Review K-Drama Missing: The Other Side - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, November 24, 2021

Review K-Drama Missing: The Other Side

Review Korean Drama Missing: The Other Side. Mama habiskan dalam masa 2 hari je tengok drama ni tau sebab tak sabar nak tengok apa yang akan terjadi dalam episod seterusnya. Memang best cerita ni mama bagi 10/10 bintang. Mula-mula tengok 3 episod pertama dah mama buat gelak, thrill, menangis dan macam-macam. Jalan cerita dia memang menarik dan tak boring. Sapa penah tengok cite ni anagkat tangan. Bagi yang suka genre yang mistik, thriller drama ni untuk korang.

Baca K Drama yang lebih kurang sama vibe macam cerita ni..


Review Korean Drama Missing: The Other Side



View di tempat yg sama. Satu pada mata org biasa, satu lagi pada mata yang special aje boleh nampak.. Suka sangat tengok village ni. Cantik kan

Tajuk Drama: Missing: The Other Side
Genre: Mystic, Comedy, Thriller
Jumlah Episod: 12
Tahun tayangan: Hujung tahun 2020
Pelakon: Kim Wook (Ko Soo), Jang Pan-Seok (Heo Jun-Ho), Lee Jong-A (Ahn So-Hee)

Sinopsis Korean Drama Missing: The Other Side

Mengisahkan Kim Wook seorang ada sense of justice yang kuat. Dia menyamar dan melakukan penipuan bersama partner hacker dia Jong-A kepada penjahat-penjahat yang selalu menindas orang tak berdosa. Satu hari dia dikejar oleh gengster yang dia tipu dan dia ternampak seorang perempuan cantik kena kidnap dengan gengster tu. Dia sempat records video dalam handphone dia peristiwa tu.

Dia akhirnya dikejar sehingga terjatuh ke dalam gaung. Setelah sedar dia terjumpa satu kampung di dalam hutan yang dikenali sebagai Duon Village. Reaksi aneh penduduk kampung dan keadaan penduduk yang aneh-aneh di situ membuatkan dia rasa ingin tahu. Dia terpaksa bermalam di situ kerana hari dah malam atas permission head of village walaupun kebanyakan penduduk tak setuju. Semua penduduk pandang pelik kat dia. Kat situ dia terjumpa seorang budak lelaki yang sedang menangis kerana mencari mak dia.

Tanpa tahu apa-apa, dia berjanji dengan budak yang bernama Haneul untuk cari mak dia

Keesokan harinya semasa dia sedang menaiki bas untuk balik, baru dia terperasan yang budak lelaki yang dia jumpa tu ada dalam poster orang hilang. So, dia buat report polis dan bawa polis ke perkampungan tu. Rupanya hanya dia sorang saja yang boleh nampak kampung tu dan dia dituduh menipu. Polis nampak hutan tebal aje. Kampung tu rupanya diduduki oleh orang mati yang mana jasad mereka masih belum ditemui. 



Kim Wook, Jong A dan Pan Seok

Di kampung tu dia bertemu Jang Pan-Seok yang rupanya manusia macam dia, boleh nampak kampung tu. Bersama-sama mereka membantu orang-orang kampung untuk mencari jasad mereka. Di sana, dia bertemu juga dengan perempuan yang dia nampak kena kidnap tu dan perempuan tu rupanya adalah tunang polis yang dia jumpa sebelumnya.  Rupanya ada sebab kenapa Kim Wook dgn Pan Seok boleh nampak kampung ni. Korang kena tengok kalau nak tahu sebabnya.



Penduduk Duon Village selalu lepak kat kedai kopi Thomas


Mama suka watak Thomas, merangkap macam ketua village sebab dia paling lama duduk kat kampung ni dah 100 tahun sejak zaman perang lagi. Dia cool aje Dan selalu menjadi tempat rujukan Dan minta advise. Watak2 lain di village pun menarik dan best. Orang-orang dalam kampung ni saling membantu dan saling comfort each other, macam satu keluarga besar.


Cerita ni agak misteri dan saspen sebab kita akan lihat bagaimana beberapa watak di kampung tu hilang, macam mana mayat mereka di temui dan setiap kali mayat mereka dijumpai adalah scene yang paling menyentuh hati bila diorang say goodbye kepada penduduk kampung lain dan hilang meninggalkan village tu. Sorang demi sorang hilang dan rupanya ada beberapa orang yang berkait dengan kehilangan mak Kim Wook pun ada kat situ.

Antara adegan apabila jasad diorg dijumpai dan merela menghilang dari village tu. Ada yg sempat say goodbye ada yg tetiba saje. Kisah Haneul yang paling mententuh hati bila Kim Wook minta polis bawa mak dia, punyalah happy Haneul tanpa tahu yg mak dia x nampak dia. Pastu dia pun menghilang..


Kisah Yoona dan polis ni pun sedih. Yoona hilang masa tinggal beberapa hati je lagi nak kahwin. Yoona pesan pada tunang dia agar mencari jasad dia sehingga jumpa.


Dong Wook kehilangan mak dia semasa dia kecil dan mak dia tak pernah ditemui sehingga kini. Misteri juga nak tahu apa jadi dengan mak Kim Wook. Pelakon, plot, dan view kampung memang best2 Sedikit demi sedikit kita misteri terbongkar dan tak jemu tengok dari awal hingga habis cerita ni. Penuh air mata juga bila tengok scene-scene sedih. Kepada yang suka genre macam ni mama highly recommend. Dengarnya macam akan ada season 2, waa tak sabar...


13 comments:

  1. Dr ritu masuk watchlist. tp tu laa. haha

    ReplyDelete
  2. Baca sinopsis pun dah best..nanti nak habiskan nevertheless dulu then baru cari citer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. best gak, mmg tak boleh berhenti tgk cerita dia tak boring

      Delete
  3. Unik jalan cerita. Rasa macam hendak tengok pula.

    ReplyDelete
  4. Waaahh..2 hari je boleh settle k-drama. Hebat tu! Hahaha..nak tengok juga lah nanti. Kalau ikutkan gambar tu, cantik-cantik juga lokasi dramanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. episod dia cuma 12, pastu cerita dia pula mmg best. tak sabo nak tgk episod seterusnya hihi

      Delete
  5. Walaupun pelakonnya biashe-biashe. Tapi jalan ceritanya best kan mama.Syu pun dah tengok drama ni. Best!!👍🏻❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelakon dia semuanya tak familiar kan tapi lakonan mmg mantop

      Delete
  6. menarik jugak. cite mistik-mistik ni biasanya ramai yang suka

    ReplyDelete

Words of wisdom