Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, November 27, 2018

Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat

Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat. Menuju gerbang terakhir tahun 2018, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) mengadakan Kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' bagi menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada umum. Zakat Harta yang boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Juga mengalakkan umum untuk membayar zakat yang tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat.

Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat


Daripada Jarir bin ‘Abdillah RA katanya : Aku telah mengaku serta berjanji kepada Nabi SAW : Bahawa aku akan tetap mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat yang baik kepada setiap orang Islam. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Membayar Zakat adalah satu rukun Islam dan sebagai seorang Islam kita wajib membayar Zakat yang ditetapkan. Syukur kerana di zaman teknologi sekarang pembayaran zakat menjadi lebih mudah. Mari kita sama-sama baca..


Saluran Pembayaran Zakat

Selaras dengan moto utama PPZ-MAIWP iaitu 'Memudahkan Anda Berzakat' empat saluran pembayaran zakat yang telah disediakan bagi memudahkan pembayar iaitu melalui:

1. 11 KAUNTER PPZ-MAIWP

Dibuka 7 hari seminggu termasuk CUTI UMUM
Waktu operasi: 1 Disember - 25 Disember: 8.15 pagi - 4.45 petang 

Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP adalah seperti berikut
  1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
  2. Plaza RAH, Kampung baru
  3. Masjid Negara
  4. KLSC Wangsa Maju
  5. UTC KL, Pudu Sentral
  6. Presint 9, Putrajaya
  7. Presint 15, Diplomatik, Putrajaya
  8. Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong
  9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
  10. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong 
  11. Labuan Times Square

Bagi mempromosikan saluran ini dengan penampilan istimewa Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail.


2. PORTAL PPZ-MAIWP - http://www.zakat.com.my

Apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran ini?
  1. Pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya.
  2. Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkats
  3. Melakukan pembayan lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat.
  4. Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger agar menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan. 
  5. Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat
  6. Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat di lakukan. 
  7. Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada.
Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat

Selebriti yang bakal mempromosikan saluran ini adalah Amar Baharin. 


3. PERBANKAN INTERNET. 

Dengan kosep semudah di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat. 

Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.


4. KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP

Pihak PPZ-MAIWP memperkenalkan perkhidmtan khas 'Door-to-Door' bagi pembayran zakat RM5000.0o ke atas. Perkhidmatan ini membolehkan pihak kami ke lokasi anda. Hubungi talian zakat 1300 88 5757 bagi perkhidmatan ini. 

Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat

Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran ini ialah Bell Ngasri.


TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP

PPZ-MAIWP memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat dan memperolehi tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dilaksanakna. 

Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat

PU Azman antara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi mengalakkan aktiviti ini dilaksanakan. 

Selain itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP , pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan. 

Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat

Kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' ini disempurnkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan penampilan istimewa seperti Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguhkan penunainnya. 

'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'


11 comments:

  1. Setuju kak.. Zakat ni sucikan harta kita

    ReplyDelete
  2. zakat menyuburkan dan menambahkan rezeki =)

    ReplyDelete
  3. Hebat, kalau berzakat lama-lama In Sha Allah berkat kekayaan yang Allah kurniakan.

    ReplyDelete
  4. bgs jgk kempen mcm ni ya... sbb ramai yg fikir zkt tu time bln puasa je... zkt lain tak tau

    ReplyDelete
  5. terima kasih info ni mamapipie.
    P/S: akak dah try resepi siakap kengsom tu. marvelous :)

    ReplyDelete
  6. jgn lupa bayar zakat tu agar rezeki menjadi lebih berkat.

    ReplyDelete
  7. Masih ada masa utk tunaikan zakat melalui saluran yg disediakan. Jgn buat2 lupa pulak ye.

    ReplyDelete
  8. Semoga kita semua tak lupa berzakat

    ReplyDelete

Words of wisdom