Fakir dan Miskin Sebenar - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Friday, January 28, 2022

Fakir dan Miskin Sebenar

Salam hari Jumaat yang penuh barokah. Harini mama nak ajak sama-sama kita renungkan tentang Fakir dan Miskin Sebenar. Somathing to ponder. Adakah kekayaan dan kemiskinan itu di ukur dengan harta dan duit? Renungan untuk diri mama sendiri juga.

Baca ni juga:


Fakir dan Miskin Sebenar 


عن أبي ذر رضي الله عنه قَالَ لِي رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا أَبَا ذَرّ أَتَرَى كَثْرَة الْمَال هُوَ الْغِنَى قُلْت : نَعَمْ . قَالَ : وَتَرَى قِلَّة الْمَال هُوَ الْفَقْر قُلْت : نَعَمْ يَا رَسُول اللَّه . قَالَ : إِنَّمَا الْغِنَى غِنَى الْقَلْب وَالْفَقْر فَقْر الْقَلْب


Daripada Abi Dzar RA: “Rasulullah SAW berkata padaku, “Wahai Abu Dzar, apakah engkau memandang bahawa banyaknya harta itulah yang disebut kaya?” “ya,” jawab Abu Dzar. Baginda bertanya lagi, “Apakah engkau memandang bahawa sedikitnya harta itu bererti fakir?” “ya,” Abu Dzar menjawab dengan jawapan serupa. 

Lantas baginda pun bersabda, “Sesungguhnya kaya disini adalah kaya hati (hati yang selalu merasa cukup). Sedangkan fakir adalah fakirnya hati (hati yang selalu merasa tidak puas).” (HR. Ibnu Hibban. Syaikh Syu’aib Al Arnauth berkata bahawa sanad hadis ini sahih sesuai syarat Muslim)


Kesimpulan hadith:



1.  Banyaknya harta dan kemewahan dunia bukanlah jalan untuk meraih kebahagiaan sejati. 

2.  Kekayaan sejati adalah selalu merasa cukup dengan apa yang Allah beri. Itulah yang namanya qona’ah

3.  Ibnu Baththol menyatakan: “Hakikat kekayaan sebenarnya bukanlah dengan banyaknya harta. Kerana ramai orang yang diluaskan rezeki oleh Allah, namun ia tidak pernah merasa puas dengan apa yang diberi. Orang seperti ini selalu berusaha keras untuk menambah dan terus menambah harta, tanpa mengira dari manakah harta tersebut diperolehi. Orang inilah yang disebut fakir kerana usaha kerasnya untuk terus menerus memuaskan dirinya dengan harta. 

4.  Ibnu Hajar Al Asqolani menyatakan: “Orang yang kaya adalah orang yang selalu qona’ah (merasa puas) dengan rezeki yang Allah beri. Ia tidak tamak untuk menambahnya tanpa ada keperluan. Ia selalu reda dengan rezeki Allah. Orang inilah yang akan kaya selamanya.

Sumber:  1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor telegram.me/hadisharian_ikram


Rupanya harta dan kekayaan bukanlah pengukur kekayaan kita. Sesungguhnya perasaan kaya itu datangnya dengan kesyukuran dan tidak tamak. Mari sama-sama kita tanam sifat QONA'AH.



11 comments:

  1. salam jumaat
    perkongsian yg bermanfaat
    sama2 kita Renungkan ✌️😊

    ReplyDelete
  2. Jika ada kwn yg miskin bantulah dia. Semoga dia akan berusaha utk keluar dari kepompong kemiskinan...

    ReplyDelete
  3. Itulah kena syukur dan pastikan rezeki diperoleh memang halal.

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing mama. Kalau ada rezeki lebih, marilah tingkatkan sedekah. barulah berkat kekayaan tu

    ReplyDelete
  5. semoga bermaat dan semoga kita semua menjadi orang2 yg kaya

    ReplyDelete
  6. bersyukur itu sendiri satu bentuk kekayaan juga...

    kekayaan yang terbaik ialah serba-serbi mencukupi sama ada untuk keperluan dunia dan akhirat

    ReplyDelete

Words of wisdom