Review Arenaa De Luxe Boutique Hotel Melaka - Murah dan Puas Hati - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Wednesday, December 1, 2021

Review Arenaa De Luxe Boutique Hotel Melaka - Murah dan Puas Hati

Review Arenaa De Luxe Boutique Hotel Melaka - Murah dan Puas Hati. Selepas selesai makan nasi di Restoran Lot Lapan Lima. Pada awalnya kami ingat nak balik Shah Alam. Tapi masa tu dah petang dan bila tengok trafik macam jem. Driver pun takde semangat dah. Maka kami decide untuk cari hotel je. Godek2 apps maka terjumpalah kami Arenaa De Luxe Boutique Melaka ni. Murah sangat harga yang kami dapat tau. 


Baca ni juga:


Review Arenaa De Luxe Boutique Hotel Melaka

 Masa tu dah malam dah..Dari luar hotel nampak dah cantik kan.

Disebabkan kami dah 4 hari travel, ada satu masalah iaitu pakaian bersih dah habis. Mula-mula ingat nak beli baju kat supermarket tapi waktu tu dah menjelang malam dan leceh nak cari kedai. Maka dengan menggunakan sel-sel otak yang berhubung, cepat-cepat mama ajak adik ipar cari dobi layan diri. Maka selesailah membasuh semua baju kotor kami. Selepas tu baru kami check in hotel.


Kami book bilik sebanyak 4 bilik untuk 7 dewasa dan 3 kanak2. So, selesalah kan. Ada yang dapat bilik 2 katil single macam ni.


Ada yang dapat 1 katil queen macam ni. Dah book last minute kita terima aje apa yang ada. Semua bilik memang selesa. Linen dan deco hotel memang superb.


Ada TV, study table


Lengkap dgn mini fridge dan bahan untuk buat air panas. Suka deco dalam bilik. Cantik

Bilik air dia pun cantik kan. Moden dan artsy.



Ruang Lobi - Port  Best Ambil Gambar

Ruang lobi ni memang dihias cantik. Ada banyak kerusi dan di bahagian belakang tergantung lukisan dan barang antik

Masa check in. 

Cantik kan ruangan ni

Reception

Hajat di hati mama nak ambil gambar ramai-ramai kat sini. Tapi memasing sibuk maka tak sempat huhu.. Redho aje la mama


Ada telefon antik

Banyak lukisan cantik2.


Overal stay kat sini memang puas hati. Hotel lengkap serba serbi. Linen, towel, kemudahan semuanya OK. Cuma parking di hadapan hotel je agak terhad. Parking banyak disediakan di seberang jalan. So, kalau xde parking di depan, korang rkena parking kat seberang jalan ye.


Rate satu malam

Paling puas hati sebab harga yang kami bayar untuk 1 bilik ialah RM 65 satu malam. Murah sangat kan. Rate ni mungkin berbeza utk tarikh lain. Tapi inilah rate yang kami dapat hari tu. Dengan keadaan hotel macam ni mama rasa memang berbaloi sangat.


Maklumat Arenaa De Luxe Boutique Hotel Melaka

Arenaa De Luxe Boutique Hotel Melaka

Alamat: 222, Jalan Ujong Pasir, 75050 Melaka

Telefon: 06-288 3399




7 comments:

  1. memang murah harga tu. berbaloi-baloi dapat bilik yang selesa. memang cantik dan berseni deko dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg puas ati sal. mungkin masa mama pergi ni rate dia rendah kot

      Delete
  2. Murah sangat. Hotel pun nampak moden dengan dinding kawasan terima tetamu corak songket.

    ReplyDelete
  3. Masa akak pi tahun lepas memang nak amik hotel ni tapi masa tu pricey skit...next time bleh la book sini...cantik gambar- gambar tu

    ReplyDelete
  4. Wah kalau datang Melaka lagi boleh lah Kak Sue ajak family lepak sini pulak. Berbaloi sangat nie..

    ReplyDelete

Words of wisdom