Lunch Makanan Kenduri di Dapoq Schombi Heritage Georgetown Pulau Pinang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Thursday, March 31, 2022

Lunch Makanan Kenduri di Dapoq Schombi Heritage Georgetown Pulau Pinang

Ini adalah post terakhir percutian mama di Pulau Pinang pada bulan Disember lepas. Alahai makin lama makin tertangguh post mama. Lagi beberapa hari lagi insya Allah mama akan ke Penang lagi. Alkisah semasa di hari terakhir di Pulau Pinang, mama sekeluarga berhajat nak berjalan dulu sebelum balik. Semua tempat yang kami nak pergi sama ada tutup atau tak jumpa. Antaranya Rumah P.Ramlee (pusing-pusing tak jumpa), Akuarium (tutup) dan beberapa tempat makan. Akhirnya mama decide terus balik aje. Tapi sebelum tu sempatlah singgah Lunch Makanan Kenduri di Dapoq Schombi Heritage Georgetown Pulau Pinang.

Tergelak adik mama tengok mama mabuk kereta sampai nak termuntah dibuatnya bila pusing-pusing Georgetown. Teruknya jalan kat sana alahaiii.. Jalan kecil dan kereta sesak, tempat padat. Boleh tahan orang Penang bawa kereta kuat main hon. Berpusing-pusing kepala mama dibuatnya.

Baca juga Makan Nasi Tomato Warung Aura Kak Ina Gelugor Pulau Pinang, Masakan Ala Hotel Harga Warung


Lunch Makanan Kenduri di Dapoq Schombi Heritage Georgetown Pulau Pinang

Dapoq Schombi Heritage ni dipilih sebab tempat ni tak sesak dan parking pun senang.

Nyum.. nyum.. sebijik  macam lauk kenduri kawen kan

Add on kurma kambing.. pekat dan sedap daging kambing kurma ni


Inilah menu kami berempat

Seronok makan kat sini sebab Dapoq Chombi ni sebenarnya adalah rumah banglo dan diubahsuai menjadi kedai makan. Interior memang cantik dan terasa macam makan kat rumah aje. Tempat ni tak crowded sangat dan pekerja kat sini semunya pantas buat kerja dan sabar melayan bermacam-macam permintaan kami, Parking pun senang.

Makanan semua sedap sebijik macam kat kenduri. Daging dia nampak macam keras tapi bila makan lembut je. Pada mama Dapoq Schombi Heritage ni makanan dia lagi sedap dan kurang berminyak berbanding nasi tomato aura kak Ina. Cuma harga dia agak pricey. Mama bayar RM 110 utk 5 org makan, termasuk air. 


Cantik kan interior dia. Bolehh ootd cantik


Maklumat Dapoq Schombi Heritage Georgetown Pulau Pinang

Exterior Dapoq Chombi

Dapoq Schombi Heritage Georgetown Pulau Pinang

Alamat: 67, Jalan Irving, 10450 George Town, Pulau Pinang

Dibuka setiap hari kecuali Isnin dari 11 pagi-8malam



8 comments:

  1. udah kenduri kawin itu yang mahal sikit kak hehehehhe...
    penang memang jln dia lg mencabar dari kl, jalan sempit tapi org sana bawak kete laju semacam memang seram

    ReplyDelete
  2. harga sesuai kot dengan environment dia tu.. lamanya tak jalan penang

    ReplyDelete
  3. Bentuk dalamannya serupa macam hotel ynag saya pernah diami di George Town, lupa pulak namanya

    ReplyDelete
  4. fuhhhh kurma kambing dia mengancam sungguhhhhh!

    ReplyDelete
  5. Menarik konsepnya. Macam makan di rumah je.

    ReplyDelete
  6. Tudiaa...lauk kenduri betul ni ha...

    ReplyDelete
  7. Wow suasananya macam makan dirumah! Nice! Bila tengok lauk2 kenduri macam ni, teringat nasi kahwin hari-hari di bukit bintang (kl)

    ReplyDelete
  8. kurma kambing tu nampak onz laaπŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete

Words of wisdom