Iftar di Restoran Padangs On Wheels Seksyen 13 Shah Alam Selangor

Iftar di Restoran Padangs On Wheels Seksyen 13 Shah Alam Selangor. Seperti yang mama pernah bagitau pada hari Sabtu minggu kedua berpuasa mama sekeluarga Iftar di Restoran Padangs On Wheels Seksyen 13 Shah Alam Selangor. Lama dah kami booking sejak awal puasa lagi tau. Nasib baik booking awal, sebab memang penuh restoran ni waktu iftar.







Alhamdulillah dapat berkumpul semua family. Cuma ada sedih sikit sebab anak mama masih lagi di asrama. Dia sorang je tak dapat join. Terkenang-kenang kat dia masa makan kat sana. Takpelah nanti bila-bila nak bawa dia makan sedap bila dia balik sini nanti. Terubat juga hati bila tengok deco dan pelan lantai yang cantik dan luas. Siap ada tanam pokok dalam kedai memang ada aura segar. Kalau bina banglo sendiri nanti teringin mama nak prepare pelan rumah yang ada ruangan hijau dalam rumah.


Menu Pilihan Restoran Padangs On Wheels Seksyen 13 Shah Alam Selangor

Inilah antara menu yang kami order


Banyak kan, macam-macam lauk ada. Yang pastinya masakan padang la

Desserts. Biscoff ni memang sedap sangat. Brownies coklat tu pun sedap

Appetizer mama. Sedap juga tak terlalu manis


Menu dan Lauk di Restoran Padangs On Wheels Seksyen 13 Shah Alam Selangor


Antara laukpauk yg boleh ambil dan bawa ke meja


Station desserts memang penuh dan semua dessert kat sini sedap2

Menu dan Harga di Restoran Padangs On Wheels Seksyen 13 Shah Alam Selangor

Ni antara Menu dan Harga di Restoran Padangs On Wheels Seksyen 13 Shah Alam Selangor



Ni pula antara amenu yg kami order


Overall memang puas hati makan kat sini. Lauk memang banyak pilihan. Semua lauk sedap-sedap dan staf semua cekap buat kerja. Almaklumlah bulan puasa ni kan ramai customer tapi diorang tak kelam kabut dan semua lauk sampai sebelum berbuka. Yang lambat cuma satu dua aje. Deco dalam kedai pula memang cantik sangat, Kedai pun bersih. Patutah kedai ni sentiasa penuh.

Cantik kan interior dalam kedai



Nampak high class sangat.

Maklumat  Restoran Padangs On Wheels Seksyen 13 Shah Alam Selangor

Ni maklumat  Restoran Padangs On Wheels Seksyen 13 Shah Alam Selangor

Alamat: 60, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Telefon: 019-387 3373


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. Sedapnyaaa makanaan tuu. Cantik la restaurant ni

    ReplyDelete
  2. banyak pilihan lauk, harga pun kira berpatutan...
    kedai cantik dan luas kak

    ReplyDelete
  3. Kedai nasi padang nampak macam kedai mahal, berbeza kedai nasi padang biasa yang tiada penghawa dingin.

    ReplyDelete
  4. Dkt je ngan opis.. Kwn ada ajk mkn sini tp tk smp2 lg.. Best tgk menu nya.. Dessert Biscoff tu dapnya

    ReplyDelete
  5. Okey boleh letak dalam wiahlist la...sedap nampak makanan diorang..tgok harga pun tak mahal sangat...

    ReplyDelete
  6. nampak semua makanan tu sedap2 je. abam kie mmg iftar d rumah je. di kelate ni PKP sejak awal ramadhan.

    ReplyDelete
  7. Cantik dan selesa restoran ni kak. Pilihan makanan pun banyak dan nampak sedap.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post