Menu Berbuka Puasa Minggu Pertama Ramadhan 2021 - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, April 19, 2021

Menu Berbuka Puasa Minggu Pertama Ramadhan 2021

Menu Berbuka Puasa Minggu Pertama 2021. Tahun 2021 adalah tahun berpuasa yang agak sedih bagi mama sebab anak mama jauh diperantauan nun di Kedah. Jadi, mama pun tak berhajat nak masak banyak-banyak macam tahun lepas. Masak 1 lauk cukup lah untuk isi perut.







So, mama nak tepek sini sebagai kenangan mama. Menu Berbuka Puasa Minggu Pertama 2021.

Hari pertama masak ayam sambal aje, Betul-betul satu lauk je. Kuih pun xde. Syahdu aje rasanya.

Hari kedua mama masak sambal telur (favourite mama) dan ikan kerisi berlado. Eh, dah bertambah pula lauk mama.


Hari ke-3 teringin sangat nak makan ayam panggang bakers cottage. So, beli lah ayam ni dan makan dengan salad telur (tapi salad takde so makan dengan timun dan tomato aje)

Hari ke 4 ayam panggang semalamnya banyak tak habis so, mama panggang semula dan masak nasi goreng. Tertba hari ni makanan jadi lagi banyak sebab mama beli cream puff dari officemate dan kebetulan ada orang beri puding karamel dan tepung pelita.

Hari ke 4 mama masak kari ayam aje dan makan dengan tempe goreng. Tetiba kakak ipar bagi nasi lemak, maka bertambah lagi lauknya hihi 

Hari ke-6 mama masak kari telur dan ikan kembung masak kicap. Ada kuih karipap pusing frozen yang mama masak guna air fryer. Mama suka karipap pusing ni beli dari kawan memang sedap. Malam hari kakak ipar bagi lasagna pula. Alhamdulillah

Tu je lauk mama minggu pertama. Korang percaya tak? Simple sangat kan. Kuih muih pun jarang ada. Tahun ni memamng konsep buka puasa simple dan kenyang tu je la. Lagipun tahun ni mama makan pun tak banyak. Kalau makan lebih nanti semput nak terawikh. Untung juga ni kalau dapat turun beberapa kilo. Tapi so far xturun pon. Cuma tang air minuman aje mama tak boleh control. Kononnya nak minum air kosong tapi setakat ni memang minum air manis aje. Kalau bukan susu kurma, mama minum air cintau atau rutbir F&N.







Hari-hari call anak mama. Dia pun sahur dan berbuka nasi serta lauk dari dewan makan. Suruh dia pergi beli tapi dia tak berapa reti. Takpe lah bagus juga tu..Minggu ni mama rasa lagi simple sebab lauk kat umah dah nak habis. Insya allah sabtu ni plan nak berbuka dengan famili tapi sedih juga anak tak dpt join huhu..

20 comments:

  1. Sedappppp semuanya mamapipie, tengok pukul 2.52 ni memang lain maciam hahahaha.

    ReplyDelete
  2. Samalah kita mama :( takde hati nak masak best2 sbb teringat si Abang yg kat asrama tu. Selalu dia paling kuat makan, tukang perabih semua huhu...

    Tapi tetap jugalah masak utk raikan anak-anak lain yg berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita senasib asyik duk teringat kat dia je kan. bertabah la ye kita bersama2

      Delete
  3. Percaya sebab PC pun sama. Simple je.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Yang penting mengenyangkan dan tidak membazir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tapi tak boleh lawan lauk kak amie la

      Delete
  5. Diam tak diam, dah seminggu berpuasa.

    ReplyDelete
  6. seminggu dah kita berpuasa..
    menu simple tapi mengenyangkan...
    bulan puasa ni sebolehnya kita nak masak yg simple2 je kan...
    JImat masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga nieyla. jimat masa dan tak membazir kan

      Delete
  7. Samalah kita kak.. Memang bebruka dengan menu simple je..

    ReplyDelete
  8. menggoda ayam roaster bakers cottage tu...
    sedap semua menu akak...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah lebih kurang sama lauk kita ni.. suka yang kering macam ni..dan sambal². Bersederhana lagi baik kan mama..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Haah sama saya pun sempoi makan nasi dengan lauk. Lagi banyak berbuka di masjid.

    ReplyDelete

Words of wisdom