopublish pada post sebelum ni. Mama tidur aje kerjanya 2 hari pertama  tu.

Kesinambungan dari dinner kami yang tak kesampaian sebab Burger bakar Street Grill yang dah habis, maka berpusing-pusinglah kami di sekitar Georgetown. Ke sana ke sini banyak pula kedai makan yang tutup. Last-last kami decide nak berhenti kat tempat pertama yg kitaorg jumpa. Maka malam tu kami dinner makan Pasembor Zulaikha /Ghani Padang Brown Pulau Pinang.

Adik mama yang tinggal kat Penang yang suggest makan Pasembor Zulaikha /Ghani  ni. Sedap katanya. Pasembor Zulaikha ni dulu dikenali sebagai Pasembor/Ghani 


Pasembor Zulaikha /Ghani Padang Brown Pulau Pinang

Terpusing sana sini maka sampailah kami di Padang Brown Pulau Pinang. Masa mama sampai tu boleh tahan nampak ramai juga tapi alhamdulillah dapat parking di bahagian belakang. 

Jeng.. jeng.. inilah kejadian pasemboq kami.


Ini antara pilihan menu pasembor kami.  

Banyak menu kat sini. Semuanya nampak sedap.

Ketam ni memang menggamit tapi mama tak ambil sebab malas nak kopek. 

Sedap pasembor ni. Kuah yang pekat dan gabungan pasembor dia memang ngam. Mama bayar RM 52 untuk pasembor 4 orang makan. Harga air minuman kat sini murah aje. Mama bayar RM9 saje untuk 2 carrot susu, nescafe ais, air mineral, limau ais dan teh o ais. Semua air minuman sedap.

Overall makan kat sini OK la. Padang Brown ni adalah food court dan banyak makanan lain yang ada dijual di sini. Next time boleh singgah lagi cuba menu lain. Walaupun ramai orang, tapi kat kedai pasembor ni memang laju aje proses penyediannya. Tak perlu tunggu lama. Sesuai lah untuk kami yang kelaparan ni.


Kedai air minuman yang terletak disebelah kedai pasembor.

Ramai orang tapi kalau beli pasembor sekejap aje siapnya.


Maklumat Pasembor Zulaikha /Ghani Padang Brown Pulau Pinang


Pasembor Zulaikha /Ghani Padang Brown Pulau Pinang

Padang Brown Food Court
Jln Pantai | Chinatown, George Town, Penang Island 10400,


16 comments:

  1. semua menggoda nak di pilih ye kak

    ReplyDelete
  2. memang tempat tumpuan ni. rindunya nak makan pasemboq

    ReplyDelete
  3. sedapnya...dulu makan kt Gurney Drive & Padang Kota..

    ReplyDelete
  4. singgah https://www.settong.com/2012/11/cara-print-file-pdf-yang-tidak-bisa-di.html

    ReplyDelete
  5. Sedapnya pasembor Penang..lama tak pergi jalan2 ke Penang.

    ReplyDelete
  6. Tengok gambar-gambar yang diambil semuanya nampak sedap! =)

    semoga cepat sembuh mamapipie.

    ReplyDelete
  7. Syafakillah mamapipie.
    Pernah makan pasembor juga di Padang Brown ni :)

    ReplyDelete
  8. kuah dia kuah kacang ke lain kak? Nampak menyelerakan!

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaaa......terus rasa nak makan Pasemboq....lepas raya la pi Penang

    ReplyDelete
  10. Terus lapar tengok pasemboq tu..

    Akak... Beg dah sampai. Tak sempat buat entri lagi. Terima kasih Kak Adda. Selamat Menyambut Ramadhan .

    ReplyDelete
  11. Uiii.. Cambest je.. meleleh air liur dibuatnya

    ReplyDelete
  12. padang brown tu kalau time musim panas memang brown betul haha

    ReplyDelete
  13. aaaa sedapnyaaaa! Telan lioq tengok semua gambaq

    ReplyDelete
  14. Wah! jauh merantau cari makan yg sedap2

    ReplyDelete

Words of wisdom