Resepi Puding Roti Dengan Sos Custard Sedap Guna Air Fryer - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Sunday, April 19, 2020

Resepi Puding Roti Dengan Sos Custard Sedap Guna Air Fryer

Assalamualaikum semua.. harini mama nak share Resepi Puding Roti Dengan Sos Custard Sedap dan mudah aje nak dibuat menggunakan air fryer je. Musim PKP ni kan susah nak cari roti Gardenia atau Massimo etc. So, beberapa hari lepas mama ke kedai terjumpa satu biji roti dan tinggal satu buku je roti benggali xde brand. So, pasrah aje la beli juga. Rupanya mmg tak sedapdan tak laku la roti tu. Sebab tu mama buat puding roti dan kat sini mama nak share lah Resepi Puding Roti Dengan Sos Custard Sedap ni.







Bila dah buat puding roti maka jadilah sedap roti tu..haha..Roti benggali kan panjang so mama beberapa kali buat puding roti dan juga egg pizza. Laku keras juga produk berasaskan roti benggali mama. Ingatkan nak buat puding karamel guna roti tapi tak cukup bahan pula..


Inilah kejadian puding roti bersama sos custard edisi mama. Rupanya tak berapa lawa tapi apakan daya takde bahan nak hias2. So, mama guna gulu pasir je sikit tabur atas tu. Jadi la untuk makan sendiri. 

Video Masak Puding Roti Dengan Sos Custard Sedap Guna Air Fryer

Kalau nak tgk video klik di bawah ni ye

Ok, jom kita tengok resepi.

Resepi Puding Roti Dengan Sos Custard Sedap Guna Air Fryer

Untuk resepi kali ni mama bahagikan kepada 2 bahagian iaitu Puding Roti & Sos Custard. Senang aje resepinya

Resepi Puding Roti

Bahan-bahan Puding Roti:


4 keping roti slice - potong 4
1 kotak susu uht
2 sudu besar gula castor
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk cinnamon (optional, kalau tak suka cinnamon takyah letak. Tapi mama suka ada bau cinnamon, cuma jangan terlalu kuat je la)








Cara-cara buat puding roti:

1. Roti yang telah dipotong disusun dalam bekas yang disapu butter (supaya tidak melekat)
2. Dalam bekas lain, pukul telur dan gula sehimgga kembang
3. Kemudian, masukkan susu UHT, esen vanila dan serbuk cinnamon, pukul sehingga sebati.
4.Tuang bancuhan ini dalam bekas roti tadi dan biarkan terendam sehingga meresap.
5. Tabur sikit gula atas adunan sebagai hiasan. (Letak kismis lagi cantik)
6. Bakar dalam air fryer, set suhu 170 C selama 15 minit.
Puding roti siap!


Masa untuk buat kuah custard pula



Resepi Sos Custard

Bahan-bahan Sos Custard

1 tin susu cair
1/2 tin air
2 sudu besar tepung custard
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara buat Sos Custard:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga agak pekat. Pastikan api sentiasa perlahan dan sentiasa kacau. 
  2. Lagi sedap kalau sos ni dibuat terlebih dulu dan sejukkan/
  3. Sos Custard siap!

So, kalau nak makan puding roti just tuang aje sos custard ke atas puding roti. yum.. yumm..  

   

23 comments:

  1. Sedapnyaaaa rupa dia. Nanti nak try buat lah!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya­čśő. Rupa biasa-biasa takpe. Yang penting makanannya sedap.

    ReplyDelete
  3. Mesti sedap sebab makan dengan sos custard manis.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya...lamantak buat..bole la buat minum ptg

    ReplyDelete
  5. one thing ray nak beli nanti is air fryer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Kalau xde air fryer guna oven Boleh ray

      Delete
  6. Lapar pula ptg2 ni tgk gambar ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala...Ada lagi puding roti mama buat dm Kalau fuk dekat Boleh bagi

      Delete
  7. sedap ny puding roti . kalau makan sejuk2 petang-petang lgi kick ...heheh. suke tgk video kak adda. cantik dan mudah nak belajar buat puding....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. betul.mama.suka makann dgn sos custard sejuk.. video simple je tu syiqin.. mama Ni amateur je

      Delete
  8. Sedap dan senang. Insha Allah nak cuba :)

    ReplyDelete
  9. macam sedap jeee.. nak try air fryer takde pualk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna oven je tapi Masa Dan suhu krna sesuaikan

      Delete
  10. Selalu tengok resepi ni...nak buat jadi belum jadi jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni confirm jadi jgn risau fida. Roti tu boleh ditambah lagi jadi 5 atau enam.masih lagi ok

      Delete
  11. menarik resipi ini..boleh saya mencuba suatu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jugak Mr h buat appetizer buka puasa nanti

      Delete
  12. Nampak mudah masak macam macam bila ada air fryer ni kan. sedap tu puding roti dan sos kastard.

    ReplyDelete

Words of wisdom