Review K-Drama The Guest, Seram Giler

Review K-Drama The Guest, Seram Giler. Pada awalnya mama ingatkan drama ni tak menarik dan tak teringin nak tengok cerita ni bila tengok poster dia yang warna merah tu. Mama decide download cerita ni selepas baca review yang takde langsung komen negatif.. Tak sangka rupanya cerita ni memang best. Walaupun dia bergenre  seram yakmat tapi ada unsur friendship yang seronok ditengok. Tak rugi tengok cerita ni. Sebagai seorang yang suka genre seram, jarang ada cerita seram yang buat mama jadi seram, Tapi bila tonton drama ni memang buatkan mama terasa keseramannya. Mula-mula mama baca review ramai kata tak boleh tidur malam, kena tengok siang hari etc. Tapi bila mama tengok sendiri cerita ni baru mama faham hihi.. Mama bagi 10/10 bintang sebab best sangat. Inilah drama yang mama repeat tengok tau.


Drama yang sama vibe:



Review K-Drama The Guest 


Tajuk Drama: The Guest 

Jumlah Episod: 16

Tahun Tayangan : September  - November 2018

Pelakon: Yoon Hwa-Pyung (Kim Dong-Wook), Choi Yoon (Kim Jae-Wook), Kang Kil-Young (Jung Eun-Chae)


Sinopsis K-Drama The Guest 

20 Tahun dulu

Yoon Hwa-Pyung dilahirkan dalam keluarga bomoh dan seorang psikik sejak kecil. Semasa dia berumur 10 tahun dia dirasuk oleh roh paling jahat iaitu Park Il Do yang sebelum tu merasuk salah seorang pakcik dia. Setelah semua usaha tak berjaya akhirnya keluarga dia minta priest utk bantu. Tapi Park Il Do telah merasuk salah seorang Priest tu. Pada masa yang sama nenek dan mak Hwa Pyung terbunuh. Selepas kejadian tu Hwa Pyung menjalani satu upacara yang merawat dia agar tidak nampak roh lagi tapi selepas itu orang kampung takut pada dia dan pulaukan dia sampai atok dia hantar tinggal di rumah sedara jauh. 


Choi Yoon pula adalah adik kepada priest yang kena rasuk tu. Selepas dirasuk melalui Hwa Pyung, abg Choi Yoon telah membunuh mak dan ayah mereka di rumah dan semasa ingin membunuh Choi Yoon dia telah diselamatkan oleh pegawai polis wanita. Tapi polis tu mati dibunuh abang Choi Yoon. Abang Choi Yoon akhirnya melarikan diri dan tak dapat dikesan.


Kang Kil Young pula adalah anak kepada pegawai polis yang meninggal tu. Kebetulan diorang lalu depan rumah Choi Yoon dan nampak Hwa Pyung yang masa tu masih kecil di luar rumah Choi Yoon. Mak Kil Young ingat Hwa Pyung kena dera sebab banyak tanda luka di badan. Dia masuk ke rumah Choi Yoon selepas Hwa Pyung tunjuk arah rumah Choi Yoon.


Kil Young, Hwa Pyung dan Choi Yoon semasa kecil


Selepas 20 tahun mereka bertemu buat pertama kali, Pada masa ni Hwa Pyung masih lagi memburu Park Il Do. Dia boleh merasa dan melihat apa yang dilihar Park Il Do dan cuba selamatkan orang yang dirasuk. Park Il Do ni merasuk orang melalui roh suruhannya Sohn dan membuatkan orang yang dirasuk itu membunuh keluarga/kawan terdekat mereka dan akhirnya akan mencucuk mata kanan dan akhirnya mati. 


Hwa Pyung akhirnya bertemu dengan Kil Young yang ketika itu sudah menjadi pegawai polis. Pada mulanya Kil Young memang skeptikal dgn Hwa Pyung sebab dia selalu bertindak pelik tapi lama kelamaan dia mula nampak kebenaran yang Hwa Pyung kata tentang kes-kes pelik tu.


Mereka akhirnya bertemu dengan Choi Yoon yang kini jadi exorcist priest dan bersama-sama mereka menyelamatkan orang yang dirasuk dan halang mereka dari membunuh diri. 


