Resepi Daging Bakar Danok - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, October 19, 2021

Resepi Daging Bakar Danok

Assalamualaikum semua.. mama  bersiaran dari Melaka ni, tak samgka mama Akan bercuti selama hampir seminggu tau. Nantilah ye mama cerita. Alkisah, beberapa bulan lepas stok terakhir daging korban di rumah tu mama dah tak tau nak masak apa. Akhirnya mama decide nak bakar aje la.. So harini mama nak share Resepi Daging Bakar Danok. Daging Bakar Danor ni memang terkenal sebagai salah satu resepi makanan Thai kan. Jom tengok Resepi Daging Bakar Danok versi mamapp. Rasa daging dan sos ni sebiji macam ni Pertama Kali Makan Crying Tiger Beef Niase. Sedap tau!


Resepi Daging Bakar Danok



Perapan Daging

Bahan-bahan untuk perapan daging:

Daging 2kg - dipotong lebar dan  leper, tebal lebih kurang 1cm.

2 ssudu besar sos ikan

4 sudu besar sos tiram

3 sudu besar gula pasir (seeloknya guna gula melaka tapi mama takde stok)

2 sudu besar serbuk lada hitam

2 sudu besar minyak masak

3 keping potongan halia


Cara perap daging:

Campurkan kesemua bahan di atas dan perap dalam satu jam. Boleh suaikan rasa, kalau nak masin tambah sos ikan. Mama perap satu malam, letak dalam peti ais bahagian non freezer.



Cara Buat Sos Daging Bakar Danok



Bahan-bahan sos:

*Akar daun ketumbar /dari 5 btg pokok ketumbar - dicuci bersih 

Daun ketumbar /separuh dari 5 btg - hiris halus

*2 sudu besar beras - disangai & ditumbuk)

*4 ulas bwg putih /

4 sudu besar sos ikan 

2 biji limau nipis 

*1 keping gula melaka - ditumbuk hancur

3 peket chili flakes /dominos

4 sudu besar sos cili 

3sudu besar sos tiram 

1 biji bawang besar dhiris nipis

1 cawan air masak


Bakar Daging yang diperap. Mama guna noxxa aje, high pressure selama 25 minit nak bagi daging betul2 lembut almaklumlah gigi tak berapa nak kuat. Lepas tu mama goreng / stir fry atas periuk sehingga kuah agak kering utk nampak caramelized.


Cara membuat sos:

Kesemua bahan bertanda * hendaklah ditumbuk. Terpulang lah korang nak masukkan apa dulu yang penting hancur hihi

Kumpulkan kesemua bahan yg ditumbuk dan bahan-bahan lain dalam satu mangkuk dan kacau-kacau sehiingga sebati.

Sesuaikan rasa sehingga dapat yang diingin. Siap!



8 comments:

  1. Dalam gambar pun dah nampak sedap daging tu.

    ReplyDelete
  2. wow...sedapnya... saya resepi daging... semua suka..tp jarang2 la makan daging...

    ReplyDelete
  3. alahai...sedapnya...lama dah x buat daging bakar ni...

    ReplyDelete
  4. Senang juga ni. Masak pakai Noxxa mudah je. Thanks share resepi

    ReplyDelete
  5. sedap tau, korang nanti cuba la

    ReplyDelete

Words of wisdom