Ganjaran Puasa Sunat Arafah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, July 16, 2021

Ganjaran Puasa Sunat Arafah

Assalamualaikum semua. Harini dah masuk hari Jumaat bersamaan 6 Zulhijjah. Mama nak share tentang Ganjaran Puasa Sunat Arafah. Hari Arafah pada 9 Zulhijjah ini adalah pada hari Isnin minggu depan. Jom sama-sama baca semoga bermanfaat.


Puasa Sunat Arafah


عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة


Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih


gambar sekadar hiasan


Kesimpulan hadith:

1.  Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji

2.  Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas


3.  Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَلِمَةً تُشْبِهُ عَدْلَ ذَلِكَ قَالَ صَوْمُ عَرَفَةَ بِصَوْمِ سَنَتَيْنِ وَصَوْمُ عَاشُورَاءَ بِصَوْمِ سَنَة

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa 'Arafah seperti puasa dua tahun dan puasa 'Asyura` sama seperti puasa setahun. (Musnad Ahmad No: 21568) 


4.  Rasulullah SAW dan para sahabat tidak menunaikan puasa Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji, namun boleh sahaja untuk berpuasa. 


سُئِلَ ابْنُ عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ حَجَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَأَنَا لَا أَصُومُهُ وَلَا آمُرُ بِهِ وَلَا أَنْهَى عَنْهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَأَبُو نَجِيحٍ اسْمُهُ يَسَارٌ وَقَدْ سَمِعَ مِنْ ابْنِ عُمَر

Ibnu Umar RA ditanya tentang puasa Arafah di 'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya. (HR Tirmizi No: 682) Status: Isnad Sahih


Marilah kita mengambil kesempatan untuk melaksanakan puasa sunat hari Arafah pada Isnin ini 19hb Julai 2021. Jom kitarebut peluang yang hanya datang setahun sekali. 


Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor


11 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian kak... tahun ni tak dapat join keuzuran pula

    ReplyDelete
  2. Insya Allah akan buat nanti.

    ReplyDelete
  3. Thanks mama share info. Memang bertuah bagi mereka selalu rebut peluang berpuasa sunat ni. Tahun ni tak ada rezeki nak puasa sama. Hehe

    ReplyDelete
  4. Thanks share mama. Selamat berpuasa

    ReplyDelete
  5. tq sebab ingatkan ya adda.. aku hampir lupa dah..

    ReplyDelete
  6. Ala ada baca mengenai ganjaran sunat puasa nih tapi tak boleh nak puasa, siapa yang tak uzur silakan kejar ganjaran nih

    ReplyDelete
  7. Good sharing Adda.. ramai jugak nampak kawan-kawan dah mula puasa hari tu. Dan semesti puasa sunat Arafah yang ditunggu-tunggu kan..

    ReplyDelete

Words of wisdom