Mereka selepas 20 tahun

Kil Young dan Choi Yoon yang pada mulanya sangat skeptikal dgn Hwa Pyung akhirnya menerima cerita pelik rasukan-rasukan tu dan identiti sebenar mereka 20 tahun dulu akhirnya terungkai. .Lama-kelamaan mereka semakin hampir dengan Park Il Do. Bermacam cabaran melanda. Choi Yoon kena curse, dia akan mati jika buat 3 kali exorcism. Hwa Pyung pula selalu diugut Park Il Do yang orang sekeliling dia akan mati satu persatu. Memang kesian kat Hwa Pyung nampak sorang demi sorang yang rapat dengan dia meninggal. Choi Yoon pula yang mulanya nampak tak suka dengan Hwa Pyung menjadi lebih empati selepas dapat tahu yang kejadian 20 tahun dulu bukan keluarga dia aje yang meninggal tapi keluarga Hwa Pyung juga.



Antara rasukan yang menyeramkan


Mama tak tahu nak cerita korang tengok lah sendiri apa pengakhiran kisah diorang bertiga. 5 minutes dari episod pertama dah buat mama hooked tau. Mama suka cerita hantu yang hantu dia bukan macam alien. Ni hantu yang tak nampak, so pada mama lagi menyeramkan hantu macam ni kan. Mama suka tengok friendship bonding antara 3 pelakon utama ni. Dari 3 orang yang tidak kenal menjadi ikatan yang melebihi adik beradik. Boleh rasa kuatnya kasih sayang dan macam mana diorang berusaha melindungi antara satu sama lain.  Suka watak Kil Young yang walaupun seorang perempuan tapi dia memang lasak, kalah orang lelaki.


Di akhir-akhir cerita akhirnya kita akan mendapat jawapan yang cukup jelas pada keseluruhan drama dia. Mengapa orang keliling Hwa Pyung mati, sejarah Park Il Do, dsb. Rasa sedih sangat dalam episod terakhit scene Choi Yoon exorcist Hwa Pyung dalam laut dan bagaimana dia berdoa agar tuhan selamatkan "dear brother" nya huhu.. 


Antara pengajaran yang boleh dapat dari drama ni ialah manusia mempunyai keinginan yang boleh mengubah mereka menjadi sesuatu yang menakutkan. Rasanya cerita ni tak berapa glemer tapi ada tak yang penah tengok? Korang rasa seram macam mama tak? 



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

22 Comments

Words of wisdom

  1. tak tengok lagi..nak masuk dalam list lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas tengok nanti bgtau mama tau seram ke tak.. pada maa cukp seram dah ni

      Delete
  2. kurang layan genre seram...menarik jg drama ni..

    ReplyDelete
  3. memang best. Aien dah layan walaupun tak minat genre seram. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeyy ada yg dah tgk citer ni rupanya.. best kan aien.. mama pun suka

      Delete
  4. sampai sekarang tak berani nak tgk drama ni sebab tak minat sgt citer yg ada kaitan dgn ajaran sesat dan bomoh ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada org mmg tak berani tgk cerita mcm ni. faham tiara

      Delete
  5. Macam menarik je nie, boleh lah Kak Sue layan jugak nanti..

    ReplyDelete
  6. Wahhh. Menarik ni. Tapi drama ni kalau nak tengok kene masa yg sesuai. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. tu la seram. sebab rasukan dia tu mcm org kita gak

      Delete
  7. Tak pernah tonton lagi drama ni. Macam menarik pula lepas baca review Kak Adda ni.

    ReplyDelete
  8. Macam menarik je ni! Nak cari la nanti...!

    ReplyDelete
  9. kalau cerita seram memang saya elakkan untuk menonton..hehehe

    ReplyDelete
  10. Nak tengok tapi takut malam tak boleh tidur. Hehe

    ReplyDelete
  11. ammi masuk listlah...
    boleh tgk lepas habiskan cerita 100 days prince ni nanti

    ReplyDelete
  12. Memang best.. seram dia lain macam..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post