Pertama Kali Makan Crying Tiger Beef Niase

mamapp
26

Pertama Kali Makan Crying Tiger Beef Niase. Alkisah, classmate mama masa sekolah rendah, Diana ada whatsapp bgtau dia ada di area office mama dan kalau-kalau mama nak order Crying Tiger Beef Niase boleh dia hantar sekali. Op kos la mama order dan inilah Pertama Kali Makan Crying Tiger Beef Niase. Hari pertama Ramadhan ni kita layan gambar makanan la ye.. 







Rare betul nama dia kan, Crying tiger gitu.. Kalau dimelayukan jadi Daging harimau menangis. Mama masak guna periuk ajaib aje. Memang senang sangat. Nak tau tak apa rasa Crying Tiger Beef Niase. Mama masak guna magic pan memang senang aje hihi. Alhamdulillah ruang dapur mama ada tempat untuk letak periuk belanga dan selesa memasak. Terima kasih kepada kontraktor rumah yang cadangkan pelan dapur yang bagus macam ni.  Jom baca kat bawah ni. 


Simple menu kami. Makan dengan nasi putih berulamkan timun dan tomato je wak. Sedap dah..


Sedap ke Crying Tiger Beef Niase?

Diana ada share dengan mama testimoni memang ramai kata sedap. Tapi sesungguhnya lepas rasa sendiri memang sedap sangat. Daging tu je dah terasa sedap. Belum lagi cicah dengan pencicah dia.


Daging ni bersaiz steak, mama potong kecil-kecil untuk senang nak makan. Ratah macam tu je pun dah sedap.

Dalam paket daging ni disertakan juga pencicah ni. Juga ada beras sangai dan bijan. Bila dicampur dalam kuah pencicah memang sedap ooo

Bungkusan Crying Tiger Beef Niase

Inilah saiz daging masih lagi dalam periuk ajaib belum dipotong lagi. Mama alaskan dengan aluminium foil supaya senang nak bersihkan..

Hmm.. sedap sangat harimau menangis ni. Perapan dia rasa macam sate tapi tak manis.Kuah pencicah dia rasa macam sos thai dan agak manis so, seimbang lah rasa bila di makan. Lepas ni boleh order lagi. Sangat sesuai untuk mama yang selalu nak cepat dan kekadang tu tak berapa rajin nak ke dapur sekarang ni haha.. 

OK tu je lah nak citer arini.. tataaa


Tags

Post a Comment

26Comments

Words of wisdom

  1. nampak pun sedap ni mama, pencicah atau colek dia tu yang nampak menyelerakan sungguh .

    ReplyDelete
  2. pencicah dia pun nampak sedap betul kak oi

    ReplyDelete
  3. halah2 berkriuk perut tengok gambar crying tiger beef ni, mama..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la fieza bila tgk time posa ni alahaii

      Delete
  4. memang daging harimau eh mama? atau ia sekadar nama hehehe
    betul2 tak tahu ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. uihh takkan le mama nak makan rimau.. daging harimau menangis ni daging lembu cuma bahagian tu yg buat nama harimau menangis.. bahagian neck, brisket & check. bahagian paling lembut

      Delete
  5. Oh Niase itu jenama ingatkan nama makanan. Kasihan baru saya tahu.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya la daging tu..akak ni pencinta daging..terliur tengok dah...sos dia tu pun nampak sedap

    ReplyDelete
  7. Nampak dari gambar menyelerakan dan sedapp! :D

    ReplyDelete
  8. Daging tempatan biasa yang tak crying2 pun dan mahalnya ya ampun

    ReplyDelete
  9. bahagian rimau menangis tak pernah try. guna daging biasa pun buat ala2 rimau menangis. tu pun dah sedap. kalau riau menangis lagi sedap la kan.. Harga pun boleh tahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama kalau daging pinang bias apun dah cukup dah kiki pada ama sama aje yg penting jgn terlalu liat

      Delete
  10. Nampak menarik la.... Boleh la cuba2 nanti..

    ReplyDelete
  11. pergh...sangat menyelerakan ..

    kena lagi masa puasa begini

    ReplyDelete
  12. trending ya harimau menangis ni sekarang tapi sy belum cuba lagi
    mesti sedap kan mama

    ReplyDelete
  13. namanya tu bukan main ya kak, hihi. nampak sedap.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!